Tuesday, 24 February 2015

author photo
ASSALAMUALAIKUM.....


salam semua

wani dengar musim panas dijangka start bulan 3 sampai ke bulan 9.. entah betul atau tidak wallahuallam..Allah maha kuasa jer yang tahu bila nak bagi hujan atau tak. panas atau tak.. last hujan tak silap masa raya cina hari tu.. sekarang ni tengok langit cerah biru.. masih lagi berangin .. dulu rasa jugak sejuk masa pagi tu..sekarang dah berkurangan dah sejuk..

Berbalik kepada entry hari ini,lama betul tertunggak resepi ni nak masuk dalam blog.akhirnya tercapai hajat jugak.resepi ni dekat lets masak dah pos.dekat blog lambat sikit.kerabu favorite family jugak ni.famos ni bulan puasa kerabu ni.asyik buat jer tapi kalau di bulan ramadan dalam plastik kecik tu jer mahal la jugak.kadang-kadang ada beli. masa tiba nak buka puasa dah rasa lain macam dah.maklumlah ada santan dalam kerabu ni.hari hari biasa buat tak apa.kalau nak jual main dengan santan, rasanya peniaga ni kena pandai adjust masa bila nak main bungkus suapaya tak basi.



ore kelate panggil pauh... mangga ni.. sebenarnya resepi ni mudah jer. yang uniknya letak ikan tawar bakar dalam ni ..yang tu sedap tu..oklah resepi kat bawah.. tapi next time wani rasa nak campur dengan mangga kecik yang masam tu..yang ni guna pauh lemak ..nak bagi ada rasa masam sikit lemak sikit hii... cubalah ya 

KERABU PAUH @ MANGGA 


BAHAN-BAHAN


3 biji pauh lemak atau mangga 
5 ulas bawang merah 
1 sudu teh lada hitam 
3 sudu besar kerisik 
garam secukup rasa 
gula secukup rasa 
2 tangkai lada burung dipotong serong 
3/4 cawan santan 
3 ekor ikan kembung dibakar diambil isinya

CARA-CARA
1. pauh atau mangga dibuang kulit dan diparut.ketepikan ( boleh guna mangga jenis lain ) 
2. bawang merah dan lada hitam ditumbuk halus 
3. masukkan isi ikan yang dibuang tulang ke dalam bahan tumbuk dan tumbuk lagi hingga lumat 
4. dalam satu bekas, gaul bersama bahan tumbuk dan kerisik. masukkan mangga yang diparut dan gaul hingga sebati 
5. kemudian masukkan santan dan perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.tabur lada burung yang dah dipotong.siap untuk dihidangkan

NOTA: 
1. untuk rasa lebih sedap, perah jus limau nipis
2. untuk kerabu yang lebih kering, kurangkan penggunaan santan..kalau boleh guna santan fresh yang diperah


This post have 6 komentar

avatar
Sweet red cherry delete 24 February 2015 at 20:03

waniiii...apsal tayang kerabu pauh ni..terliur tau tengok...huhu..

Reply
avatar
cheq da delete 24 February 2015 at 20:44

Pauh oh pauh..tgh berbunga lebat la ni kat kg wani..nti puah la nk mkn kerabu pauh tu..hihihi

Reply
avatar
Mel delete 25 February 2015 at 07:08

Bukan setakat family wani je suka, family mel pun suka..kalau hidang tak habis jam tu, memang tak sah.hihii

Reply
avatar
tun_telani delete 25 February 2015 at 10:38

Salam wani... kecur tengok.. tun suka wat colek je pauh nih.. hehe

Reply
avatar
Jueliza Jamani delete 27 February 2015 at 14:39

salam perkenalan.. im follower 463.. wahh sedapnyaa....

Reply
avatar
mummy delete 26 June 2015 at 16:09

Salam perkenalan..sedaknyooo

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang