-->

Friday, 7 October 2016

author photo
Cara Buat Daging Jeruk Sendiri Mudah Hanya 2 Bahan | Daging jeruk lemon ni rasanya viral beberapa tahun dulu, sejak dari viral tu sis pun ada cubalah, kadang - kadang guna lemon, kadang - kadang guna limau nipis, ikut keadaan yang ada, tapi paling sedap kena guna lemon, bau tu dah lain, dah lah sis memang suka kalau resepi tu nak masuk guna lemon.

Kalau beli lemon memang tak akan membazir, kalau nak buat kek yang kena parut kulit limau memang akan parut lah, lemon mahal nak banding dengan limau lain kan. Tapi aromanya tu yang naik sedap.

Cara buat daging jeruk

Oklah kali ini nak share daging jeruk lemon, letak lemon terus baru orang akan faham. Tapi kalau tak ada lemon, boleh nak ganti dengan limau lain. 

Daging ni bukannya boleh makan setiap hari kena rancang jugak la diet kan, tambah lagi daging ni kalau nak hadam dalam perut ambil masa seminggu.kalau nak guna garam yang lebih elok guna lah garam bukit.

Wani goreng dengan bawang jer daging jeruk, letak lada burung ke lada merah hiris ke, nanti nak tunjuk entri yang seterusnya, kalau orang yang jenis tak lalu makan memang inilah menunya sebab simple makan dengan nasi panas.

Cara buat daging jeruk

Cara buat daging jeruk

Cara buat daging jeruk

Cara Buat Daging Jeruk Sendiri Mudah Hanya 2 Bahan 


Bahan - Bahan 
1 kg daging
2 biji lemon / limau nipis / limau kasturi
Garam atau garam bukit secukupnya

Cara - Cara 
1. Daging dipotong nipis nak nampak cantik potongan, potong semasa tengah separa beku.
2. Lemon perah dalam bekas lain, ambil jusnya sahaja.
3. Letak daging dalam bekas, letak garam,agak - agak ya jangan banyak sangat.
4. Tuangkan jus lemon tadi ke atas daging dan gaul sebati.
5. Potong beberapa hirisan lemon letak macam dalam gambar tu, lagi harum baunya.
6. Letak sekejap kat luar baru boleh simpan dalam peti dingin bukan peti beku ya.
7. Setelah semalaman boleh lah nak goreng ikut selera.

Nota 
Daging jeruk boleh bertahan sehingga 3 bulan dalam peti. 

This post have 7 komentar

avatar
mek yunie delete 7 October 2016 at 10:38

Gitu ye ? Mek tk prnh mkn --'

Reply
avatar
Kakzakie Purvit delete 7 October 2016 at 11:07

Betullah aroma lemon itulah yg menaikan bau dan rasa sedap masa menikmati hidangannya. Kakak pun suka. Bakar letak bawang putih, halia, black pepper dan madu pun sedap Wani

Reply
avatar
Wani Sukarno delete 7 October 2016 at 12:45

@Kakzakie Purvit wah nampak menyelerakan bakar macam tu ,, x pernah bakar asyik goreng jer

Reply
avatar
Wani Sukarno delete 7 October 2016 at 12:47

@ayunie ramli kena buat mek sebab sedap sangat ni

Reply
avatar
Busyra Takiyudin delete 7 October 2016 at 14:34

busyra tak pernah mkn lagi mcm ni. tq ye bg resepi

Reply
avatar
Elih Japahar delete 7 October 2016 at 20:25

Uih kena try ni...mcm sedap je

Reply
avatar
Gee Lion delete 8 October 2016 at 20:41

Gambar ni memang berjaya buat perut saya berkeroncong lagu dangdut.. Huhu.

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang