-->

Wednesday, 4 February 2015

author photo
ASSALAMUALAIKUM...





salam semua

dah nak tengah malam ni..mata dah sipu malu dah ni.. oklah ya .. entry wani ni semua gambar2 yang dah lepas tak apalah meh dengar untuk ceritera hari ini pulak.Potato kat dapur ni dah kecut sangat wani tengok.. Nape la susah sangat nak habis ubi

kentang ni.. Selalu beli cepat jer habis ..ni macam tak laku pulak.. Entahlah masak masak pun tak ada
selera nak masuk kentang.. Wani pun plan la nak masak apa.. Tertengok dalam fb chef apa

dah nama huu pos gambar pasal potato masala.. Sejenis masakan india Tingg!! Terlintas terus dalam kepala

nape la tak buat macam ni.. Pergi search dalam internet siap hii.. Terjumpa la yang berkenan

nak buat .. Tapi dalam bahan tu nak garam masala.. Adei tak ada stok garam masala tu ..fikir punya fikir nak ganti dengan serbuk kari ikan hiii.. Sebelum tu terlintas nak ganti dengan serbuk kari daging tu tapi takut tak masuk..

Bahan2 dia macam nak buat kari ikan jer.. Banyak sangat penggunaan rempah.. Sampai wani kena letak satu tempat geng2 rempah tu takut tak ingat masa nak menumis nanti...maklumlah masakan india kan kaya dengan rempah2 ni.. Apa kata kali ni bertukar selera pulak.. Kan.. Bila dah siap ..

Ramai pulak yang kata sedap.. Walaupun wani tak guna garam masala tu ganti dengan serbuk kari ikan jer.. Tetap masuk jugak.. Maknanya tak kisah kalau tak ada garam masala boleh ganti dengan serbuk kari ikan.. Dah test ni .. Tapi next time nak try jugak guna garam masala ni .. Lagi sedap
kot... Oklah ya meh semak resepi.. Penggunaan semua rempah2 tu wani agak2 .. Wani jenis suka


Bau rempah yang ringan2 taklah kuat sangat sampai tak leh makan hiii.. resepi dah diterjemah dalam bahasa melayu..oo lagi satu ada satu perkataan baru "urad dhal" entahlah wani pernah biasa tengok ke tak.. takut kita nya panggil benda lain.. boleh la guna pakcik google ya.. wani sekali tengok cam barli pun ada hii


Resepi Ubi Kentang Masala Simple Dan Sedap
Sumber : FULL SCOOPS

Bahan - Bahan
Ubi kentang 5 - 6 biji
Bawang besar 1 labu didadu
Tomato - 2 biji sederhana besar dicincang kasar
Halia 1/2 inci dicincang halus
Serbuk lada - 1 sudu teh
Serbuk ketumbar - 1.5 sudu teh
Serbuk kunyit - 1/2 sudu teh
Serbuk garam masala / kari ikan - 1 sudu teh
Serbuk jintan manis/ jintan putih - 1 sudu teh ( wani guna serbuk jintan manis )
Bawang putih 5 - 6 ulas dicincang halus
Daun kari - 1 batang
1 tangkai Lada kering dikerat serong

Bahan Untuk Menumis
Minyak
Biji sawi - 1 sudu teh
Jintan putih 1 sudu teh
Urad dal - 1/2 sudu teh ( wani tak letak )

Cara - Cara
1. Ubi kentang direbus sehingga empuk dan bila dah sejuk kupas kulit potong dadu besar sikit
2. Panaskan minyak, masukkan bahan bahan penumis ..tumis sehingga wangi.masukkan daun kari dan lada kering yang telah dikerat tumis lagi hingga wangi.
3. Bila dah nampak lutsinar tu terus masukkan bawang besar,tumis hingga wangi sikit dan terus  masukkan halia dan bawang putih yang dicincang halus .. Tumis lagi sehingga wangi.
4. Masukkan tomato yang dah dicincang kasar ,,kacau sebati dan bagi biar hancue sikit tomato tu.. ..tumis lagi sehingga hampir masak tomato tu.
5. Kemudian masukkan serbuk ketumbar, serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk jintan manis dan serbuk garam masala atau kari ikan..kacau sehingga sebati sehingga naik minyak ..tambah air sikit tak nak pes tu kering sangat ..masukkan garam dan gula boleh dah masa ni.. Kacau dan terus masukkan
ubi kentang yang dah dipotong tadi..kacau sehingga kesemua ubi kentang bergaul rata dengan pes..
6. Siap dan boleh dihidangkan.




1 komentar:

avatar
Sweet red cherry delete 5 February 2015 at 09:13

macam best menu ni..nampak sedap pula tu..wani ni memang pandai masak kan.. :)

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang