Tuesday, 18 July 2017

author photo
ASSALAMUALAIKUM...

ayam kukus ikan masin

salam semua salam 23 syawal.sikit lagi berbaki syawal

blog ni 4 hari dah menyepi.. tak nak cakap panjang dah rasa.. lepas puasa ni ,macam dah back to normal routine dah hii..

oklah nak share entri hari ini, walaupun gambar ni dah lama hii..wani suka jugak ayam kukus, biasa perap dengan minyak bijan..ada lauk ni pun ok dah makan dengan nasi.. tapi yang ni kelainan sikit sebab letak ikan tenggiri masin. siapa suka makan ikan tenggiri masin..

best pulak buat macam ni.. makan pun bertambah nasi.. ikan tenggiri masin tu kena goreng dulu,, ni bukan ikan tenggiri yang dalam rendaman minyak tu ya. ni ikan tenggiri masin yang dalam plastik tu..

senang ya amat. suka lah menu simple macam ni. resepi tu tak kisah lah nak guna ayam bahagian mana pun yang ada secukup rasa tu memang kena letak secukup rasa tak boleh terlebih rasa hii.. dah macam iklan manggi pulak

kalau wani buat jenis ayam kukus macam ni .., just gaulkan tepung tu dengan ayam jerr sampai sebati,, tak tambah air, sebab nanti kukus air kukusan pun akan masuk dalam bekas tu.. jadi lah macam kuah..

kalau korang nak tambah air sikit pun apa salahnya .. berkuah lagi sedap.. sedap tau ya .. korang patut cuba..

AYAM KUKUS IKAN MASIN

BAHAN - BAHAN

3 peha ayam  ( potong jadi ketulan )
50gm ikan masin ( potong jadi ketulan, digoreng )
2 sudu hirisan halia
garam secukup rasa
1 sudu besar sos tiram
kicap cair dan kicap pekat secukup rasa
1 sudu teh tepung ubi  ( wani guna tepung jagung )
3 sudu air

CARA- CARA

1. gaulkan ke semua bahan dan perasa , perap selama 30 minit dan boleh kukus
2. kukus tu dalam 20 minit tengoklah rasa macam ayam dah kecut dan masak bolehlah angkat.

This post have 11 komentar

avatar
Mama Hakim delete 18 July 2017 at 17:36

Mama tak pernah lagi masak menu ayam ikan masin

Boleh cuba resepi wani

Terima kasih ya

Reply
avatar
Busyra Takiyudin delete 18 July 2017 at 23:09

menarik laaa.. hehe.. x prnah rsa lg resepi ni,,

Reply
avatar
noor azlan delete 19 July 2017 at 08:39

Tak gaduh ke ikan dengan ayam tu nanti? Hihi...

Reply
avatar
Warisan Petani delete 19 July 2017 at 11:48

Belum pernah cuba lagi.
Tentu sedap agaknya.

Reply
avatar
HeNRieTTa JoSe delete 19 July 2017 at 12:50

xpernah lgi rasa...boleh la cuba nnti...

Reply
avatar
Hasif delete 19 July 2017 at 14:01

tak pernah lagi cuba ni..
sy skrg ni suka makan ikan masin yang rendam dalam minyak tu sedap...

Reply
avatar
nini delete 20 July 2017 at 11:24

Macam sedap ajer ni ...kena cuba ni

Reply
avatar
Azhafizah MN delete 21 July 2017 at 17:12

wahh menu baru ni ada ikan masin. macam sedap je

Reply
avatar
Nour Adieb delete 22 July 2017 at 02:41

ermmm, mcm simple ja resepi ni 😍👍

Reply
avatar
Sha Mohamed delete 23 July 2017 at 22:06

Uish.. Macam menarik menunya..

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang