Resepi Bihun Sup Ayam Paling Simple, Cepat Dan Sedap Noxxa

Resepi Bihun Sup Ayam Paling Simple, Cepat Dan Sedap Noxxa | Bihun sup, sejenis menu yang mudah nak masak. Dimakan bersama sup sama ada sup ayam, sup tulang, sup daging. Masing - masing ada peminat tersendiri kan. Paling mudah nak ada kita buat sup ayam, jadilah bihun sup ayam.

Kalau sis, lebih suka guna kerangka ayam nak banding dengan isi. Rasa sup lagi sedap sangat. Sis guna periuk noxxa nak buat bihun sup ayam walaupun dengan kerangka ayam. Kalau nak tambah isi ayam pun boleh.

Resepi bihun sup, Bihun sup, Bihun sup ayam, Periuk noxxa, Noxxa

Ok jom tengok menu yang paling mudah bagi wani nak masak bihun sup, guna kerangka ayam pun jadilah, sedap sangat. Tak payah nak letak isi lebih buat makan malam pun.nikmat sedikit pun kita bersyukur lah ya. Siapa peminat bihun sup

Tengok mak dan ayah makan bersungguh sangat. Kalau ingat fikir hal makan ni  kan kadang-kadang  naik stress jugak, sebab fikiran ni asyik berfikir nak masak apa, itu orang cakap, perempuan ni asyik nak membebel jerr kerja.

Bahan - bahan tak banyak, yang penting ada kerangka ayam.

Baca juga : Resepi Kentang Putar Noxxa 15 Minit Siap

Resepi bihun sup, Bihun sup, Bihun sup ayam, Periuk noxxa, Noxxa

Dalam periuk noxxa, letakkan 2 ekor kerangka ayam yang dah dibersihkan, letakkan air paras - paras.

Resepi bihun sup, Bihun sup, Bihun sup ayam, Periuk noxxa, Noxxa

Untuk kerangka ayam ini, kita hanya guna low pressure, jadi, tekan low pressure 6 minit, lepas tu tekan button on.

Resepi bihun sup, Bihun sup, Bihun sup ayam, Periuk noxxa, Noxxa

Pastikan  tombol ke pressure.

Resepi bihun sup, Bihun sup, Bihun sup ayam, Periuk noxxa, Noxxa

Selepas bunyi beep, tekan button off, kemudian putar tombol ke steam untuk lepaskan wap sampai habis. buka tudung nampak lah kerangka ayam macam ni.

Nanti, kerangka ayam ni masak seekor macam ni, lepas masak, baru korang leraikan sikit bahagian sendi -sendi nanti senang nak makan.

Resepi bihun sup, Bihun sup, Bihun sup ayam, Periuk noxxa, Noxxa

Kemudian next step, bahan- bahan yang tak banyak, masukkan daun sup, bebola ikan, dan belahan tomato, biasanya wani guna 2 biji tomato. masukkan juga kiub pati ayam dan serbuk lada putih dalam 1/2 sudu teh. Kalau terasa nak tambah air ikut orang nak makan boleh tambah, agak-agak semua tu.

Resepi bihun sup, Bihun sup, Bihun sup ayam, Periuk noxxa, Noxxa

Tutup periuk, tekan low pressure selama 4 minit dan tekan button on. 

Resepi bihun sup, Bihun sup, Bihun sup ayam, Periuk noxxa, Noxxa

Putar tombol ke pressure 

Resepi bihun sup, Bihun sup, Bihun sup ayam, Periuk noxxa, Noxxa

Baca juga : Cara Rebus Laksa Noxxa 6 Minit Siap

Selepas bunyi beep, tekan button off dan putar tombol ke steam untuk lepaskan wap, baru boleh buka tudung.ok dah siap macam gambar kat atas. boleh perasakan dengan garam secukup rasa, boleh lah hidangkan ya.

Boleh la letak aksesori tambahan macam sayur sawi yang dah dicelur, perahan limau nipis dan juga bawang goreng seperti gambar atas sekali. kenyang wehh  makan. Tengok gambar  dalam mangkuk tu ya.

Terlintas nak guna kerangka ayam ni sebab abah memang tak berapa suka kalau part ada isi ayam, dia suka jenis yang tulang-tulang. jadi terfikir nak buat dengan kerangka ayam, nampaknya memang sedap juga lah. lagipun kerangka ayam ni murah kan.

Dan lagi satu masak dalam noxxa, ayam tu walaupun tulangcampur isi,  bila masak lain tekstur nya, lembut, tu lain sikit, rasa nya bukan macam masak atas dapur. Tulang tu pun memang lerai habis, senang orang tua makan tak sakit gigi.

Simple kan. kalau rajin wani masukkan bawang putih, bawang kuning dan halia bakar sikit. Kalau malas, style macam ni la wani buat.

Lagi satu, nak rebus kerangka ayam ni baik rebus awal sikit, kalau malam nak makan, tengah hari tu dah boleh rebus dah kerangka ayam ni, lepas tu biar jerr dalam periuk tu dulu, orang kata nak minimumkan lagi masa kan, itulah apa yang kita nak buat pun semua kena planning sampai lah masuk bab nak masak.

Resepi bihun sup mudah kat bawah. Ini dah kira paling cepat dah sebab guna periuk noxxa. Kalau nak lagi sedap kena lah ada sambal kicap. Selamat mencuba.

Resepi Bihun Sup Ayam Paling Simple, Cepat Dan Sedap Noxxa 


Bahan - Bahan
2 ekor kerangka ayam
2 biji tomato
6 biji bebola ikan dibelah 4
1/2 sudu teh serbuk lada putih
1/2 kiub pati ayam
Daun sup secukupnya
Bihun yang telah dicelur secukupnya
Garam secukup rasa

Bahan Sampingan 
Limau nipis
Bawang gorengSsayur sawi yang telah dicelur

Cara - Cara 
1. Dalam periuk noxxa, letakkan 2 ekor kerangka ayam yang dah dibersihkan, letakkan air paras - paras.

2. Untuk kerangka ayam ini, kita hanya guna low pressure, jadi, tekan low pressure 6 minit, lepas tu tekan button on.

3. Pastikan  tombol ke pressure.

4. Selepas bunyi beep, tekan button off, kemudian putar tombol ke steam untuk lepaskan wap sampai habis. buka tudung nampak lah kerangka ayam macam ni.nanti, kerangka ayam ni masak seekor macam ni, lepas masak, baru boleh leraikan sikit bahagian sendi -sendi nanti senang nak makan.

5. Kemudian, bahan- bahan yang tak banyak, masukkan daun sup, bebola ikan, dan belahan tomato, biasanya wani guna 2 biji tomato. Masukkan juga kiub pati ayam dan serbuk lada putih dalam 1/2 sudu teh. Kalau terasa nak tambah air ikut orang nak makan boleh tambah, agak-agak semua tu

6. Tutup periuk, tekan low pressure selama 4 minit dan tekan button on

7. Putar tombol ke pressure 

8. Selepas bunyi beep, tekan button off dan putar tombol ke steam untuk lepaskan wap, baru boleh buka tudung.ok dah siap macam gambar kat atas. boleh perasakan dengan garam secukup rasa, boleh lah hidangkan ya.

Baca juga : Resepi Kurma Daging Noxxa Simple Dan Sedap



4 Comments

  1. Cepat dan memudahkan ye periuk nie.. Ujan-ujan nie best pekena sup..

    ReplyDelete
  2. Bila celur bihunnya? Lepas sup da masak, boleh tak masuk bihun terus?

    ReplyDelete
  3. time celur bihun tu saya tak tunjuk. maaf ya. boleh jer kalau nak masuk terus tapi kena makan terus la ya takot bihun bengkak. Yang saya buat ni saya buat sup ayam dulu, lepas tu celur bihun baru masukkan bihun dalam mangkuk letak sup ayam.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post