HERO NEGARA, DATUK LEE CHONG WEI

ASSALAMUALAIKUM....


rupanya hari ini dah penutup untuk sukan olimpik 2016.. tak tahu pulak .. selepas tengok persaingan sengit di antara Datuk Lee Chong Wei dengan Chen Long dari negara China pada hari Sabtu malam lepas kan.. ingatkan tak habis lagi sukan lain.. kalau bab sukan ni kalau ikutkan wani tak berapa suka..hiiii  tapi kalau main bersemangat untuk negara suka pulak.. wahh semangat cintakan negara kan.. tak lama dah nak merdeka .. rasanya malam final tu rasanya seluruh rakyat Malaysia duduk depan tv.. bagi semangat walaupun duduk jauh,, sorak pun tak dengar sampai Rio sana hii.. tapi itulah nasib tak menyebelahi negara kita untuk menang pingat emas.. tak apalah Datuk Lee Chong Wei..jangan sedih walaupun jauh di sudut hati beliau perasaan macam bersalah pun ada, tapi beliau dah buat yang terbaik.. untuk Malaysia. wani tengok wani pulak yang naik seram ,,sebab sekejap sangat mata bergerak, ia tak macam main bola sepak hii

lagipun sebelum ni,sukan olimpik dah 3 kali berturut-turut pungut pingat perak kan.. patut bangga la kan.. mana ada orang rekod macam tu ..  wani pun ada baca status di official instagram beliau.. sebelum pertandingan .. beliau bagi tahu akan buat yang terbaik untuk mendapatkan pingat emas dan jika ada harapan kita akan dengar lagu kebangsaan negara kita di pentas  antarabangsa .. ..last dapat dengar lagu kebangsaan negara China..sedih pulak baca status beliau.. sebab penuh bersemangat dan ini dah kali terakhir beliau di arena sukan olimpik kan... dah boleh dah tu cari anak didik yang lain.. wani rasa tak lama akan keluar pulak filem macam ola bola tu.. tapi yang ni lain pasal badminton.. dah boleh dah tu ..

SELAMAT TINGGAL RIO .... SELAMAT TINGGAL OLIMPIK 2016 nantikan SUKAN OLIMPIK 2020 di Jepun... buat lah sikit coretan kat sini.. lagipun 4 tahun sekali..





Post a Comment

Previous Post Next Post