-->

Friday, 5 February 2021

author photo
Resepi Apam Gula Hangus Mudah Sukatan Cawan | Salam semua, kuih apam adalah kuih yang boleh dikatakan mudah nak buat. Pelbagai jenis resepi kuih apam yang ada termasuklah apam gula hangus. Apam gula hangus pun ada peminat tersendiri yang sukakan rasa dan bau gula hangus. Sis memang peminat gula hangus. Selain daripada gula hangus untuk buat kek sarang semut. Gula hangus juga boleh dijadikan kuih apam. Ini resepi mudah untuk apam gula hangus sukatan cawan.

Resepi Apam Gula Hangus Mudah Sukatan Cawan

Bila sebut kuih apam, kena ada acuan yang kecik molek untuk mengukus. Barulah comel - comel macam dalam gambar. Kalau nak guna loyang tu sis tak pasti, tapi takut jadi sebijik kek pulak. Sebab tak pernah buat kalau resepi apam tapi nak kukus dalam loyang. Semangat kerajinan itu kena ada maklumlah kena kukus masuk dalam acuan kecik - kecik.

Untuk apam ini, tekstur apam gula hangus sangat gebu dan lembut. Simpan sampai ke petang pun masih lagi gebu lembut. Sekiranya tak habis boleh disejukbeku. Nanti nak makan, kukus balik. 

Resepi Apam Gula Hangus Mudah Sukatan Cawan

Untuk resepi dan cara buat adalah seperti di bawah. Peminat apa mesti cuba. 

Resepi Apam Gula Hangus Mudah Sukatan Cawan


Bahan A Untuk Dijadikan Gula Hangus
1 cawan gula
1 cawan air panas

Bahan B Dikisar
1/2 cawan minyak masak atau minyak jagung
2 sudu butter
2 biji telur
2 sudu besar susu pekat

Bahan C Diayak Bersama
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat

Cara Buat apam Gula Hangus Kukus
1. Gula dihanguskan sehingga perang keemasan mengikut citarasa.
2. Kemudian tuangkan air panas berhati - hati ya sebab ia akan meletup - letup. Sejukkan.
3. Panaskan kukusan hingga air mendidih.
4. Satukan bahan B dan dikisar sehingga gebu anggaran 3 minit dan masukkan gula hangus yang telah sejuk dan blender lagi.
5. Masukkan bahan C dan kacau rata hingga nampak halus ( kalau nak mudah blender juga )
6. Masukkan ke dalam acuan apam yang telah dilenser dengan minyak dan susun ke dalam periuk kukusan.
7. Lap air pada tutup periuk agar tidak terkena pada apam semasa mengukus.
8. Tutup periuk dan kukus selama 15 minit atau sehingga masak.

Nota :
1. Tips lain, balut tudung periuk kukusan dengan kain supaya air tidak menitis atas apam.

Baca Juga :

1. Resepi Kuih Puteri Mandi Mudah

2. Resepi Cucur Durian Lembut, Mudah Sukatan Cawan

3. Resepi Bubur Som Som Lembut Dan Mudah















1 komentar:


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post