Wednesday, 25 February 2015

author photo
ASSALAMUALAIKUM...


mengupdate blog ..masih ada dalam draft.. ini salah satu menu yang senang.. masih ada berbaki bebola daging ..daripada tak tahu nak masak apa.. reka sikit masak dengan sos lada hitam.. semua bahan ada kat dapur ..mulalah bersilat goyang sana goyang sini hii.. inilah hasilnya .. sedap.. hari tu wani makan nasi dengan lauk ni je.. alhamdulillah .. kenyang perut ..  kita ni apa yang ada bersyukur seadanya.. resepi kat bawah ya..

BEBOLA DAGING SOS LADA HITAM
SUMBER : DARI DUNIA DAPURKU


BAHAN-BAHAN
20 - 25 biji bebola daging
1.5 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh lada hitam kasar
3 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap manis
garam dan gula secukup rasa
1/2 bawang besar dipotong baji
1 biji tomato dipotong empat atau lima
1 tangkai lada merah dipotong serong
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia

CARA-CARA
1. goreng bebola daging hingga masak keperangan
2. bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk halus
3.panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.masukkan seerbuk jintan manis dan juga lada hitam kasar.kacau lagi hingga naik bau
4.masukkan sos tomato,sos lada hitam dan kicap manis.tambah sedikit air.masukkan tomato, bawang besar dan lada merah yang dah dipotong
5. masukkan bebola daging tadi dan kacau sebati dengan sos sehingga bergaul mesra dan pekat.tambah garam dan gula secukup rasa
6. siap dan boleh dihidangkan

NOTA
sos -sos boleh lebihkan kalau nak kuah banyak


This post have 7 komentar

avatar
Bbwana adienia delete 26 February 2015 at 14:52

cantik dan menggoda sangat bebola daging wani tu..

Reply
avatar
Mel delete 27 February 2015 at 08:32

Assalam wani.
Biasanya bebola mel makan dengan spaghetti je. Boleh juga lain kali buat begini. Makan dengan nasi putih.

Reply
avatar
Mayang ABDUL RAZAK delete 27 February 2015 at 09:54

mesti bes kalau masak untuk anak2 resepi ni..

Reply
avatar
Wattie delete 27 February 2015 at 19:11

Assalam Wani,
Klu dpt sepiring kan best, boleh pekena dgn nasi putih panas2, fuhhhh berpeluh dah dahi ni....

Reply
avatar
Wattie delete 27 February 2015 at 19:11

Assalam Wani,
Klu dpt sepiring kan best, boleh pekena dgn nasi putih panas2, fuhhhh berpeluh dah dahi ni....

Reply
avatar
ahmad delete 28 February 2015 at 13:35

Salam,

Saya nak minta tolong review applikasi android ini boleh?

Syarat kena install lepas itu review..
Jika dah buat semua itu tinggalkan link diruang komen nanti saya hubungi anda untuk bagi Gift Voucher Code 12% discount untuk membeli di blogshop kami.

Link ada dibawah ini

New Aplikasi Android Baju Sweet Muslimah

Terima kasih

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang