KENANGAN PALING NGERI 2014 - BAH KUNING

ASSALAMUALAIKUM.....




Bismillahirrahmanirrahim.... alhamdulillah berpeluang untuk mencoret entry pertama bagi tahun 2015. tengok ke tajuk entry gerun tak baca ?? orang lain siap taip HAPPY NEW YEAR 2015. tapi bagi wani lain orang lain ceritanya .. ya,,, pejam celik pejam celik ,, memang kita sudah pun di tahun baru dan setiap orang mempunyai azam baru azam lama yang tak tercapai tahun lepas tu boleh bawak masuk tahun baru  ..ada orang yang masih mamai ke.. nanti silap tulis haribulan tahun 2014  hii..  dah agak lama wani tak buka blog.. memandangkan keadaan tak mengizinkan lebih lebih lagi pasal banjir yang paling dahsyat pernah wani alami di negeri sendiri. tak pernah seumur hidup wani atas muka bumi Allah ini.. wani rasa betapa dahsyat nya malapetaka dari Allah..








kalau siapa siapa yang dah tengok Majalah 3 malam tadi ..macam tu la keadaan kat sini.. memandangkan wani dah taip kemain panjang lebar.. asyik dalam draft sejak awal tahun baru lagi. so post jugaklah beserta dengan gambar - gambar .. biar lah gambar pulak berbicara .. diselang seli apa yang wani taip..



yang wani hanya dengar dari mulut ibu wani sendiri sehabis dahsyat banjir pada zaman datuk nenek wani dulu tahun 1927..masa tu orang panggil BAH MERAH.. kalau bercakap dengan orang orang yang lebih tua memang mereka tahu. bila ditanya umur atuk berapa masa tu ibu hanya cakap yang atuk ingat dia boleh tangkap ikan .. maknanya masih budak lagi .. sepanjang air naik tu atuk duduk atas alang berhampirang bumbung ,,letak beberapa lapis papan.datuk sebelah abah pun bercerita yang sama.. pada tahun 1967, sekali lagi Kelantan dilimpahi dengan air banjir yang teruk .. ibu wani darjah 5 masa tu..terpaksa tinggalkan rumah, selamatkan diri atas landasan keretapi dan berjalan ikut landasan keretapi untuk berpindah ke Sekolah Kebangsaan Gual Periuk..lebih seminggu di sekolah .. dan apabila pulang ke rumah nasib baik Noreen kucing kesayangan  ibu selamat .. Noreen selamatkan diri atas alang rumah .. rumah orang kampung dulu dulu ada alang kat atas tu.mengikut pengalaman ibu, banyak sangat bangkai haiwan seperti lembu yang tak dapat diselamatkan.. ya allah hancur luluh hati tengok ... haiwan ternakan mati di merata tempat ,, lebih lebih lagi bau busuk yang teramat kuat .. daripada bangkai.. kampung ibu bersebelahan dengan sempadan Thailand , masa tu orang siam  datang ambil bangkai lembu yang membengkak ikut bahagian mana yang mereka nak.. sisa sisa lebihan tu ambil buang ke sungai.. lebih sebulan orang kampung tak makan ikan.. sebab tahu ikan - ikan mesti makan sisa sisa buangan tu..





sampaikan bila persekolahan bermula, masih lagi bau bangkai lembu.. setakat tu jer cerita pasal banjir bah merah tahun 1927 dan banjir tahun 1967 .. itu zaman datuk nenek dan ibu bapa wani .. ini cerita banjir zaman wani tahun 2014.kalau istilah banjir tu dah biasa dah dengar tapi bukan banjir yang luar biasa .. tahun 2014 walaupun setiap bulan Disember ada musim banjir tapi tahun ni tahun yang penuh kehibaan, kepiluan dan trauma  sampaikan wani  2 hari tak lalu makan.. fikiran melayang - melayang runsing dengan keadaan family yang terkandas dengan banjir. sebab hampir 90 peratus daerah kelantan dilimpahi dengan air banjir.. kat kelantan air sungai golok  naik masa  18 Disember 2014,, kampung ibu kat Rantau Panjang naik air .. rumah mak saudara wani dalam satu jengkal jer lagi  nak cecah lantai.. lama jugak  la .. dah la mereka tak sempat nak beli makanan .. malam pulak bergelap.. alhamdulillah dalam tempoh air naik lepas tu air bertahan dalam beberapa hari ,  semua family selamat .. tak ada la kemalangan jiwa.. ..mak saudara wani ni dah biasa dah dengan air bah ni ..tapi tahun lepas air tak naik sampai masuk dalam rumah .. sampai pun kat belakang rumah jauh sikit..





lepas tu bila dengar Kuala Krai naik air Gua Musang naik air .. wani macam tak percaya jugak.. ingatkan banjir biasa biasa la ..  .. sebab banyak masuk dalam wassap.. berita berita ni cepat sampai dalam wassap dulu dari sampai berita sebenar.. bila tengok ada gambar, ada video dengar mangsa banjir di tingkat empat sekolah pun dah nak tenggelam.. risau dah wani.. bila hujan kawasan hulu ni ... sikit demi sikit ia akan turun sampai Kota Bharu.. ditambah pulak dengan fenomena alam air pasang besar yang berlaku dalam bulan 12.. memang sah keesokan harinya tambatan di raja kat Kota Bharu tu dah tenggelam sikit.. ingat tak adalah  sampai limpah naik atas .. ..lepas tu dengar keesokannya  dah limpah naik kat landmark KB tu.. bila tengok gambar IG kawan kawan yang share ..depan Parkson Mall dah mula naik air.. wani fikir makin teruk ni .. tengok berita keesokannya tu .. kat depan Hospital Kota Bharu air dah sampai paras pinggang dah.. ya Allah..




























air mula limpah masuk aluran  sungai dan kawasan -kawasan rendah habis dinaiki air, jalan -jalan nak berhubung pun dah terputus sebab air naik .. wani nak spesifikkan tarikh tu tak berapa ingat huu.. mula lah wani bagi tahu family .. kena prepare nak beli stok makanan takut jalan terputus hubungan ..memang tak ada stok makanan la.. .masa dalam tempoh air limpah sikit demi sikit tu semua jalan dah dipenuhi air .. nasib baik ada satu- satunya jalan yang boleh lalu nak ke bandar  .. kalau air naik kat situ memang dah terputus hubungan dah huu.. ..Kubang Kerian yang popular dengan jolokan Kampung Darat sebab masa bah merah 1927.. kat situlah satu satunya tempat tak naik air..


kampung pak saudara wani paling teruk rumah dia ,,air setinggi 6 kaki atas rumah.. habis musnah segala benda kat dalam tu .. kawasan rumah dia memang tempat banjir tapi ini kali pertama air boleh naik sampai 6 kaki.. selepas air surut baru baru ini ada pergi jenguk rumah pakcik .. nak tolong apa yang patut.. dengan lumpur pun separuh but atas rumah.. kawasan Kampung Kota boleh dikatakan kawasan lembah sebab walaupun jauh sangat dari sungai kelantan tu.. tapi air boleh melimpah masuk..







simpati kepada mangsa -mangsa banjir yang paling teruk kena dekat Kuala Krai dan Manik Urai.. sayu rasa hati ni .. melihat gambar -gambar di sana selepas air bah surut.. ramai yang kehilangan tempat tinggal.. siapa lah tak sedih . rumah kita di situ ..tempat lahir kita ..musnah sekelip mata.. hancur luluh hati.. macam dalam majalah 3 malam tadi.. banjir yang meragut nyawa paling ramai di Kelantan. ya Allah mudah-mudahan mereka sabar dan tabah di atas segala ketentuanNya .. ada hikmah di sebalik apa yang terjadi ..semoga Allah berikan ganjaran dan rezeki yang lebih baik untuk mereka pada masa akan datang dan kekuatan dalam meneruskan kehidupan  .... kadang kadang kita perlu merenung allah menghantar bahasa cintaNya hanya sebagai peringatan kepada kita .. tak nak bagi kita terlalu leka atas dunia ni..Allah hanya nak uji sejauh mana kita dapat bersabar di atas segala musibah ..sejauh mana hubungan kita dengan orang lain adakah kita saling bantu membantu sesama kita??sejauh mana keimanan kita sejauh mana ketakwaan kita .. adakah kita perlu ikut bisikan syaitan .. semua itu hanya UJIAN.. UJIAN.. UJIAN..  tapi bila ditimpa musibah ni lain pulak ceritanya .. macam macam cerita yang masuk.. ..wani nak cerita pun terlalu panjang..  alhamdulillah dekat kampung wani tinggal tak naik air ..syukur sangat- sangat.. walaupun terpaksa bergelap dalam 2 hari setengah.. tapi itu dah cukup menyeksakan.. nasib baik rumah pakai air telaga .. tak ada bekalan air paip biasa ada air telaga .. kalau boleh setiap rumah kena ada air telaga ni .. memang wajib kena buat .. senang ,, keperluan untuk masa susah..



terlalu panjang kalau nak mencoret lagi.. kalau wani cerita memang tak habis ..sebab banyak cerita yang boleh didengar ..tak masuk lagi bab cerita di pusat pusat pemindahan  gambar - gambar tu semua viral dalam wassap.. itu jer yang wani boleh kongsikan ..




5 Comments

  1. salam takziah wana ucapkan dari kejauhan..moga wani tetap tabah dan sabar menghadapi ujian ini..wana tau memang berat buat wani dan semua mangsa banjir yang terlibat tapi wana yakin pasti ada hikmah yang tersembunyi disebalik semua ini..semoga kalian mendapat bantuan yang sewajarnya..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wani.. sebak sheila tengok. Allahurabbi. semoga mangsa2 ni tabah menghadapi dugaan ini...

    ReplyDelete
  3. Salam wani.. mmg sedih sgt2... last year umah kat kg pon naik air sampai hmpr 1meter dlm rumah, jd sgt2 faham apa yg dialami mangsa banjir.. tp paling xsampai hati tgk mangsa yg rumah hancur terus. apa la nasib dieorg lepas nih. bkn senang nk buat rumah baru.

    ReplyDelete
  4. Kasihan sgt pada yg terlibat. Bila Allah turunkn musibah semua terlibat. Tp ada juga yg tak sedar, mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain.

    ReplyDelete
  5. salam kenal wani .. semoga yg telibat dgn banjir ni tabah dan sabar yer

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post