Peristiwa Menarik Semasa Bulan Kelahiran Nabi Muhammad

ASSALAMUALAIKUM...

Peristiwa Menarik Semasa Bulan Kelahiran Nabi Muhammad

Salam maulidur rasul buat semua. Copy paste dari facebook. Terkadang kita lupa tentang sejarah Nabi Muhammad SAW. Berselawat tidak hanya hari ini sahaja. Setiap masa kita boleh berselawat.

PERISTIWA MENARIK SEMASA KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W 

Pada Subuh hari kelahirannya, keadaan Makkah dan sekelilingnya ketika berada di dalam keadaan damai dan menenangkan jiwa. Angin yang bertiup sepoi-sepoi, keadaan alam ketika itu seolah-olah menyambut ketibaan tetamu agung yang tidak pernah dirasai oleh penduduk Makkah sebelum ini.

Kelahiran bayi ini disambut dengan sukacita oleh keluarga Bani Hasyim. Di negeri Parsi, kelahiran Muhammad bin Abdullah memadamkan api-api keramat kaum Majusi di kuil-kuil yang selama seribu tahun tidak terpadam semenjak ia dihidupkan. Kelahiran Muhammad S.A.W juga menggoyangkan tiang-tiang utama istana Qisra Rumawi dan menyebabkan menaranya roboh. Berhala-berhala yang memenuhi pelantaran Kaabah retak dan bergoncangan. Cahaya dari tubuh Muhammad S.A.W memancar naik ke langit dan menerangi semua tempat yang dilaluinya. Muhammad S.A.W. lahir dengan membawa panji-panji risalah terakhir dari ALLAH S.W.T untuk umat manusia.

Anusyirwan dan pendeta-pendeta mendapat mimpi yang menakutkan. Ketika lahir, nabi kecil ini telah telah tersunat dan tali pusatnya pun sudah terpotong. Ketika lahir di dunia, Baginda S.A.W berkata, "Allahu Akbar, Alhamdulillah. DIA-Lah ALLAH yang harus disembah siang dan malam."

Peristiwa yang mengawal kelahiran setiap nabi tidak ada yang terjadi secara kebetulan. Semua peristiwa itu berada dalam realiti dan perencanaan ALLAH S.W.T, khususnya yang berkenaan dengan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. baik dalam Taurat mahupun Injil.

ALLAH S.W.T berfirman di dalam Al-Quran, "Dan ingatlah ketika Isa putera Maryam berkata, 'Hai Bani Israel, sesungguhnya aku adalah utusan ALLAH padamu, membenarkan apa yang sebelumnya dari Taurat pemberi khabar gembira dengan seorang rasul yang akan datang sesudahku namanya Ahmad.' Maka tatkala dia datang kepada mereka dengan keterangan-keterangan, mereka berkata, 'Ini adalah sihir yang nyata.'" ― (Surah As-Shaff Ayat 6)

Mari Selawat: Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad

SALAM MAULIDUR RASUL ~

6 Comments

  1. Salam Maulidur Rasul Kak Wani.. =)

    ReplyDelete
  2. Salam Maulidur Rasul.
    Selawat dan salam buat junjungan kita Muhammad Rasul Allah.

    ReplyDelete
  3. Allahumma solli ala muhammad.

    Semoga Allah merahmati Rasulullah SAW. Amin

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post