Drama Mencari Kiblat Cinta Tonton Episod 1 Hingga 26 ( Akhir ) Di TV Okey

Drama Mencari Kiblat Cinta Tonton Episod 1 Hingga 26 Di TV Okey | Salam semua, drama terbaru di saluran TV Okey, Drama Mencari Kiblat Cinta. Drama ini adalah adaptasi dari novel " Mencari Kiblat Cinta" hasil karya Anita Aruszi. Drama ini kiranya pembuka tirai untuk tahun 2021 ini. Pelakon Husna Mustaffa sis dah banyak kali tengok dia berlakon dalam drama. Untuk drama ini, buat pertama kalinya pelakon utama adalah gandingan Husna Mustaffa dan Syazuwan Hassan. Drama ini dalam 26 episod dan telah pun disiarkan di saluran TV Okey. Drama ini disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat  pada pukul 10 malam di TV Okey atau MYTV 110 dan Astro CH 146. 


Drama Mencari Kiblat Cinta Di TV Okey


Drama terbitan NS Studio ini adalah bergenre keluarga dan kasih sayang di bawah arahan Jo Yusof. Untuk lagu tema adalah dari Aina Abdul yang berjudul Semalam. Di bawah adalah info, sinopsis dan barisan pelakon serta watak dalam drama Mencari Kiblat Cinta. 


Info Drama Mencari Kiblat Cinta 

  • Bilangan Episod : 26
  • Tarikh Mula : 7 Januari 2021
  • Hari Dan Waktu : Isnin hingga Jumaat pukul 10:00 malam
  • Siaran TV: TV Okey (Astro 146)
  • Penulis Skrip : Farhana Fauri
  • Penulis Novel : Anita Aruszi / Maazni Aitta
  • Pengarah : Jo Yusof
  • Produksi : NS Star Sdn Bhd
  • Barisan Pelakon : Husna Mustaffa, Syazuwan Hassan, Shah Hazvee, Ali Reza, Dayana Roza, Anne Ngasri, Edika Yusof, Zila Bakarin, Raden Zaharatul, Inas Sofea, Naszeli Ngasri, Nina Fazurina, Sazrin Aizul, Laura Olivia, Shahriza Mahmud, Ucop Cecupak, Liza Rafar, Nadia Kesuma, Darling Ngasri, Falla Zully, Azerin Zainal, Hasnol, Ramli Saleh

Sinopsis Drama Mencari Kiblat Cinta 

Drama ini mengisahkan kerana satu tragedi hitam, dua beradik terpisah. Danira dipenjarakan, sepi dan sendiri di gerigi besi. Naufal pula hilang entah ke mana.

Misi pertamanya setelah dibebaskan ialah mencari Naufal, tapi yang ditemukan ialah Tengku Filman, lelaki yang punya segala-galanya. Hidup yang sempurna, kerjaya dihormati serta keluarga yang bahagia. Sedangkan dia gadis yang kontras dengan kesempurnaan Tengku Filman.

Jika Tengku Filman A, dia pula C. Jika Filman Mr. Right, dia pula hanyalah gadis di loteng usang. Dan kerana Filman, dia menemukan Aliff, lelaki traumatik dengan kenangan kosong.

Dalam sempurna Tengku Filman, ada sekeping hati yang tidak pernah sembuh. Namun kerana Danira, dingin Tengku Filman melebur. Wajah Danira memenuhi setiap ruang kosong di hatinya. Cintanya kini berkiblat agung. Bertunjangkan kasih.

Di hadapan orang, dia terlihat bahagia. Miliki segala-galanya yang dimahukan. Tapi dalam senyuman dan gelak ketawanya, rupanya Aliff tidak pernah gembira. Jiwanya menderita, tapi tidak ada sesiapa yang tahu apa yang terpendam sejak sekian lama. Sebuah rahsia hitam, melontar dirinya ke dalam jurang dalam. Namun kehadiran Danira dalam hidupnya telah merubah segala-galanya.

Siapakah yang menjadi pilihan Danira antara Tengku Filman dan Aliff? Mampukah dia mengecap bahagia seperti yang diidamkan seperti dalam angannya? 


Barisan Pelakon Dan Watak Drama Mencari Kiblat Cinta 

  • Husna Mustaffa sebagai Danira
  • Syazuwan Hassan sebagai Tengku Filman
  • Shah Hazvee sebagai Naufal / Alif
  • Dayana Roza sebagai Wirda
  • Fifi Laura Olivia sebagai Melly
  • Edika Yusof sebagai Tengku Amar
  • Zila Bakarin sebagai Tengku Saida
  • Raden Zaharatul sebagai Yana
  • Azerin Zainal sebagai Joshua
  • Falla Zully sebagai Evelyn
  • Ali Reza sebagai Tengku Firdaus
  • Inas Sofea sebagai Najla
  • Anne Ngasri sebagai Karmila
  • Sazrin Aizul sebagai Zhulbhan
  • Naszeli Ngasri sebagai Harris
  • Nina Fazurina sebagai Cikgu Lyn
  • Shahriza Mahmud sebagai Musliha
  • Nadia Kesuma sebagai Zahara

Korang yang tak sempat untuk menonton di TV. Sekarang dah boleh tonton di portal online di RTM klik. (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Untuk aplikasi boleh download di Google Play dan juga App Store. 

Tonton Episod 1 Hingga 26 ( Akhir ) 

Drama mencari kiblat cinta di TV Okey

Untuk tonton drama ini ke semua episod , korang boleh tonton klik  Mencari Kiblat Cinta untuk ke semua episod. 

Baca : 



Post a Comment

Previous Post Next Post