-->

Sunday, 7 May 2017

author photo
ASSALAMUALAIKUM..

buah ciku

salam semua

selamat berhujung minggu..diharap semuanya sihat walafiat ..  cuaca kat Kelantan memang tengah panas sekarang ni ..sejak pertengahan bulan lepas ,, hujan turun sekejap dalam  sejam ore kelate cakap, "huje gote debu" :D..sekadar membasahi bumi, lepas tu tak hujan - hujan dah.. sampai sekarang, bumi Kelantan memang suhu baru- baru ini dalam 34 C.. .panas ya ..kalau angin bertiup pun rasa hawa panas.. ya Allah mudah-mudahan hujan rahmat turun ,sebab dengar kat tempat lain selalu hujan. kat sini jerr tak hujan

sebenarnya dah terpesong dari tajuk asal.. alang-alang dah ambil gambar ni rasa kalau tak bercerita sikit sayang pulak.. jadi kita berceritalah yang mana boleh cerita.. kenal tak pokok apa ni.. hiii.. tak ingat tahun bila tanam tapi sejak wani berpindah rumah.. alhamdulillah bonda dan abah wani ni suka menanam.. sekeliling rumah..

buah ciku

kalau sesiapa tak kenal lagi takkan tak kenal kan pokok ciku lah ni :D.. pokok ciku baka besar sikit boleh lah kalau besar sebesar bola tenis buahnya.. tapi sayang, pokok ciku ni memang tak kira musim asyik nak berbuah jerrr.. tapi biasalah setiap kali buahnya dah nampak besar sikit macam dalam gambar tu, tak sempat nak besar lagi sebab kena "serang" huuu.. rumah ni sekitar hutan tu bestttttttt, sebab sejukkk jer tengok pemandangan hutan sekeliling ... tapi itu lah bila ada tetamu yang tak diundang ni susah..

pokok ciku ni setiap kali nak berbuah dah nampak elok sikit nak membesar dengan elok mulalah diserang.. sebab itu kekadang tak sempat nak merasa pun buah ciku,, buah masih dalam keadaan putik pun "tetamu" main ambik petik - petik,  gigit sikit lepas tu buang .. maklumlah kan buah ciku ni masa dalam keadaan putik tu masih bergetah,, "tetamu" pun tahu sangat buah tu bergetah, tapi kan nak buat macam mana..


besar- besar buahnya, wani pun geram,, masa ni santai-santai jalan sekeliling rumah tengok buah - buah , tengok pokok-pokok

tahu ke korang siapa tetamu tu, tetamu tak diundang tu adalah monyet - monyet yang berekor panjang.. hiii.. itulah tetamu wani,, setiap kali datang rumah ada jerrrr kerja mereka nak buat.. memang penyerang buah - buahan. buah betik kat rumah jiran sebelah pun , boleh ambil curi hiii..buah kelapa yang biasanya bonda ambik dari kampung pun simpan kat belakang dapur ,, kalau terlepas pandang pun monyet tu ambik ,,entah macam mana dia bawak buah kelapa yang besar.. kekadang tak sempat nak masuk hutan, buah kelapa tu tertinggal kat tepi pagar haaaa.. adoiii lucu pun lucu jugakssssss cerita hal monyet - monyet ni ..

 tapi nak buat macam mana kan, wani ni hanya mampu bersabar jerr lah... kekadang,wani tengok ada seekor monyet tu memang datang dalam kumpulan kan.. ada seekor tu tangan tak ada huuu,, pergelangan tangan jerr.. wani tengok monyet tu datang dekat, so wani intai lah kan.. ya Allah tak ada tangan huu mula lah timbul kasihan .. dah dewasa dah monyet tu..mugkin kat tempat luka tangan tu dah sembuh sebab monyet tu aktif bergerak.. cuma macam cacat sikit tengok

 tapi tu lahhh tak tahu cerita adakah kemalangan kat mana-mana atau ada pihak yang tak bertanggungjawab.. nak mencederakan monyet- monyet ni diakui kampung wani ni dah mula banyak rumah-rumah sebab banyak dah projek perumahan yang tengah berjalan..


buah ciku ni tak matang lagi masa snap gambar ni,, nanti tunggu matang sikit baru nak ambikk.. sebab sayang,, selalu sebelum ni tak merasa buah ciku sebab habis macam tu jerrr dek monyet menyerang .. kali ini, ambil keputusan nampak matang sikit,, nak ambikk petik dan peram .. itulah jalan terakhir,,, tak ada jalan lain dah .abah panjat dengan tangga ambil sebiji- sebiji bawa turun

buah ciku

buah ciku yang tengah nak besar.. nak cerita bab monyet ni banyak sangat hii.. bersabar lah wani hanya mampu.. sebab monyet tu ciptaan Allah jugak.. nak cari makan jugakkk kan.. ada sekali yang wani tengok ibu monyet bawak anak yang melekat kat badan .ya Allah kecikkkknya lagi.. kekadang ibu monyet tu yang lari bila nampak kita .. wani pulak yang risau takut tercicir anak monyet tu huuuu ,, ini nasib baik monyet yang lari bila tengok manusia.. risau jugak kalau ada jenis monyet yang tak lari tengok manusia.. kot kita pulak yang lari bila dikejar monyet.. huuu

biasanya, kalau monyet datang, abah takutkan dengan mercun jer lah.. mercun ke nak panggil hii.. bulat  macam bola..bila pasang tu bunyi macam bedil jerr lah... nak suruh monyet tu lari jauh-jauh.. memang lari sekejap lepas tu datang balik :D.. tak takut dah monyet- monyet nih..



buah ciku yang telah digigit,, ni jumpa atas tanah .. masih baru  gigitan tu.. ..itu sajalah cerita hari ini,  nanti next entri ,wani tunjuk buah ciku yang dah dipetik ya....

This post have 4 komentar

avatar
Warisan Petani delete 7 May 2017 at 14:35

Kadang2 memang geram sangat dengan spesis monyet ni. Mereka haiwan pemusnah yang menjadi musuh petani. Dusun durian pakcik baru berbunga, dah bertabur bunganya digugurkan monyet.

Reply
avatar
Mas_FVOME delete 7 May 2017 at 15:34

Sedapnya buah ciku! Lama x mkn dh..klo kt kg ayah sllu tkutkn monyet nie dgn senapang..bunyi satu tembakan..bertempiaran lari
Hoho

Reply
avatar
Nadhie Wueen delete 9 May 2017 at 01:13

Samalah kat kampung saya pun banyak pokok kena serang. lagi2 durian. sobs

Reply
avatar
Sha Mohamed delete 12 May 2017 at 22:22

Sha kurang minat ciku nie..
Masalah monyet nie kat tempat Sha pun ada.. tapi nak salahkan mereka pun tak boleh juga.. tempat mereka dah dikacau.. nak tak nak, mereka pun kacaulah kita pula.. hehehe..

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang