-->

Sunday, 12 March 2017

author photo
Apa Itu Domain | Persoalan Tentang Domain | Salam semua, dulu sebut sahaja pasal domain ni sis tak berapa pandai sangat. Dengar jer tahu tapi tak tahu apa benda. Blog yang sis guna ni sis pakai blogspot. Ada juga yang guna wordpress. Terpulang masing - masing ada kelebihan di antara blogspot dan wordpress. Sebelum nama blog bertukar kepada domain, sis guna nama lain. Jauh beza la nama tu. Sekarang nak ada personal branding sendiri. Jadi sis letak nama sendiri " Wani Sukarno".

Ramai yang tertanya - tanya tentang apakah domain sebenarnya. Sis pun nak cerita lebih - lebih, sis sendiri pun baca di laman web orang lain. Tak apa, kita ambil ilmu yang mana kurang. Sis tukar kepada domain www.wanisukarno.com tak silap pada tahun 2018. Sis tetap dengan keputusan sis bila orang kata pakai domain sendiri lagi bagus, lagi kita boleh buat untuk "personal branding" blog kita.

Itupun suruh orang lain yang tolong buatkan sebab tak pandai buat dalam masa yang sama tahu lah sedikit info  apa itu domain sebenarnya.

 Apa Itu Domain | Persoalan Tentang Domain

Apa itu Domain ? 

Jadi, ini apa yang sis faham apa itu domain ? Domain kalau ikut bahasa mudah ia adalah url utama untuk laman web kita. Contohnya macam blog sis ni lah. Kalau orang tanya apa nama blog, boleh bagi tak ? Jadi, sis akan bagi nama www.wanisukarno.com. Jadi alamat website sis adalah nama domain. Senang orang tu nak tengok. Letak nama sendiri mudah ingat sikit. Sebab sis buat blog atau laman web sis ni nak suruh orang kenal sis. Ini lah namanya "personal branding".

 Apa Itu Domain | Persoalan Tentang Domain

Kalau ikutkan apa yang sis baca di blog Eezwan Manaf. Nak suruh korang lagi faham
Domain ibarat alamat rumah kita. Manakala hosting pula seperti rumah kita. Setiap rumah wajib ada alamat supaya posmen dapat hantar surat dan orang pun mudah nak jumpa rumah kita. Kedua -dua domain dan hosting adalah berkait rapat di antara satu sama lain. 
Level Domain  

Untuk pengetahuan, domain ada beberapa level :
1. Top level domain ( TLD )
2. Second level domain ( SLD )
3. Third level domain

Apa itu Top level domain ( TLD ) ? 

Deretan di belakang nama domain. Sebagai contoh .com / .net / .org/ .edu dan sebagainya. Sudah biasa kan ternampak semua tu. Takkan tak perasan kot.

Ada dua jenis TLD iaitu Global Top Level Domain seperti yang disebutkan di atas tadi dan juga Country Code Top Level. Yang ini biasanya dikhaskan untuk negara masing - masing. Contohnya .com.my / .net.my.

Apa itu Second Level Domain ( SLD ) ? 

SLD adalah nama domain yang didaftarkan. Macam sis, nama domain sis wanisukarno. Jadi, kat sini wanisukarno adalah SLD. TLD pula adalah .com.

Apa itu Third Level Domain ? 

Ikut apa yang sis faham dan baca di blog eezwan Manaf, Third level domain ini adalah seksyen kepada nama domain. Jadi, Third level domain diletakkan sebelum nama domain. Atau bahasa yang mudah adalah sub domain. Biasa banyak digunakan untuk pembahagian jabatan - jabatan

 Apa Itu Domain | Persoalan Tentang Domain

2 Pilihan Nak Bina Blog Dot Com  Sendiri 

Sekiranya korang nak ada blog dot com sendiri, korang ada dua pilihan. Samada korang boleh guna platform blog percuma seperti blogger atapun pun wordpress. Sis guna platform dari blogger sejak tahun 2011. Dah lama sis blogging ni.

Langkah seterusnya boleh dapatkan nama domain dot com yang bersesuaian untuk blog. Dah boleh mula blogging dah. Senang kan. Dan daripada blog juga, kita boleh buat duit. Kiranya buat blog dapat duit.

Sis pun banyak nak belajar benda baru macam ni. InsyaAllah dari semasa ke semasa sis akan update ya.

This post have 8 komentar

avatar
Ana Suhana delete 12 March 2017 at 18:16

Banyak juga tu compare dengan blog ana. Jauh berbeza macam langit dengan bumi. Hehe.

Reply
avatar
noor azlan delete 12 March 2017 at 18:35

Betul apa yang Sis Wani cakap tu, memang ada effectnya, kena mula dari bawah balik tau... huhu....

Reply
avatar
Hasif delete 12 March 2017 at 19:04

guna domain sendiri pun ok wani.. tp yearly cost tu ade ler sbb nak bayar domain name tu.. :)

Reply
avatar
Seorang Syed delete 12 March 2017 at 21:03

Yang saya tahu. Page rank, page views memang semua akan turun kalau tukar domain baru. Tentang ads tu not sure. Teringin juga nak ada domain sendiri tapi hmm nantilah haha.

Reply
avatar
Mrs. A delete 13 March 2017 at 12:07

Kalau Mrs. A memang tak tukarlah kot huhuuhu...
Mrs. A suka yang percuma jer...

Reply
avatar
Nadhie Wueen delete 14 March 2017 at 03:00

Saye pun rasa cam xkan tukar je ke domain sendiri. Ada pro n kontranya. sedeh tgk blog yang terabai tu tiba-tiba hilang n tinggal url je kat domain tu. huhue

Reply
avatar
Busyra Takiyudin delete 18 March 2017 at 00:53

betul tu wani.. mmg ada pro n cons.. sbb sekrang pv wani dah elok sngt dah tu..

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang