-->

Tuesday, 3 January 2017

author photo
ASSALAMUALAIKUM...

farmasi hospital usm

permulaan awal tahun 2017 yang sejuk sebab hujan turun tak berhenti - henti. Dah macam bulan 12.. pun ada. Wani rasa masih berada macam tahun lepas. Tak rasa pun tahun baru.. huuu.kesejukan dah berada pada tahap beku .hari nampak macam siang ada nampak macam malam pun ada. 

Syukurlah Demam dah makin kebah, batuk yang masih ada.. tekak rasa masih tak sedap. cuma mulut ni kalau makan apa pun macam tak ada rasa, macam tunas rasa dah hilang.. tak tahu masin ke ,manis ke, ke memang selalu macam tu ke orang demam... disebabkan demam jugak, macam - macam benda fikir dalam kepala.. 

Sebenarnya pada 1 Januari 2017, hari pertama tahun baru wani pergi ke hospital USM, sebab demam tak berapa nak kebah. Walaupun dah pergi ke klinik sebelum ni. semasa pergi klinik selsema tak ada lagi, masa tu, batuk pun dah mula ada. Tapi makin lama makin menjadi - jadi. jadinya 2 kali badan wani kena cucuk ambil darah, akhir hujung tahun 2016 dan awal tahun 2017. Agak lama dah tak jejak kaki ke hospital, kali terakhir wani pergi tahun 2013. Bayangkan .nampak macam orang sihat kan..  sekali tak pernah masuk hospital dalam tempoh tu.. 

Itulah orang cakap nak tahu insaf diri pergi hospital, ramai orang sakit.. sepanjang wani tunggu sambil nak jumpa doktor, ramai pesakit ulang alik nurse tolak dengan katil.. kita yang macam diuji sikit ni..pun mengeluh.. lebih - lebih lagi bila tengok ubat.. ya Allah punyalah susah wani nak telan ubat, wani memang susah sikit telan ubat,,terutamanya ubat batuk yang hospital bagi dalam bentuk cecair tu. Dah tahu pahit, kurang suka nak telan huu. 

kalau terasa sakit ni kan malas nak bergerak mana - mana dah. Hari tu bonda paksa suruh pergi hospital jugak. Ikutkan hati ni kaki ni berat dah nak berjalan.. tahulah kan kita ni semangat lemah bila sakit, sebab itu perlu orang bagi semangat.. terima kasih buat bonda wani sebab sentiasa jaga walaupun dalam tempoh tu tak berapa nak lalu makan,makan pun ala kadar...

Rujuk gambar, tempat farmasi hospital nak ambil ubat.. 




This post have 4 komentar

avatar
Warisan Petani delete 3 January 2017 at 23:56

Bertabahlah menghadapi ujian.
Semoga cepat sembuh.

Selamat tahun baru 2017

Reply
avatar
Busyra Takiyudin delete 4 January 2017 at 01:30

get well soon wani.. kalau pahit mulut makan apa pun x rasa :(

Reply
avatar
Hsna Rahman delete 4 January 2017 at 15:07

GWS dear..

permulaan akhir tahun dan tahun baru yang tough jugak la ye ni..

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang