-->

Thursday, 21 September 2017

author photo
ASSALAMUALAIKUM..

daging rebus air asam

salam semua

Raya haji dah lama lepas tapi daging korban masih ada lagi berbaki dalam peti..ke ada geng yang sama dengan wani. :D.  sejak kebelakangan ni kurang sikit makan daging.. lepas bulan puasa lepas, memang jarang beli daging.. daging tempatan memang mahal la sikit.. selain daripada faktor mahal tu ada sebab lain, kan kecoh pasal daging yang bercampur tu.. rasa ramai yang tahu berita tu kan..

Terlebih cerita benda lain padahal nak share resepi daging rebus air asam ni.. kebetulan nak buat daging rebus air asam ni nampak macam sedap bila tertengok di facebook naik newsfeed pasal daging rebus air asam ni.. maka wani pun cubalah buat..

Cuma terlupa letak bawang yang dipotong dadu  duh duh.. kalau tak lagi sedap, dan nampak meriah sikit. patutlah rasa macam tertinggal sesuatu, tapi tak apa lain kali boleh cuba. cuma nak bagi masam, korang perah la asam limau tu banyak - banyak ikut tekak lah ya , nanti terlebih masam

Resepi ini lebih kurang agak -agak, tak ada sukatan yang tepat.. senang jer kot resepi tak susah mana. boleh lah yang nak cuba bagi yang suka jenis air asam ni..


DAGING REBUS AIR ASAM
Kredit resepi : Atiekah Mustapha dari group Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

BAHAN - BAHAN 

Daging secukupnya di rebus sampai empuk

Bahan lain yang diblender

1 biji tomato
5 biji cili padi (ikut suka jika nak pedas boleh masuk lebih )
2 ulas bwg merah
ais asam jawa
sedikit air rebusan daging
gula
garam
sedikit belacan (kalau tak boleh makan belacan tak payah masuk )

semua bahan di blend separuh hancur 

Step 2

masukkan semua bahan yg telah diblend tadi dalam periuk ...jika nak kuah lebih boleh masukkan air lebihan rebus daging tadi...

panaskan lebih kurang 10minit bersama hirisan daging yang telah empuk tadi,perah air asam limau secukup rasa dan tutup api

Step 3

potong dadu tomato
mayang bawang merah
potong dadu bawang besar
hiris daun bawang jika suka

semua bahan diatas ini digaul bersama air asam bersama daging tadi 

bahan tu cuma anggaran,boleh olah ikut suka nak lebih atau kurangkan



This post have 6 komentar

avatar
Busyra Takiyudin delete 22 September 2017 at 01:53

busyra tak pernah makan lg mcm ni.. nmpak sedap

Reply
avatar
Ana Suhana delete 22 September 2017 at 19:09

Alahai ngences teruk tgk daging rebus air asam ni.

Reply
avatar
Warisan Petani delete 22 September 2017 at 22:31

Puh sedapnya.
Hendak2 kalau dagingnya lembut
ratah aje.

Reply
avatar
Ibu Syurga delete 23 September 2017 at 07:00

Masak air asam lepas tu potong cili

Sedap nya wani

terima kasih kongsi resepi

Reply
avatar
Mama Hakim delete 23 September 2017 at 08:07

Orang rajin masak untuk orang lain ni awet muda

Sebab ramai yang doakan kesejahteraan

Hehe

Terima kasih wani sebab selalu singgah blog mama

Reply
avatar
Nadhie Wueen delete 23 September 2017 at 20:37

amboi sedapnya kak wani. saye memang gemar resepi air asam ni :)

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang