-->

Monday, 18 September 2017

author photo
ASSALAMUALAIKUM...

salam semua ..selamat Hari Malaysia, yang ke 54 tahun.. rasanya tak lewat nak wish kan.. cuti panjang 3 hari ni ramai yang ambil peluang pergi jalan- jalan. sebab tu sunyi jee dunia maya.

wani pun just nak share dengan korang semua pasal ketupat pulut ni.. dah lama ni gambar tertunggak hari raya haji lepas. ketupat pulut ni bonda yang order dari kampung, semasa balik raya haji tu, mak saudara bawa ketupat pulut yang bonda wani order ni ke rumah Pak Long Wani..sebab berkumpul semua family members kat sana.   tak belajar lagi cara nak buat ketupat pulut sendiri hii.. nak anyam ketupat pun tak reti :D...

Ketupat order dalam 60 biji, 40 biji yang dah masak lagi 20 yang dah separuh masak, nanti simpan dalam peti, bila - bila masa nak makan keluarkan jerr lepas tu kena masak balik la sebab ketupat tu separuh masak..

Kebetulan adik wani balik bercuti raya nak bawa lah ketupat pulut versi kelantan ni kat Johor keesokan hari, ketupat Johor tak sama dengan ketupat Kelantan hiii.. sebelum  tu, wani google macam mana nak masak ketupat pulut ni guna noxxa, yang penting nya nak rebus balik, terjumpa tapi baca ketupat direbus dalam 10 minit high pressure.. 


Jom tengok gambar versi rebus ketupat style wani lepas tu goreng kering pulak ketupat pulut ni.

ketupat pulut noxxa

Masukkan ketupat pulut ke dalam periuk noxxa


Masukkan air paras ketupat pulut nanti ambil sudip tekan - tekan sikit biar ketupat pulut tenggelam


Pastikan tombol ke arah pressure


Tekan high pressure selama 15 minit dan tekan button on 


Bila dah bunyi beep, tekan button off dan putar tombol ke arah steam biar wap keluar sampai habis, baru boleh buka tudung.. nampak tak rupa dah masak



Rebus 2 kali sebab ada 2 versi ketupat ni yang kosong dan yang letak inti serunding daging. Angkat keluar dari periuk noxxa dan sejatkan sekejap


Lepas tu, buangkan air lebihan rebus ketupat dan letak balik inner dalam periuk noxxa. Tekan stir fry dan tekan on biar air yang melekat di periuk kering. Kemudian baru masukkan ketupat pulut yang telah direbus tadi ke dalam periuk noxxa

goreng kering ketupat pulut tu sampai kulit ketupat nampak kering, tengok macam gambar kat bawah ya..ini sebenarnya tip penting tak nak bagi ketupat pulut cepat basi.. kalau rebus periuk biasa, orang akan buat macam ni sampai air rebusan kering dalam periuk, jadi tahan lama sikit ketupat..

kalau ikut arwah mek wani sebelah abah, dalam periuk tu alas dengan daun apa dah tak ingat,, sebab tak nak bagi hangit.. banyak kenangan dengan arwah mek ni tapi tak banyak yang diperturunkan, :(

tapi wani buat ni versi goreng kering dalam noxxa lah


dah siap goreng kering, lupa pulak nak ambil gambar rupa ketupat yang dah siap masak sebab asyik makan tak ingat hii.. tapi tekstur kat dalam tu biji - biji beras tu tak nampak lah ya ia kena macam dah  padat macam ketupat nasi la.. sebab kalau masih berbiji-biji beras  tu tanda nya tak berapa nak jadi la tu.. bak kata bonda nak makan pun tak berapa sedap :D

siapa nak cuba boleh lah ikut cara ni, tapi yang ni versi ketupat pulut dah separuh masak :D. tak tahu bila nak belajar ,,tempah ketupat pulut ni sekarang dah jatuh RM 1 sebiji yang ada serunding

This post have 6 komentar

avatar
noor azlan delete 18 September 2017 at 11:13

Sedapnya ketupat pulut tu... panduan terbaik sebab ada suhu dan cara nak set sekali sis...

Reply
avatar
Scdha Sein (SS) delete 20 September 2017 at 15:42

Wow! Baru tahu boleh masak ketupat palas ni pakai presure cooker ni... Good info... Pernah cuba anyam ketupat palas ni.. Sekali jek... Pastu tak mo dah... Tak biasa.. Jadi susah... Ha Ha Ha...

Reply
avatar
Nadhie Wueen delete 21 September 2017 at 01:45

amboi sodap eh kak wani. terliur je rasa kalau dpt cecah rendang ayam ni. best!

Reply
avatar
Busyra Takiyudin delete 22 September 2017 at 01:54

mudahnyaa akak.. ramai blogger buat review pasal periuk ni. mmg best!

Reply
avatar
Warisan Petani delete 22 September 2017 at 22:37

kat JDT, ketupat daun palas ni kurang sikit.
Biasanya ketupat daun kelapa.

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang