-->

Sunday, 4 September 2016

author photo
Cara Mudah Rebus Jagung Guna Noxxa Hanya 6 Minit | Salam geng noxxarians, wani nak share resepi paling ringkas guna periuk noxxa, lama jugak tak share resepi guna periuk noxxa. Periuk ni dari resepi seringkas-ringkas macam rebus jagung ke sepayah-payah resepi pun semua boleh masuk. Sebenarnya, sebelum ni pun dah banyak kali dah rebus jagung dengan noxxa. Memang cepat hanya 6 minit HP, tapi ada jugak orang buat 4 minit, 5 minit pun ada. 

Wani dah banyak kali buat dah. rasa 6 minit dah berbaloi, macam nak lama sikit. 4 minit tu rasa macam cepat sangat lah. Dah kata nak cepat, suruh buat 4 minit tak puas kan. Sekejap sangat masak.

Cara Mudah Rebus Jagung Guna Noxxa Hanya 6 Minit

Wani rebus jagung ni tak buang kulit, masa kali pertama rebus wani buang kulit jugak, botakkan habis Lepas tu lama-lama fikir kalau tak nak rasa manis dalam jagung tu hilang, buang kulit luar hanya beberapa lapis, jangan botakkan semua. Kita tak nak kemanisan jagung tu hilang.

Macam orang jual jagung kukus tu kan, kalau makan manis semulajadi kan. Dan biasanya kalau rebus dalam noxxa ni setakat dalam 6 tongkol. Lebih pada tu tak pernah buat. Tapi tak muat jer nak masuk dalam periuk tu, ataupun bergantung kepada saiz jagung.

Kalau tengok dalam gambar tu nampak kan paras air yang wani letak, wani letak air separas jagung paras bawah sahaja. tak tenggelam semua. Banyak sangat nak tenggelamkan semua, cukuplah  6 minit HP tu, nama lagi high presssure kan. 3 tongkol ke atas tu tak tenggelam pun air, tapi masak pun sangat sempurna.

Jagung ni namanya jagung pulut. Memang manis selemak-lemak, tak tahu lah wani bab jagung, tengok bentuk jagung tahulah itu jagung, bab manis tak manis tu tak tahu. Dah penjual cakap jagung ni manis  jagung pulut namanya. Kalau jagung kat cameron tu manis tapi tak semanis jagung pulut. Macam dah tertukar pulak pulut dengan jagung. Ingat pulut ingat jagung macam tu lah.

Oklah jom tengok resepi di bawah, ada resepi juga walaupun simple. Kalau ikut asal jagung sebenarnya sedap kukus, tapi yang ni versi cepat lah tapi tetap sedap jugak. Nak cepat-cepat dah sekarang ni.

Cara Mudah Rebus Jagung Guna Noxxa Hanya 6 Minit

Cara Mudah Rebus Jagung Guna Noxxa Hanya 6 Minit

Cara Mudah Rebus Jagung Guna Noxxa Hanya 6 Minit 

Bahan - Bahan

6 tongkol jagung dibuang beberapa lapis kulit luar
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Cara - Cara

1. Buang dalam beberapa lapis kulit jagung, kemudian basuh dan sejat sekejap.
2.Letak jagung dalam 3 tongkol pertama, dan tuangkan air, sebenarnya nak bagi nampak air tu nak letak separas 3 tongkol jagung di bawah sahaja.tengok gambar kat atas.
3. Letak 3 tongkol lagi kat atas. tabur sedikit garam.
4. Tutup tudung periuk, putar tombol ke pressure dan HP kan selama 6 minit,,6 kali tekan lepas tu tekan on.
5. Lepas bunyi beep, offkan noxxa dan putar tombol ke steam untuk melepaskan wap. Biar wap habis keluar baru buka tudung.
6. Kalau boleh terus keluarkan jagung yang telah masak, dan buang air rebusan jagung, letak inner balik dalam noxxa. Letak balik jagung dalam noxxa tak nak haba panas hilang. Maksudnya nak bagi jagung tu sentiasa panas, kalau nak hidang terus tak apa.

Nota
Seeloknya jagung kalau nak rebus jangan simpan lama nanti isi tu kecut tak rebus lagi dah kecut dah. Tak sedap.

Senang sangat cara nak rebus jagung guna noxxa ni. Selamat mencuba ya. 

This post have 11 komentar

avatar
Mas_FVOME delete 4 September 2016 at 21:03

Aigooo! sedapnya!lg2 musim hujan nie mkn jgung pns2..perghh

Reply
avatar
Elih Japahar delete 5 September 2016 at 06:36

Nampak sedap jagung tu...huhu :)

Reply
avatar
mek yunie delete 5 September 2016 at 10:36

tak kecut kan? sedapnya :)

Reply
avatar
Wani Sukarno delete 5 September 2016 at 11:09

Isi tak kecut.. Tegang elok jer isi kuning tu

Reply
avatar
Kakzakie Purvit delete 5 September 2016 at 12:16

Kalau kakak rebus jagung terus togelkan aje baju dia wani
Senang nakmakan terus ngap:)

Reply
avatar
I am LZ delete 5 September 2016 at 15:45

Assalamualaikum Wani & rakan blogger sekalian,

Wahhh jagung! It's my fav. Cantik pulak jagung tu warna keemasan..

Reply
avatar
Wani Sukarno delete 5 September 2016 at 16:45

hii cantikkan kuning keemasan

Reply
avatar
Gee Lion delete 5 September 2016 at 17:30

kita lak suka makan jagung rebus sapu planta.
simple tapi sedap.
^_^

bw dari diaridandelion.

Reply
avatar
Farhana Jafri delete 5 September 2016 at 22:16

cantiknyaaaa warna jagung terus rasa nak makan. Anyway, salam perkenalan ye. :)

Reply
avatar
Shalimar Yusof delete 6 December 2017 at 14:22

cari2 resepi noxxa...jumpa sinii

Reply
avatar
Shalimar Yusof delete 6 December 2017 at 14:40

kite baru ada perikuk nii..kena rajin jenguk sini laaa

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang