18 Januari 2018

author photo
ASSALAMUALAIKUM..

daging budu noxxa

Salam semua

Apa khabar, hari ini dah 1 Jamadilawal 1439 bersamaan 18 Januari. sekejapnya bulan 1 pun dah separuh bulan dah. Lama juga blog ni menyepi, baru balik bercuti dari Cameron Highland, job review pun tak settle lagi ni, Kita hold dulu pasal cuti-cuti di Cameron Highland, nak settlekan draft yang tertangguh. Nak taip entri pun makan masa juga kan. Kadang- kadang otak pun nak rest juga, rest dari blogging hii..

Kali ini Wani nak sharekan resepi daging budu. Daging budu resepi turun - temurun dari arwah nenek sebelah abah. Dah diperturunkan untuk generasi ketiga. Kalau dulu abah yang rajin buat, kali ini Wani masak sendiri, petua dan tips ada juga abah bagi tunjuk ajar. Ke semua adik - beradik abah boleh dikatakan semua pandai masak daging budu.

Dulu, masa atok Wani pergi buat kerja -kerja mengukur tanah atas bukit, selalunya arwah nenek bekalkan daging budu untuk atok bawa bekal. Seminggu daging budu tahan dalam botol .tak ada busuk tak ada basi.

Budu dah menjadi identiti rakyat Kelantan. Jadi tak mustahil resepi daging budu pun ada XD. Daging budu kalau lagi simpan lama lagi sedap. Nak bercerita sikit lah pasal resepi daging budu, arwah nenek Wani tercipta tanpa sengaja dan memang menjadi kesukaan anak beranak. Keunikan daging budu ni terletak pada bau dari lada burung. Lada burung memang kena letak banyak. Nampak macam pedas kan, tapi sebenarnya tak pedas mana pun. Kalau lenyek lada tu, memang pedas lah.

Wani nak kongsikan resepi turun temurun kat sini, Bagi sesiapa yang minat budu boleh lah buat. resepi ini dah jadi kegemaran kami sekeluarga. Pastikan sediakan ulaman segar nak cicah dengan kuah makan dengan nasi. Sedap uolsss cubalah :D Tak tengok kiri kanan dah.

Yang ini versi pertama sebab ada dua versi. Nantilah kita share lain kali ya. ;). Daging budu memang sesuai gunakan pressure cooker rupanya. Guna periuk biasa pun boleh cuma yang ini versi guna noxxa.

Jom tengok resepi kat bawah sekali ya


Mula - mula sekali, letak ke semua bahan yang telah diblender, lada burung, daging, asam keping, gula melaka dan juga budu.Sebenarnya tak payah tambah air pun tak apa dah.Sebab daging tu keluarkan air, Tapi cuci lah bekas blender dengan air sikit, bazir pulak kan, sikit jerr jangan banyak


Kemudian kacau rata sekejap


Tekan high pressure selama 35 minit dan tekan button on. Masak lama sebab wani guna daging import :D


Pastikan tombol ke pressure


Apabila dah bunyi beep, tekan button off dan putar tombol ke pressure untuk lepaskan wap baru boleh buka tudung. Ok dah siap, nampak macam banyak air sebab air daging ni turun. Jadi kita kena didihkan sekejap ya.


Tekan stir fry dan tekan button on tunggu sehingga mendidih. Biarkan didih lama sikit ya sebab nak kurangkan air kuah sikit, Sebenarnya kuah kena pekat sikit baru sedap.


Ok dah siap didih. Tekan button off. 

BAHAN-BAHAN UNTUK DAGING BUDU 


Lada kering 


Bawang merah besar, lengkuas dan juga kunyit 


Lada burung kena banyak campur lah merah dan hijau. Lebih kurang 20 tangkai. Sebab kita nak bau daging budu naik.Tak pedas pun, Kalau lenyek dalam nasi memang pedas lah.


Budu  adalah bahan utama dalam resepi daging budu. Ada pelbagai jenis jenama budu di pasaran. Tetapi pilihan Wani adalah budu cap ketereh. Budu jenama ini sedap ya lain dari jenama lain. ok, nanti kalau nak tambah budu selepas dah masak pun boleh, rasa nak lagi umphhhh dengan budu tambah.

Abah selalu komen, kalau macam tak cukup nak rasa lagi kaww budu tu tambah lagi. hii bila dah hantu budu macam tu lah. Tapi dalam resepi ini, tak tambah pun. cukuplah 2 botol.


Asam keping dan juga gula melaka 

DAGING BUDU NOXXA

BAHAN-BAHAN

1kg daging dihiris sederhana tebal
5 - 6 tangkai lada kering *
2 ulas bawang merah besar *
1/2 inci kunyit hidup *
4 hiris lengkuas *
20 tangkai lada burung hijau dan merah
1/2 keret gula melaka
3 keping asam keping
2 botol budu cap ketereh rujuk gambar

Ke semua bahan bertanda * diblend halus

CARA- CARA 

1. Mula - mula sekali, letak ke semua bahan yang telah diblender, lada burung, daging, asam keping, gula melaka dan juga budu.Sebenarnya tak payah tambah air pun tak apa dah.Sebab daging tu keluarkan air, Tapi cuci lah bekas blender dengan air sikit, bazir pulak kan, sikit jerr jangan banyak

2. Kemudian kacau rata sekejap

3. Tekan high pressure selama 35 minit dan tekan button on

4. Pastikan tombol ke pressure

5. Apabila dah bunyi beep, tekan button off dan putar tombol ke pressure untuk lepaskan wap baru boleh buka tudung. Ok dah siap, nampak macam banyak air sebab air daging ni turun. Jadi kita kena didihkan sekejap ya.

6. Tekan stir fry dan tekan button on tunggu sehingga mendidih. Biarkan didih lama sikit ya sebab nak kurangkan air kuah sikit, Sebenarnya kuah kena pekat sikit baru sedap.

7. Ok dah siap didih. Tekan button off. Lagi banyak hari lagi sedap sebab rasa dah masuk dalam daging. Pedas lada pun hilang. Bertambah nasi kalau makan. 

SILA KLIK UNTUK VIDEO RESEPI 


This post have 4 komentar

avatar
adianiez AIDA delete 18 Januari 2018 9:19 PTG

aida org melaka yg sgt minat budu :)
memang ada sebotol dlm peti ais sepanjang masa.
ramai kawan org kelantan.
so takde masalah :)
and resepi ni amat best. mcm nak cuba hi hi hi

Reply
avatar
Tunsha Ayunie delete 19 Januari 2018 7:35 PTG

Menelan air liur walaupun baru baca resepi. Auni memang suka makan budu. Ada masam-masam sikit, pepedas sikit.. aduhai... Boleh try buat ni. Tapi potong daging, ai is failed. Boleh jadi liat alkisahnya...

Reply
avatar
Cik Ash delete 20 Januari 2018 11:40 PG

wow nampak sedap sangat.. ore kelate xpernah taw n rasa hahahha.. boleh cuba ni nanti ni

Reply
avatar
Azah Rahaman delete 20 Januari 2018 9:59 PTG

sedapnyaaaaaaa nampaaaaaaaaaaaaaak. orang kelantan ea suka makan budu? hehee. samalah kite orang kelate gak! :D


jemput singgah blog, ada entri tips hamil : susu kambing + kurma :)

http://zaza96.blogspot.com/2018/01/tips-hamil-susu-kambing-dan-kurma.html

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Follow Me On Instagram