-->

Thursday, 21 December 2017

author photo
ASSALAMUALAIKUM..

ayam kukus thai pedas

resepi ayam kukus thai pedas ni, wani ternampak lalu lalang kat facebook di post Denaihati Network, bila baca yang caranya yang mudah lagipun bahan-bahan pun tak susah, nampak menyelerakan kalau dimakan dengan nasi panas.

resepi nya sangat senang, boleh baca kat bawah sekali ya,

dah lama tunggu turn bila nak masak ayam kukus thai pedas ni,, bila dah jumpa masa sesuai, terus buat. guna bahagian ayam peha dan rusuk ayam ayam jerr 1 bahagian ayam.. masuk pulak bab nak kukus, jenuh fikir , nak kukus dalam apa XD.. sebab kukusan atas dapur tak muat  bekas nak letak. jadi kena fikir alternatif lain macam mana nak kukus..


fikir punya fikir nak kukus dalam oven. hii macam mana tu. kukus dalam oven macam kita bakar kek secara "waterbath". macam tu la jerr caranya. tak ada cara lain.. bakar dalam oven dalam masa yang sama tak nak bagi ayam tu kering.wani letak dalam bekas kaca.ayam tu kena potong kecil sikit nanti mudah ia nak masak sekata.. jangan besar sangat..


wani ada tambah bahan tambahan homemade chicken stock dari Maggi. gaul sebati  ke semua bahan.. mudah sangat ya.. cuma dalam resepi letak kepingan lemon, dalam ayam tu, tapi yang versi wani tak letak la ya, cuma perah jerr jus lemon tu dan gaul rata dengan ayam, air limau kasturi dah tak letak dah. bahan-bahan tu tak tumbuk pun, kisar guna manual chopper bagi halus sikit, sampai ke serai kita kisar ya..senang sikit.. hii

wani guna jus lemon dalam 4 sudu besar, kena agak juga, takut terlebih masam. tapi alhamdulillah seimbang elok rasanya sebab  dalam masa yang sama air ayam tu pun akan turun. kalau nak tambah rasanya tak kisah


nak kukus dalam oven, pastikan tutup bekas tu dengan aluminium foil.. kalau suka cara macam ni buat lah ya, ni disebabkan kukusan dapur tak muat haa.. teringat kan oven ada, kita kukus dalam oven jer lahh.. cukup - cukup 40 minit masak. kalau rasa tak masak lagi, korang tambah masa lah ya..

resepi ni dah a keeper, simple sangat, kalau orang yang tak lalu makan pun tiba-tiba bertambah nasi hii.. ok selamat mencuba



RESEPI AYAM KUKUS THAI PEDAS
kredit to Aimmafiaz

Bahan - Bahan :
Ayam sebelah potong kecil
*Cili kecik 5-10bijik
*Serai setangkai ( wani tambah )
*Halia sepotong
*Bawang kecik 3-5biji
Lemon ( 4 sudu besar )
Sos ikan secukupnya
Minyak zaitun secukupnya
Air limau kasturi
Daun limau purut

Cara - Cara:
Tumbuk bahan *, ratakan bahan tumbuk serata ayam, letak sos ikan, minyak zaiton dan air limau kasturi kedalam ayam, selitkan lemon dicelah ayam.

Taburkan daun limau purut. Kukus selama 30minit hingga masak. Siap, sedap makan dengan nasi panas2.

Nota : kalau kukus dengan oven, pastikan tutup bekas dengan aluminium foil dan letak dalam loyang yang telah diisi dengan air panas.

Kukus selama 40 minit dengan suhu 150 C.

This post have 4 komentar

avatar
zuhaira nasrin delete 22 December 2017 at 07:35

sedapnyaaaa! nak try jugak, nampak cam senang :D

Reply
avatar
Fatin Shahrizam delete 29 December 2017 at 00:09

Terasa macam ada dalam mulut pulak. Haihh sedapnyaaa!

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang