Tuesday, 4 April 2017

author photo
ASSALAMUALAIKUM...

sambal lada mudah

salam semua

terima kasih buat sesiapa yang sudi yang singgah.. tolong sapu habuk huu.. beberapa hari blog menyepi nihh.,

nampaknya surprise box lazada tak sampai dah ..sob ..sob.. not my luck tak apalah ..hari ni wani nak tunjuk nak buat sambal lada dengan guna hadiah lazada tahun lepas aciiiiii tak :D . Sejak ada manual tefal ni memang lagi mudah kerja.. terutamanya nak chopping segala jenis bawang tu kan...

Semasa blogger pakat up entri nak guna tefal manual chopper ni. Macam - macam buat demo.. lepas tu, wani tertarik dengan buat sambal lada guna manual chopper ni.. hemm senang sikit tak payah main susah tumbuk dalam lesung atau blender lagi susah kan.tarik - tarik jerrr . Wani pun teringin nak buat sampai la tertangguh tahun ini hii.. 

Sambal lada ni yang biasa wani buat tak masuk belacan.. simple - simple jerrr.. tapi potongan lada besar sangat, next time kena potong lagi kecik sikit sebab apa, terlalu potongan besar, masa kita tarik - tarik tu,, potongan lada tu termasuk dalam bilah pisau ia macam terlekat, jadi susah nak gerak.. termengah - mengah la jugak nak boleh ke hancur lada tu. 

Ok jom tengok, lada dah dimasukkan dalam bekas, dalam tu dah ada semua dah, lada burung, cuka, garam dan gula. Itu jerr bahan.. tak ada sukatan ikut letakkk jerr.. 😃😃😃😃


Lepas tu kita tutup dengan tudung..anti slip ni tau,, jadi bila dah letak ,, kita tarik tarik tali pun tak adalah bergerak gerak bekas tu. 


Kemudian dah kemas tudung, dah get ready, main lah tarik tali tu ya.. sambil menguatkan otot otot yang dah lama tak bersenam 😁😁😁😁 :D .. wani  tarik ni agak semput rasanya.. sebab banyak kali tarik . Potongan lada besar itu yang tarik lagi tarikkkkkk tu. ..tengoklah setakat lada tu pun dah hancur oklah .. tapi cantik bila jadi sambal. Sebab biji lada tak hancur..memang nampak lah biji lada tu.. nampak kering sikit dalam ni.. masa tengah tarik tarik tu stop sekejap tambah cuka hii..


dah siap boleh pindah dalam bekas ..perasakan lah dengan garam, gula..kalau nak.. tapi sambal lada yang baru -baru ni ia tak berapa nak mesra lagi . kena simpan dalam 3 hari baru sedap ..sebab lagi lama lagi ia mesra semua tu.. ..cantik baru nampak macam sambal lada sebab nampak biji -biji lada tu..

nak dapatkan tefal manual chopper ni.. layarilah laman web lazada ya.. tak ingat dah harga berapa ni... hiii..oklah sekian untuk resepi sambal lada simple :D.kalau sambal buat makan dengan nasi kerabu sambal simple macam ni jerrrr

This post have 9 komentar

avatar
Ana Suhana delete 4 April 2017 at 17:02

Alat2 skrg sgt memudahkan kerja harian terutama bab masak-memasak.kalau dulu nak kena tumbuk guna lesung jer dah berjam. Hehe

Reply
avatar
noor azlan delete 4 April 2017 at 17:31

Wah berbiji-biji ladanya, mesti pedas ni...

Reply
avatar
Nadhie Wueen delete 4 April 2017 at 21:59

Sedap bila buat cecah-cecah ni. hihi :)

Reply
avatar
HeNRieTTa JoSe delete 5 April 2017 at 11:21

rietta pown lebih suka guna chopper sekarang berbanding blender, sebab senang nak kemas....

Reply
avatar
Nour Adieb delete 5 April 2017 at 21:42

selalunya cuka tu diganti dengan limau kasturi. tapi, tangan kena sado la nak picit limau kasturi banyak2 😂

Reply
avatar
Seorang Syed delete 6 April 2017 at 13:36

Ya Allah kak saya memang suka kalau makan sambal macamni! pedas dia menyengat fuhhh. makan dengan telur goreng pun dah cukup dah.

Reply
avatar
ZULHILMI TEMPOYAK delete 6 April 2017 at 19:30

fuhhh.. guna apa pun.. bijik2 dalam tu mngilukan.. xtahan pedaih.. hehe

Reply
avatar
Sha Mohamed delete 18 April 2017 at 12:40

Mudah je rupanya.. Tapi biji cili tu menakutkan.. hehehe

Reply
avatar
Siti Yang Menaip delete 18 April 2017 at 13:25

cantik pulak tengok lada jadi cenggini hehe..

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang