LAZADA ONLINE REVOLUTION BLOGGER CONTEST

ASSALAMUALAIKUM..

lazada

salam semua,

memandangkan dah ramai blogger yang up entri tentang LAZADA ONLINE REVOLUTION BLOGGER CONTEST, jadi, wani pun tak nak lepaskan peluang jugak. walaupun sebelum ni banyak kali jugak join tapi bukan berpihak rezeki kat wani lagi kan.. manalah tahu kali ini rezeki datang bergolek hiii yang penting usaha kan. LAZADA pun tak jemu - jemu ada jerr contest untuk blogger, sayang Lazada ni kat blogger..

lagipun LAZADA tengah ada sale besar- besaran nak hujung tahun ni kan. siap masuk tv iklan, terkejut ambe, syok malam tu wani tengah tengok tv, lalu iklan lazada, :D.kemain advanced dah LAZADA ni..

Jadi, jom sama-sama kita meriahkan contest untuk blogger yang dianjurkan oleh pihak Lazada. seperti biasa, ada soalan yang perlu dijawab. ok wani akan jawab dengan seikhlas hati :D.

1. PRODUK PERTAMA YANG ANDA BELI ONLINE. DAN PENGALAMAN ANDA MENGGUNAKAN PRODUK TERSEBUT ?

jujurnya, wani macam orang lain juga macam berbelah bagi nak beli online ni. macam- macam fikir dalam kepala,tapi memandangkan orang dah ramai bagi feedback yang bagus tentang produk ini, jadi bertambah yakin wani nak guna servis dari Lazada ni.

lagipun, harga pun dah affordable. apa barang tu? hii.. inilah fisrt time wani beli online dengan lazada. produk pertama yang wani beli  ialah PN - 951 Power Bank 10000 mAh shake & start / Built - in Li- Polymer Battery.panjang nama produk nak bagi details kan  harga masa tu tengah offer dalam RM 43.99 termasuk GST. ok la tu dapat percuma black pouch lagi.

servis pun cepat sampai. syukurlah


2. YANG MANA SATU PRODUK YANG ANDA SUKA DAN INGIN DIBELI SECARA ONLINE ?

Kalau ikutkan nafsu ni, semua nak beli hii.. tapi tak boleh lah nak ikut nafsu sangat kan, kena berjimat cermat.

kalau ikutkan hati, wani lebih suka beli kitchen gadgets ataupun home appliances tapi tengok keadaan lah, kalau barang yang dah ada kat rumah tak beli lah.tapi kan memang tak boleh tengok kitchen gadgets


3. APA YANG ANDA SUKA TENTANG ONLINE SHOPPING ?

sebenarnya online shopping kalau ikutkan ada kebaikan juga. tak nak lah cakap pasal keburukan sebab dah soalan tanya apa yang kita suka sangat tentang online shopping kan. jadi, wani senaraikan sebab kenapa wani suka dengan online shopping

- sangat cepat dan mudah sebab transaksi dilakukan untuk membeli -belah hanya di hujung jari sahaja.

- jimat masa sebab tidak perlu keluar rumah, minyak kereta pun tak habis, adegan bersesak-sesak dekat mall pun tak ada lah ya.

- kebebasan sebab bila- bila masa pun boleh sambil tengok tv pun boleh jugak ya. scroll barang apa yang nak dibeli.

-. details setiap produk, maklumat yang diberikan bagi setiap barang sangat details dengan ciri- ciri setiap produk serta fungsi. dan setiap item yang nak kita beli, kita boleh tahu feedback dari customer yang pernah beli produk tersebut. jadi, tak adalah kita macam was- was nak beli nanti.


4. PRODUK MANA SATU YANG ANDA BELI ATAU MERANCANG UNTUK BELI SEMPENA ONLINE REVOLUTION SALES ?

banyak lagi wishlist tak tertunai :D. kalau wani diberi peluang nak beli barang di Lazada, wani akan beli barang seperti di bawah:

1. Electrolux ZB3114AK Vacuum




nak sangat vacuum lepas rosak yang lama tu. susah tak ada vacuum ni tau, kalau yang debu halus tak nampak mata kasar tu, vacuum yang menjadi penyelamat. tapi pilihan wani adalah Electrolux hii, jenama

Electrolux ni dah lama dah, sebab seingat wani masa budak- budak dulu memang abah dah beli vacuum jenama Electrolux. Vacuum dulu-dulu berat nak angkut. tapi jenama Electrolux ni satu jenama yang dipercayai. kalau lah dapat peluang beli ini, mungkin abah tengok vacuum electrolux dah tak macam dulu..:D.

2. Russell Taylors 1000W 5L Stand Mixer SM-1000 Cake Kitchen Blender



sebagai seorang food blogger juga, wani ni dah la suka main baking..cuma part nak rajin tu kena bersemangat sikit. dah lama sangat dalam wish list nak pakai stand mixer yang baru. yang dah lama tu dah mula bunyi bising,Russel Taylors stand mixer, harga pun dah berpatutan. ada lagi cop SIRIM, lagi pilihan utama sebab keselamatan terjamin,Pilihan wani adalah  hitam yang menawan..suka sangat warna hitam. harap- harap dapat yang ni kena rajin baking.

wishlist selagi tak tunaikan, benda sama jerr tulis hii. kalau nak kata mahal tu terpulang kepada individu masing - masing.

kalau tengok harga 2 item tersebut lepas potongan dah murah kan. inilah dia penangan ONLINE REVOLUTION SALE. harga stand mixer tu pun diskaun 67 %. memang terkejut sekejap. yang vacuum electrolux tu pon diskaun 25 %.

5 Comments

  1. gudluck wani.. salam perkenalan daripada deeba.. deeba singgah sini dan follow.. kalau sudi marilah singgah jenjalan blog deeba pula..

    Hai gudluck.. deeba singgah dari giveaway yang sama..

    http://darikacamataseorangwanita.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. Semoga berjaya kak. Kita pun in shaa Allah nak join jugak! :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post