-->

Sunday, 20 November 2016

author photo
Ketahui 7 Tips Penting Ini Untuk Dapatkan Brownies Kedut Yang Cantik | Salam semua,
Kali ketiga post brownies kedut guna resepi a keeper. Rasa lah tak nak ambil resepi lain dah walaupun terlalu banyak resepi yang mengatakan resepi brownies kedut paling kedut. Kedut juga yang laku. Sebab ada banyak wani buat perbandingan resepi brownies kedut lain dengan resepi yang ini. Resepi brownies kedut yang lain terlalu banyak menggunakan gula dan juga kadang - kadang terlebih coklat kompaun.

7 Tips Penting Ini Untuk Dapatkan Brownies Kedut Yang Cantik

Coklat kompaun tu pun dah manis dah. Sebab itulah terlebih kedut sangat sebab terlampau banyak gula. Tapi sangat memikat orang yang ketagih dengan brownies. Apakan daya.

Kalau nak tengok yang pertama dan kedua wani buat

1. BROWNIES KEDUT CONFIRM MENJADI 
2. BROWNIES KEDUT TERBAIK 

Kemain kata kunci brownies kedut. Kiranya  dah dua kali Wani buat tahun ini. Tak adalah sebulan sekali. Kalau terasa rindu sangat baru boleh buat. Sebelum ini, wani stressed sebab setiap kali belajar nak buat brownies tapi tak jadi kedut. Memang pelik orang boleh buat kedut, kita tak boleh buat. Dah jumpa dah resepi a keeper. Jadi di luar sana yang baru nak berjinak - jinak  nak buat brownies wani rekomen sangat ikut resepi yang ini.

Kali ini, pergi test kurangkan gula putih 10 gm. Memang akui kalau ikut tekak wani, walaupun pemilik  resepi ini cakap dah kurang manis, bagi wani masih manis lagi. Sebab campur dengan coklat compound tu lagi bertambah manis sikit. Dah kurangkan gula 10gm tu pun masih terasa manis.

Tak tahulah tekak kalian macam mana. Bonda wani makan pun dia cakap ya Allah manisnya brownies padahal kurang gula 10 gm jer pun. Agaknya kalau nak kurang lagi, jangan harap kau nak panggil brownies. Kau boleh panggil kek je lah ya tak pun biskut, asyik nak kurang gula jer. Pesan diri sendiri la jugak ya. Brownies bukan tekstur kek. Sebab tu la jarang sangat wani buat brownies. Sebab faktor utama jadi kedut tu adalah gula dan coklat yang banyak.

Hasilnya, lepas kurangkan gula macam gambar kat bawah, masih kedut walaupun kedut tak berapa nak menggoda sangat. Bagi wani ok dah, cukuplah nampak kedut dah terasa bahagia sangat. Cuma ada tips lain tambah lepas bereksperimen, lepas masak tu ,tinggal dalam oven sekejap selama 15 minit, pintu oven direnggangkan sikit, sebab ikut yang dibaca nak suruh lagi berkedut, tinggal sekejap dalam oven, nampaklah kedut tu kan.

Bahan - bahan seperti coklat kompaun, serbuk koko dan mentega yang lebih berkualiti, lagi menghasilkan brownies kedut yang menggoda. Untuk resepi ini, wani guna jenama beryls coklat compound untuk brownies.

Jom, sis kongsikan cara nak buat brownies kedut guna resepi yang berhantu ini. Selamat mencuba. 

7 Tips Penting Ini Untuk Dapatkan Brownies Kedut Yang Cantik

Resepi Brownies Kedut Viral Paling Mudah

Sumber: Facebook AFZAN MOHD , ONE BOWL BROWNIES

Bahan 1 
100 gm butter suhu bilik ( boleh guna butter cup or real butter (scs dll )
100 gm gula biasa
90 gm gula perang
2 biji telur


Bahan 2 
40gm dark chocolate button jenama beryls ( atau apa -apa jenama favorite ) wani guna milk compound chocolate 
secubit nescafe


Bahan 3
100gm tepung gandum
40gm serbuk koko ( guna serbuk koko van houten )

3gm garam ( wani tak letak )

* kesemua bahan tepung ini diayak dan digaul sebati dengan spatula

Bahan 4 
90 gm dark chocolate button jenama beryls


Nota : Kalau boleh pastikan guna periuk yang berat atau berkualiti sikit, nanti panas dia lebih sekata.

Cara- Cara 

1. Masukkan gula, gula perang dan butter bersama. panaskan di atas  api perlahan  sampai mentega cair kena selalu kacau jangan sampai gula tu nampak warna keperangan.
2. Bila sudah ada nampak macam ada lapisan minyak di permukaan, berhenti kacau. Proses ini penting untuk buat kedut - kedut yang menggoda.
3. Tambah telur ketika masih suam, kacau sehingga sebati, adunan akan jadi likat.
4. Kemudian ketika masih suam, ( penting buat ketika masih suam supaya coklat cair ), masukkan coklat button 40 gm dan secubit nescafe. Kacau sehingga coklat cair dan sebati.
5. Coklat ini penting juga untuk dapatkan permukaan kedut yang licin dan berkilat.
6. Tukar kepada spatula, masukkan tepung yang dah dicampur bersama dan diayak. Kacau secara kaup balik, sehingga licin.
7. Selepas siap, masukkan tepung tunggu sekejap 5 minit, nak bagi adunan tu suam-suam kuku. Kemudian, baru masukkan dark coklat button 90 gm. Kacau secara kaup balik, sekali dua sahaja.
8. Tuangkan ke dalam loyang 8 x 8 atau 7 x 7 boleh tapi tebal sikit  yang telah dialas dengan parchment paper. Kalau nak letak topping kacang atau coklat button boleh letak. Tapi sebelum itu kacang perlu dipanggang sekejap.
9. Bakar pada suhu 160C  dalam 25 minit sahaja. Jangan terlebih bakar, nanti jadi biskut. Tentang oven, kena faham dengan suhu oven masing-masing. Yang pasti suhu kena rendah ya.


Nota : Untuk loyang ni, wani guna 9 x 9. Cara nak keluarkan brownies kedut dari loyang mudah sahaja. Tarik keluar kertas lebihan baking paper di kedua - dua sisi loyang. 


Tips Penting Untuk Dapatkan Brownies Kedut Yang Cantik 

1. Butter dan gula jangan sampai gelegak, bila dah cair tutup api, kacau2 sedikit masukkan telur
jangan masukkan telur ketika panas, nanti masak kurang kilat.

2. Masuk coklat 40 gm dan tepung ketika masih suam - suam  panas.

3. Jika sudah masuk dalam bekas untuk dibakar, jangan biar diluar terlalu lama, kedut kurang.

4. Jangan biarkan ketulan coklat kat atas tu, nanti coklat cair merebak tak kedut.

5. Paling penting, jangan underbake, tak kilat dan tak kedut.

6. Jangan terlebih bakar juga, kilat tapi keras.

7. Nak alas loyang, guna kertas parchment paper yang berwarna putih atau putih krim, kalau tak nak brownies melekat. Sebab ada 2 jenis kertas baking.




This post have 12 komentar

avatar
Mazni Azmi delete 20 November 2016 at 13:33

Memang nak kena bagi berkedut ke baru sedap sis? 😂

Reply
avatar
Busyra Takiyudin delete 20 November 2016 at 15:49

busyra kurang sikit makan kek coklat2 ni. tp kalau brownies tak boleh tolak. haha :p

Reply
avatar
Wani Sukarno delete 20 November 2016 at 16:44

ada orang suka kedut2 ..tapi kedut tu seksi sebenarnya hiii

Reply
avatar
Sha Mohamed delete 20 November 2016 at 17:31

Makan dgn aiskrim vanilla memang best.. Sha pula tak kisah sangat kedut ke tak.☺Yang paling penting mesti mewah dengan rasa coklat..

Reply
avatar
Warisan Petani delete 20 November 2016 at 22:49

Dh namanya brownies kedut,
Kalau Xde kedut kira Xjadilah.

Reply
avatar
mek yunie delete 21 November 2016 at 12:34

sedap cikkk oiiii --' rumah ek tkde oven

Reply
avatar
Lea Azleeya delete 21 November 2016 at 15:36

Dapnyeeee wanie...

Nak sikit.. Nak buat malas.. hahaha

Reply
avatar
Nina delete 24 July 2017 at 03:57

Wani, rasanya kalau guna yg milk chocolate compound tu mmg dah manis sgt. So mmg kena kurangkan gula. Sb milk kan.. Tp kalau dark chocolate compound tu yg kurang manis. Yg tu lg sedap sb more rasa chocolate. 😄

Reply
avatar
Wani Sukarno delete 24 July 2017 at 12:45

Betol tu nina dark choc compound lagi best

Reply
avatar
Unknown delete 23 August 2020 at 18:58

Maaf ....saya x faham item no 6 & 7 ty. Saya mmg try buat skrg ni. Kedut mmg menjadi , tp kering sgt .tatau la kenapa. Kdg gune telor 4bji x jdi , gune telo 3bji jdi plk. Tatawu la nk set suhu cmane. Pnh set 140 , 150 ...tu pn kering .adoyaiiii

Reply
avatar
Wani Sukarno delete 25 August 2020 at 17:43

item no 6 tu spatula kek yang boleh kaup balik tu..senang siki item no 7 maksudnya dark choc button ke ? saya ada masukkan dark choc button tak nak masukkan tak apa tu. optional her.

alamak kering macam mana tu. resepi brownies ni rasanya dia x gooey sangat, just nice sedang2. sebab ada brownies yagg tekstur gooey sangat. alamak banyak level suhu dah guna tu, still kering lagi ke. huu

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang