-->

Tuesday, 12 May 2015

author photo
ASSALAMUALAIKUM.....


penuh muka facebook sebab pakat wish hari ibu .. bagi wani, hari-hari  HARI IBU.... ibu ku sentiasa di hati hingga ke syurga .. at least kan nampak la jugak muka-muka ibu yang dah banyak pengorbanan dekat kita..wani rasa hari tu lah semua pakat dok tunjuk muka ibu masing - masing :D.. walhal bukan budaya kita pun nak sambut .. atas nawaitu masing-masing.. pandangan sendiri.. oklah ya untuk entry hari ini yang tertunggak biasala  .. 3 hari menyepi .. nii..

bila dah tak ada sayur dalam peti, ubi kentang la yang jadi mangsanya.. memang bahan wajib ada ubi kentang kat dapur,

sebenarnya rasa dah boring sangat kalau buat kentang goreng macam ni mesti nak ganding dengan sambal.. jadi kali ini,wani buat kelainan sikit,rasa nak makan kentang ni manis karamel ,jadi terhasillah resepi ni .kali kedua dah buat nih.. wani suka bau bila halia dan bawang tu jadi karamel.. boleh la buat hidangan sampingan.. resepi ni sangat simple .. tak tahu nak cakap ala cina ke apa hii..

boleh la cuba ya ...


KENTANG GORENG BIJAN
SUMBER: DARI DUNIA DAPURKU

BAHAN-BAHAN

6-7 biji ubi kentang ( wani guna yang sederhana )
5-6 ulas bawang merah dicincang halus
4 ulas bawang putih dicincang halus
1 inci halia dicincang halus
kicap pekat ( kicap pekat ABC ) 3 sudu besar
kicap manis 3 sudu besar
bijan panggang  1 sudu besar
garam secukup rasa

CARA-CARA
1. ubi kentang dikupas kulit dan dipotong baji .
2. goreng dalam minyak yang panas sehingga perang dan masak.angkat dan sejatkan atas paper towel
3.panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan halia cincang, dan bawang putih cincang, tumis sampai wangi dan baru masukkan bawang merah dan tumis lagi hingga wangi.
4. masukkan kicap pekat, kicap manis dan garam .kacau rata
5. masukkan ubi kentang goreng dan kacau rata dan akhir sekali masukkan bijan sebelum tutup api
6. siap dan boleh dihidangkan terus

NOTA:Sos-sos boleh ditambah ikut kesesuaian ..



This post have 4 komentar

avatar
Ana Jingga delete 12 May 2015 at 20:53

sesuatu yang baru ni wani... manis kan.. :)

Reply
avatar
Sweet red cherry delete 12 May 2015 at 21:50

assalam wani..

wana singgah sini..erm, sedap nampaknya kentang bijan tu..menarik!! ^_^

Reply
avatar
Unknown delete 13 May 2015 at 17:28

wahhh..menarik..kreatif..mesti sedap!..tapi kalau takotkan kolestrol,jom kawal dengan PHYTOCOL ST!

http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/phytocol-st-cara-mudah-sekat-kolestrol.html

Reply
avatar
mayangbakingmadness delete 14 May 2015 at 15:00

wah menu senang ni, boleh le buat nanti taim tak de idea nak masak ape... sama gak le kentang memang sentiasa ada kat umah ni

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang