-->

Friday, 27 November 2020

author photo
Resepi Brownies Cheese Kukus Mudah Sukatan Cawan | Gabungan brownies dan cheese dalam satu resepi ini memang dah jadi ketagih buat peminat brownies dan cheese. Kalau macam sis yang dah memang suka jugak dengan brownies dan ada lagi cheese. Memang rasa nak sorok makan seorang jer. 

Resepi Brownies Cheese Kukus Mudah Sukatan Cawan

Harga untuk kek brownies cheese ni boleh tahan. Nak tak nak kena buat sendiri baru puas hati. Tapi itu lah bukan senang nak buat jugak. Lagipun kek ini kena kukus.  Sebab itu lah kek macam ni harga kayangan. Nak cuba buat sendiri, sis dah bagi sekali resepi brownies cheese di bawah ya. 

Selepas kukus dicadangkan simpan dalam peti terlebih dahulu. Makan sejuk - sejuk sedap. Bila sekali gigit meletup - letup brownies dan cheese dalam mulut. Sampai tahap macam itu bayangan nak kata sedap sangat. Selamat mencuba ya. 

Resepi Brownies Cheese Kukus Mudah Sukatan Cawan

Resepi Brownies Cheese Kukus Mudah Sukatan Cawan


Lapisan Brownies:
Bahan A:

2 biji telur
1/2 cawan susu cair (cawan metrik, 1 cawan = 250 ml)
1/2 cawan susu pekat manis ( tak letak )
100 ml minyak
1/2 cawan gula halus
Sedikit vanilla


Bahan-bahan yang diayak bersama:
1/3 cawan serbuk koko ( boleh tambah hingga 1/2 cawan jika suka lebih koko )
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh baking soda


Cara - Cara
1. Satukan bahan-bahan A dan masukkan ke dalam blender.
2. Kisar perlahan-lahan hingga sebati. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kisar lagi hingga sebati.
3. Masukkan ke dalam loyang 7 atau 8 inci yang digriskan dahulu dan dialas dengan kertas minyak dan kukus lebih kurang 25-35 minit hingga masak. Simpan sedikit sahaja adunan ini untuk membuat corak atas lapisan keju nanti.
4. Bila brownies dah masak, baru tuangkan adunan keju di atasnya.


Lapisan Keju:
500g cream cheese
4 biji telur gred B
140 gm gula halus
Sedikit esen vanilla


Cara - Cara
1. Pukul cream chese hingga gebu. Masukkan gula dan pukul hingga sebati. Masukkan pula telur dan vanila.
2. Pukul lagi hingga rata.Tuang ke atas brownies yang dah siap dikukus.
3. Ambil sedikit adunan brownies dan titiskan ke atas adunan keju.
4. Lorekkan dengan hujung pisau atau lidi. Kukus semula lebih kurang 20 minit dengan api sederhana hingga masak.
5. Sejukkan sebelum dipotong dan hidangkan.




























This post have 7 komentar

avatar
hazrinahalim delete 14 February 2017 at 20:37

baru tengok gambar dah terliur..
yummeh sgt..hehehehe

Reply
avatar
SIQAHIQA delete 15 February 2017 at 17:10

Apa saja berkenaan dengan cheese, siqah sure suka! Hihi. Sedap nampaknya. Pandai wani buat :)

Reply
avatar
Warisan Petani delete 16 February 2017 at 13:02

Nampak cantik dan menyelerakan.

Reply
avatar
Seorang Syed delete 17 February 2017 at 01:21

terliurnya. teringin nak buat since senang jugaklah sebab tak payah guna oven semua. hanya perlu kukus sahaja hehe. btw saya singgah dan follow sini ya.
jemput melawat blog saya jika berkelapangan :)

Reply
avatar
adianiez AIDA delete 17 February 2017 at 21:45

wow !!!
terbaik.
cantik.
kemas.
sure rasa nyer sedap, wani.
terus terang, wani, aida x reti baking.
ada aje slack nyer !
batat la.
hangus la.

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang