-->

Sunday, 8 February 2015

author photo
ASSALAMUALAIKUM....


salam semua

alhamdulillah bersua lagi untuk hari ini... ini kali kedua wani pos kat sini..rasa dah agak lama tak buat dan nak pos kat sini.. sambal ikan nenda ni memang kenangan wani dekat arwah nenek.. dah 11 tahun arwah pergi tanggal 13 Mei 2004 .. tapi resepi dia tak pernah wani lupa .. sentiasa masak sampai la sekarang .. dan memang sambal kegemaran family jugak.. kalau dulu seingat arwah nenek ada dulu tiap kali masak sambal ikan ni ,,mesti hantar sepinggan kat rumah ,masa tu rumah dekat dengan rumah arwah nenek.bila wani pulang dari sekolah mulalah arwah datang sambil pegang pinggan ..adalah tu sesuatu yang dia masak..  sambal ni kegemaran abah wani jugak.. nasib baik la anak dia ni pandai buat hiii.. terlepas la kempunan abah nak makan sambal ikan.

kat rumah ni pun memang bonda wani saja rebus ikan.. dalam seminggu mesti buat .. dan ikan tu mestilah kena hangatkan balik tak nak bagi basi ,, tiap -tiap hari sampai la ikan tu isi dia makin lama makin pejal..macam kita nak buat nasi dagang..dan masa tulah sesuai dah nak buat sambal ikan.   sebenarnya bergantung kita letak garam banyak mana dan jugak asam keping .. kalau kurang garam alamatnya lembik la isi ikan tu.. tapi tak nak jugak makan terlalu masin kan...

ikan ni kena goreng sampai garing tapi taklah terlalu garing .. dan bila nak buat sambal tu memang penat la sikit ..macam nak kacau dodol.. kacau -kacau, lenyek - lenyek sikit sampai pecah isi ikan tu kalau boleh sampai la halus macam gambar kat atas tu...kena kacau-kacau selalu nak elak hangus ..  sedap makan dengan nasi panas ... wani tak ada lauk lain tak apa dah ..padan lauk ni je hiiii.dan semestinya tak ada santan lah ....oklah ya meh kita semak resepi. resepi ni mudah dan tak susah cuma makan masa sikit je...




SAMBAL IKAN NENDA
SUMBER : DARI DUNIA DAPURKU

BAHAN-BAHAN UNTUK IKAN REBUS
1 kg ikan kembung
Garam
12-15 asam keping * bergantung saiz asam keping
2 inci lengkuas dihiris
1/2 keret gula melaka

BAHAN-BAHAN UNTUK SAMBAL IKAN
1 tangkai  lada merah
1 tangkai lada hijau
3-4 ulas bawang merah
Gula
Sedikit minyak untuk tumis

* nak ganti dengan lada burung pun ok jugak

CARA- CARA
1.      sediakan untuk ikan rebus, masukkan ikan dalam periuk dan susun asam keping dan lengkuas tu secara berselang seli ..akhir sekali letak gula melaka( maksudnya bila nak letak lapisan  ikan lain tu letak lengkuas, garam dan asam keping nak bagi nanti rebus bergaul mesra taklah asam keping dan lengkuas semua kat atas ) 

2. bila isi ikan dah pejal dalam masa seminggu jugak, barulah boleh digoreng
3.      lada merah, lada hijau, bawang merah, cili api dihiris
4.      panaskan minyak dalam kuali dan masukkan  kesemua bahan yang telah dihiris tadi
5.      bila dah naik bau dan nampak layu sikit, masukkan isi ikan goreng ( buang tulang tu ya ) tadi dan ketuk-ketuk je dengan sudip tu nak bagi ikan tu hancur  sambil kacau –kacau..
6.      bila dah nampak hancur isi ikan tu , masukkan gula secukup rasa ,, garam tak payah dah sebab ikan tu dah ada masinnya.. kacau lagi sebati ..kalau nak lagi garing macam kat gambar atas tu lagi sedap..

 NOTA
Kesemua bahan-bahan tersebut boleh diadjust ikut kesesuaian.. resepi ni simple sangat .. tapi best tau.. 

boleh buat banyak kali ikut kemahuan orang nak makan .. tak lah habis sampai 1 kg ikan goreng bila nak buat sambal :) 

This post have 4 komentar

avatar
Unknown delete 8 February 2015 at 19:45

sedapnya wani, macam nak cubit je sikit menu kampong mmg mengancam jiwa kan

Reply
avatar
cheq da delete 8 February 2015 at 20:53

Sambal ikan sedap buat mini popia...

Reply
avatar
Wattie delete 8 February 2015 at 22:05

Assalamualaikum Wani,
bestnya nampak resepi arwah menda Wani, lain dr yg lain. Kak dah kecur air liur dah ni.

Reply
avatar
rostina76 delete 9 February 2015 at 11:07

assalam wani…terliur tgk sambal ikan u. btw lebih kurang sama dgn resepi sambal ikan style kami tapi biasanya kami buat klu ada kuah laksa/laksam yg tak abis….. bezanya mungkin yg tu ada santan….

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang