CARA NAK PILIH BUAH TEMBIKAI

Assalamualaikum...

                             

Salam semua

Sekarang ni musim buah tembikai,... Dah nak puasa ni biasanya buah yang paling banyak hidang atas meja mesti buah tembikai.kalau sebelum ni wani makan jugak buah tembikai ni. Buah tembikai ni banyak khasiatnya.Tapi bila jatuh sakit dulu, buah tembikai memang kena pantang sebab sejuk.. Sampai sekarang, wani kurang nak jamah sikit buah tembikai ni, kalau sentuh pun boleh la seketul dua tak banyak makan,sebab perut wani mudah meragam tak semua makanan boleh telan. Huuu.. Kalau sebelah malam lagi la tak sentuh buah ni sebab mesti rasa nak terkencing kalau makan banyak. So, wani  stop makan malam. 

Setengah orang kenyang makan buah tembikai jer dah buncit perut sebab banyak air hiii.tapi kali ini wani nak kongsi la dengan pembaca macam mana tips nak pilih buah tembikai yang manis walaupun diri sendiri tak berapa nak makan .sekurang kurangnya nanti nak beli tembikai tak adelah kita terkial kial nak pilih kan. Terbaca kat http://www.mawardiyunus.com/2013/07/tips-pilih-tembikai-yang-manis-dan-baik.html. Nak simpan untuk rujukan ..:)

Tips Pilih Tembikai Yang Manis Dan Baik  Cara Beli Buah Tembikai Yang Elok  Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.

Kata orang Buah Tembikai sebenarnya ada jantan dan betina. TEMBIKAI BETINA lebih besar daripada TEMBIKAI JANTAN. Cara mengenal buah tembikai jantan atau betina senang je, anda perlu lihat JALUR yang terdapat pada buah tembikai tersebut. Jika jalur buah tembikai tersebut kecil, maka jantanlah, dan kalau jalurnya lebar ,betinalah buah tembikai itu.

Jadi petuanya, PILIHLAH Buah Tembikai BETINA, sebab yang betina, manis dan kurang biji benih. Tak macam jantan, benih je banyak, tapi tak manis pun.




CARA-CARA LAIN YANG BIASA DIPRAKTIKAN SEMASA MEMILIH TEMBIKAI :


1. Pastikan kulit buah tembikai yang dipilih tadi licin

2. Pilih tembikai yang berat berbanding dengan saiznya

3 .Buah yang masak permukaan kulitnya licin seakan berkilat menunjukkan ia dah matang, buah yang permukaan yang agak kasar menunjukkan buah tersebut masih mentah

4. Pastikan juga pangkalnya gemuk dan semakin ke hujung semakin warnanya bertukar ke warna putih kuning air. Warna buahnya hijau yang menarik dan bentuk buahnya sekata kiri dan kanan (simetri)

5. Tompok di bawah buah berwarna kekuningan, bukannya warna putih

6. Jalur hijau di kulit buah kelihatan putus-putus atau tidak bersambung terus.Tepuk-tepuk atau jentik-jentik dengan jari sedikit buah tembikai itu, sekiranya ia mengeluarkan bunyi yang seakan-akan kosong, insyaallah ia sudah masak dan elok isinya.

Maklumat tambahan mengenai Buah Tembikai: Di KELANTAN buah Tembikai dikenali sebagai Timun Cina.



2 Comments

  1. Selama ni tahu yang keenam saja... he he hee tq for sharing.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum , Salam Ramadahn , saya singgah sini ya .

    Good luck , kunjungan dari GA yang sama :) jemput singgah ..

    http://matalensajemariberceloteh.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post