Thursday, 29 January 2015

author photo
ASSALAMUALAIKUM....



salam semua ....

last year dah buat jeli kelapa ni tapi rasa guna agar2 tali ..tapi untuk tahun ni jeli kelapa lagi hiii.. yg ni wani guna serbuk  macam gambar kat bawah tu.. bahan dia ada konyaku powder.. pokok kelapa depan rumah.. tapi milik orang .. dah mintak kebenaran dengan tuan tanah ... tuan tanah cakap ambil lah apa2 yg boleh dimakan pun.. sebab tuan tanah tak ada kat sini ..tapi tinggal kat luar kelantan...semoga murah rezeki tuan tanah ... pokok kelapa ni dah makin tinggi dah dulu senang jugak nak jolok2 mudah ..

tukang ambil nya adik wani lah .. lelaki kuat n gagah sikit...hiii.. terlintas nak buat jeli kelapa ni sebab agar2 powder ni pun dah lama sangat beli.. yg ni air  dari 2 biji kelapa tapi wani tambah sampai 3 liter air..elok2 jer jeli tu lembik2 sedap :)).. resepi ni walaupun senang wani rujuk kat blog secubit garam jugak.terima kasih kak nor..

terlebih zoom gambar ni tapi nampak tu kan ada kelapa hii... oklah kalau nak  cuba buat desssert yg mudah dan tak jemu makan ni ..siapa la nak tolak air kelapa kan..

JELLY KELAPA 2

Bahan2

1 Paket agar2 serbuk (10g)
2.6l Air Kelapa>>Kak nor guna air drpd 3 biji kelapa
Isi kelapa muda
11 sb gula>>Terpulang ikut kemananisan masing2
3 Helai daun Pandan ( wani tak letak ) 

Cara2:
· Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
· Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda.
· Padamkan api.
· Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.
· Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.




**boleh tambahkan air sekiranyer air kelapa tak mencukupi kehendak resepi

NOTA: wani guna 3 liter air termasuklah air kelapa 


This post have 8 komentar

avatar
Bbwana adienia delete 29 January 2015 at 19:35

Wana penah buat..memang sedap..lebih sedap makan yang dah disejukkan..nyum2 :)

Reply
avatar
anajingga delete 30 January 2015 at 23:14

sejak pokok kelapa belakang rumah dah tumpang lama tak buat jelli kelapa ni Wani, sedap sangat kan makan sejuk-sejuk :) singgah malam ke sini

Reply
avatar
tun_telani delete 31 January 2015 at 15:19

nyum nyum.. tun kalau buat ni, satu adunan utk 2org mkn. mmg puas hati

Reply
avatar
Wani delete 31 January 2015 at 22:58

terima kasih sudi singgah :)) rasanya tiap rumah kena tanam pokok kelapa hii

Reply
avatar
Wani delete 31 January 2015 at 23:00

kan.. hii tapi tak boleh lah ni rasa cukup 4 orang makan hiii

Reply
avatar
Wattie delete 1 February 2015 at 12:58

Assalamualaikum Wani,
Aku tanya apa khabar (sambil.nyanyi lagu Joe Flizzow, hehehe). Lama kak tak mai sini, harap Wani sekeluarga sihat ya. Langkah kanan ni ada jeli kelapa, cuaca kat tpt kak pun panas, mesti best klu dpt hirup segelas.

Reply
avatar
Wattie delete 1 February 2015 at 12:58

Assalamualaikum Wani,
Aku tanya apa khabar (sambil.nyanyi lagu Joe Flizzow, hehehe). Lama kak tak mai sini, harap Wani sekeluarga sihat ya. Langkah kanan ni ada jeli kelapa, cuaca kat tpt kak pun panas, mesti best klu dpt hirup segelas.

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang