Tuesday, 2 May 2017

author photo
ASSALAMUALAIKUM...

sambal sotong berempah

sepatutnya entri ni semalam.. wani pergi simpan dalam draft tak ingat.. jawabnya baru nak publishkan hari ini.. happy reading :D

salam semua hari ni dah 1 Mei.. SELAMAT HARI PEKERJA buat yang bekerja. Cuti panjang macam ni tak lupa jugak lah ramai yang mengambil kesempatan nak buat majlis macam - macam.ambil peluang ni untuk lebih dekat dengan family kita.  Tak lama dah nak puasa dah korang semua.. cuaca pulakss kat sini panas,, dah banyak kali dah wani maii sakit kepala ni.. 

Alhamdulillah, selesai sudah majlis aqiqah anak saudara, lagipun ada tetamu bertandang kat rumah ni,kita lebihkan tetamu dulu, tetamu itu pembawa rezeki, 😃😃 rasa dah patah pinggang dan lenguh - lenguh badan dah ni. Baru teringat dekat blog.

Dah nak dekat puasa ni, terbelek gambar jumpa gambar ni, yang ni lebihan sotong tangkap kat laut hari tu,baru ni masak sambal kan, kali ini buat menu lain pulaksss. Sesuai dah ni kalau korang nak start cari menu sebulan berpuasa nanti. Wani faham sangat sebab ramai yang buntu nak masak apa, lebih lagi lauk untuk berbuka.. wani pun agak runsing jugak kalau fikir hal menu berbuka ni.bukan apa sebab yang masak tu wani jugakss,, huu.. kalau yang jenis malas masak tak payah lah nak berapa fikir sangat kan.. kalau yang jenis tak nak bazir duit, baik masak jerrr lah oittt.. mahai dah makanan sekarang ni. Kalau korang tak berjimat,, memang tak sempat hari gaji dah habis :D. 

Yang nak buat menu sotong ,, sesuai jugak resepi ni sedap. Ada bau rempah - rempah. Cuma bab rempah tu wani tak guna yang serbuk tapi guna yang biji - biji dan sangai dulu sebab nak bagi bau rempah keluar, lepas tu tumbuk biar bagi halus. Mudah jerrr resepi ni.. ..

Korang yang jarang masuk dapur pun boleh buat.. dah tiba dah masanya nak asah skill memasak bulan puasa ni. Sebab ramai yang akan tunjuk menu masakan masing - masing 😁😁😁

Resepi Sambal Sotong Berempah
Oleh: KakNoor @ Sajian Dapur Bonda

sumber: SAJIAN DAPUR BONDA

Bahan-bahannya:
1kg sotong basah - dikerat 3 @ 4
2 senduk nasi cili kering kisar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh garam masala (tak letak)
1 sudu teh serbuk teh ketumbar
1/2 biji tomato -dipotong kiub
1 biji bawang besar -dihiris
3 ulas bawang putih -dicincang kasar
1 biji bawang besar - dipotong bulat @gegelang
1 biji cili hijau -dihiris serong
2 sudu besar kicap lemak manis Enaq
1 sudu besar sos tiram
Gula dan garam secukup rasa.

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak. Tumis hirisan bawang besar dan bawang putih yang dicincang kasar tadi. Tumis sehingga naik bau dan bawang layu dan bertukar warna.
2. Masukkan cili kering kisar dan kacau rata. Masak menggunakan api sederhana sehingga cili garing/terbit minyak.
3. Kemudian masukkan serbuk jintan manis dan putih, serbuk ketumbar, dan garam masala. Kacau dan biar ia mereneh di atas dapur selama 1 minit. Kemudian masukkan sedikit air dan kacau.
4.  Masukkan sos tiram, Kicap Lemak Manis Enaq, perencah Maggi Cukup Rasa, garam, dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah mendidih.
5.  Kemudian masukkan pula tomato.
6. Setelah cukup rasa bolehlah dimasukkan sotong. Kacau dan kaupbalikkan sehingga sotong bergaul mesra dengan kuah.
7.  Setelah sotong masak, bolehlah dimasukkan bawang besar yang dipotong bulat dan hirisan cili hijau. Kacau rata dan bolehlah dihidangkan




This post have 7 komentar

avatar
Sha Mohamed delete 2 May 2017 at 11:45

sedapnya.. Sha suka sotong.. masak apa pun sedap..
kalau menu berbuka, memang best nie..

Reply
avatar
HeNRieTTa JoSe delete 2 May 2017 at 11:48

yummy...xpernah msak mcm ni....boleh la cuba next time beli sotong...

Reply
avatar
Lea Azleeya delete 2 May 2017 at 12:34

Wanie, sedapnya.. Pos kat lea sikit.. hehe

Reply
avatar
adda syuhada delete 2 May 2017 at 14:39

assalamualaikum ...wah !! mmg sedap ni...pehhh sedapnya...

Reply
avatar
Warisan Petani delete 3 May 2017 at 16:11

Sedapnya sambal sotong berempah.

Reply
avatar
Nour Adieb delete 4 May 2017 at 19:15

Sotonggg �� My fav ������������

Reply
avatar
SIQAHIQA delete 4 May 2017 at 20:17

Sedapnya!! Siqah suka apa pun berkaitan sotong. Hihi

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang