-->

Wednesday, 29 June 2016

author photo



salam semua

Macam lama tak berceloteh kat sini. Musim orang buat biskut sekarang ni. sana sini biskut ,,macam-macam biskut, warna warni pulak. Kalau tak buat biskut memang macam tak lengkap kan.

Dah sinonim dengan hari raya. Kalau tak buat sendiri pun ada duit lebih boleh beli yang dah siap, Lagipun ramai orang yang ambil order. Semuanya ada, boleh la bantu orang yang berbisnes biskut. Wani kalau buat biskut susah nak datang mood. Tapi sekali datang habislah. Buat biskut yang mudah-mudah,. Lagipun bonda wani pulak macam rimas tengok wani buat biskut selalu tanya larat ke nak buat, dia tahu anak dia ni bukannya sihat tubuh badan tapi gigih kalau nak buat biskut.

Bila semangat datang tu laju jer buat.

Wani selalu dengar istilah sangai ni, kalau nak buat biskut dulu-dulu macam biskut makmur ke biskut arab ke, macam remeh kerja kan, tapi ikut jugak resepi.

Kalau dengar daripada perkongsian sangai tepung ni orang dulu-dulu mereka buat sebab nak bagi tepung tu ringan , rangup dan tahan lama. Entah lah dengar kata kalau buat biskut tahan la sampai setahun.

Tapi dengar info biskut yang buat tanpa pengawet boleh tahan sampai 3 bulan jer. Nak bakar guna oven pun boleh. Kalau guna oven bakar dalam suhu 150 C dalam 10 minit, guna kuali pun boleh.

Wani guna kuali lah senang, kita ikut lah petua orang dulu dulu, ingat ke senang nak buat kuih, kalau tak ada petua, memang hancur lah.

Kalau tanya bonda wani apa dia faham tentang istilah sangai tepung, dia cakap kalau arwah nenek wani dulu tepung tu sangai dulu lepas tu baru buat bubur gandum nak bagi Mak Su makan masa baby dulu,,orang kampung  dulu dulu buat bubur gandum nak bagi baby makan, kalau tak sangai tepung tu, perut baby boleh kembung.

Itu pemahaman bonda wani bagi istilah sangai, kalau istilah sangai pasal biskut ni bonda tak mengerti langsung.

oklah ya, tak lama dalam 6 hari lagi nak sambut raya, mudah-mudahan segala persiapan raya kalian pun berjalan dengan lancar.

This post have 2 komentar

avatar
HeNRieTTa JoSe delete 30 June 2016 at 08:29

untie rietta ada citer sal family dorg sangai tepung nak buat beskut raya...rietta xtahu pown sebabnya....

Reply
avatar
Wani Sukarno delete 30 June 2016 at 17:58

inilah sebabnya hiii.. jarang jugak main sangai tepung .. hanya kukis2 yang tertentu sahaj buat macam ni

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang