Resepi Mashed Potato Noxxa Mudah Siap 15 Minit Tekstur lembut Dan Sedap Macam KFC

Resepi Mashed Potato Noxxa Mudah Siap 15 Minit Tekstur lembut Dan Sedap Macam KFC | 
Salam semua, Sejak kebelakangan ini asyik resepi siap dengan youtube, nasib baik la rajin nak mengedit walaupun video dah berlambak dalam phone.

Sejak tahun lepas nak rajin aktif youtube jugak, rugi lah pulak kan, kita baru nak merangkak slow - slow. Buat masa sekarang ni penuh video masakan kat my youtube channel tu. dari tak ada apa, nak fikir upload video apa kan.

Resepi mashed potato dah banyak kali juga up kat blog, cuma kali ini up sebab ada video hii. Nak tanya, biasa kalau korang buat mashed potato guna ubi kentang jenis mana ya. Kalau nak betul - betul smooth mashed potato, korang guna lah ubi kentang russet, tak mahal sangat pun rasa dalam RM 3 lebih ke per kg.

Kalau yang ubi kentang murah lagi, tak berapa nak smooth kentang putar, rasa pun macam kurang sikit.

Kat rumah, memang semua favourite kentang putar ni, baik buat sendiri lah nak banding pergi makan kfc, rasa dan tekstur pun dah macam kat kfc juga. Lagi sedap dari air tangan sendiri, puji diri sikit. :D.

Cuma sekarang lagi mudah sebab ada noxxa ni, kalau sebelum ni jenuh la juga nak lenyek ubi kentang. Yang penting, lepas masak semua tu, biarkan ia warm dalam periuk, kiranya lambat lagi nak makan pun tak apa, mashed potato tetap panas warm gitu.

Kepada sesiapa nak follow resepi ini, resepi di bawah ya. :) Mudah jer. Jemput tonton di my youtube channel.


Resepi Mashed Potato Noxxa Mudah Siap 15 Minit Tekstur lembut Dan Sedap Macam KFC

BAHAN - BAHAN
6 biji ubi kentang russet
3/4 cawan susu segar ( nak guna susu cair boleh tapi lagi sedap susu segar, kalau guna heavy cream  lagi bertambah sedap )
2 1/2 sudu besar mentega
1 sudu teh serbuk lada putih
2 sudu besar serbuk pati ayam ( nak guna kiub ayam pun boleh )
1 cawan air

CARA - CARA
1. Ubi kentang dikupas dan dipotong dadu besar.
2. Masukkan ubi kentang dalam innerpot, masukkan 1  cawan air, kiub pati ayam atau serbuk pati ayam, serbuk lada putih dan mentega.
3. High pressure  selama 15 minit, pastikan tombol ke pressure sebelum tekan on.
4. Selepas bunyi bip, offkan dan tarik picu tombol ke steam untuk melepaskan tekanan.
5. Buka tudung dan ambil senduk kayu, tekan sampai hancur. tahap ni ubi kentang dah lembut sangat.
6. Masukkan susu segar ( kalau rajin panaskan sekejap susu tu ni versi malas nak panaskan sebab dalam periuk tu pun dah panas ) dan kacau. Suai rasa, jika tak cukup bahan perasa boleh tambah.
7. Siap !

Baca sini : Resepi dan Cara Masak Lemang Noxxa Guna Buluh, Senang, Cepat Dan Jimat Masa
Baca sini : Cara Masak Bubur Nasi Pecah Cantik Siap 15 Minit Tanpa Pressure Cooker
Baca sini : Resepi Air Asam Kaki Lembu Yang Mudah Dan Sedap



5 Comments

  1. wahhh... pandainya kak wani masak. tqq for sharing. ada masa nak try gak

    ReplyDelete
  2. Wahh 15 minit je buat ni.. Menarikkk

    ReplyDelete
  3. untung ada noxxa masak pun senang hihihi

    ReplyDelete
  4. suka jugak mashed potato..tapi takde noxxa nak buat sendiri..hihi

    ReplyDelete
  5. fevret kita gak ni...boleh try cuba resepi wani nanti

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post