Tonton Telefilem Kebaya Mek Hwa

Setiap kali musim raya, mesti ada telemovie khas. Kali ini untuk Tahun Baru Cina pulak. Asyik nya tonton semalam. Last nak habis, baru tahu pengarah nya Sabri Yunus. Patutlah, Sabri Yunus ni memang salah satu pengarah kegemaran Wani juga, Anak Kelantan kan. Mestilah support. Wani suka telefilem atau drama di bawah arahan beliau. Salah satu pengarah yang sentiasa menyelitkan babak tentang adat dan budaya terutamanya di negeri pantai timur.

Siapa tonton semalam ? Mula- mula dengar Kebaya Mek Hwa, ingat lokasi sekitar Kelantan, tapi rupanya di Terengganu. Sebab dengar perkataan "MEK" tu. Pelakon ke semua memang dah kenal, yang tak biasa tengok Pauline Tan, watak utama dalam telemovie ini. Macam pernah tengok, tapi tak silap Pauline ni artis cina banyak siar kat drama 8tv. Kalau tak silap lah ya.

Telefilem Kebaya Mek Hwa

Sebelum nak ke sinopsis telemovie Ini, Rasanya orang luar dari Kelantan pun dah terbiasa dengar perkataan "Mek" ni kan..Kalau cerita pasal Wanita Kelantan mesti sebut Mek Kelate la kan. Tapi, Wani tak pasti, kalian tahu ke tidak, kalau kat sini nak bagi gelaran kat wanita cina Kelantan, kami panggil mereka "Mek".

Memang orang dulu- dulu kat sini bagi gelaran untuk wanita cina Kelantan, panggil "MEK". Maksud gelaran "mek" tu bukan tak baik.."Mek" ini ia merujuk kepada seorang perempuan tak kira lah tua atau muda. Nampak tak keunikan di Kelantan.

Wani pun pernah bercakap dengan peniaga cina, dia panggil kat Wani, "mek" haha. Biasalah tu kat sini. komunikasi harian.  Contoh: "nok gapo tu mek ?". Tapi panggilan mek tu juga bukan sahaja untuk wanita cina, malah untuk wanita melayu juga. tak kisah lah asalkan perempuan XD.

Panggilan "mek" dah macam nak tenggelam tau zaman sekarang ni, Masa zaman bonda wani, bonda masih lagi panggil "MEK" kat ibu dia. Arwah nenek sebelah abah pun, Wani masih panggil "mek".Selepas arwah mek tak ada. Panggilan itu lenyap sebab tak tahu nak panggil siapa dah dengan gelaran "MEK".

Anak- anak generasi sekarang ni tak tahu lah masih biasa ke tak dengan panggilan mek. Ibu - ibu moden dah sekarang. Kalau tak pupuk panggilan mek ini, rasanya memang tenggelam dah perkataan mek.Panjang dah bercerita pasal mek, sampai lupa nak cerita pasal sinopsis telefilem ini. 

Info Telefilem Kebaya Mek Hwa 


  • Waktu Tayangan : Sabtu, 17 Februari 2018 pukul 10.00 malam
  • Siaran TV : Slot Cerekarama TV3
  • Pengarah : Sabri Yunus
  • Terbitan : Mache AllStar United Sdn Bhd
  • Pelakon : Pauline Tan, Syazwan Zulkifli, Issey Fazlisham, Wan Hanafi Su, Sulaiman Yassin (Mat Over),

Pelakon Telefilem Kebaya Mek Hwa Dan Watak 


Pelakon utama

  • Pauline Tan sebagai Mei
  • Syazwan Zulkifli sebagai Dani

Pelakon Pembantu 

  • Wan Hanafi Su sebagai Tok Awang
  • Issey Fazlisham sebagai Piang
  • Sulaiman Yassin sebagai Pok Mat
  • Koh Lay Inn sebagai Mek Hwa Tua
  • Koh Peng Swee sebagai Ah Tee Tua
  • Janet Tan sebagai Mak Eelin
  • Liong Kian Poh sebagai Hong Sor
  • Yeo Xue Pei sebagai Mek Hwa Muda
  • Josephine Lim Yonbee sebagai Eelin
  • Kelvin Ng sebagai Goh
  • Siew Chee Yong sebagai Ayah Mek Hwa

Sinopsis Penuh Telefilem Kebaya Mek Hwa


Telefilem Kebaya Mek Hwa menceritakan tentang budaya cina peranakan Terengganu, Pauline sebagai Mei, dia nak memenuhi impian ayah dia Goh untuk mencari Mek Hwa. Jadi, Mei ke Terengganu untuk menjejaki Mek Hwa. Di situlah, Mei berjumpa dengan Dani. Seterusnya, korang boleh la tonton sendiri. tak nak cerita panjang dah.

Telefilem ini banyak menggunakan loghat Terengganu yang keluar,loghat Kelantan pun keluar juga  sebab Issey tu yang jadi pelakon. Jangan tak tahu ya Issey tu junior kat sekolah dulu.Tak sangka jadi pelakon, DJ, penyanyi dikir barat pun dia juga.

May adalah gadis berbangsa Cina dari Kuala Lumpur yang datang ke Terengganu untuk menunaikan wasiat mendiang ayahnya, Goh agar menyerahkan sebuah kotak hadiah kepada seorang wanita berbaju kebaya yang ada di dalam sekeping gambar lama.

Pada mulanya May menyangkakan wanita di dalam gambar berkenaan adalah wanita Melayu, tapi sebenarnya dia berbangsa Cina Hokkien bernama Mek Hwa. Dalam pencarian Mek Hwa, May berkenalan dengan Dani yang beberapa kali menolongnya dari diganggu samseng Cina. Rupa - rupanya samseng tersebut telah diupah oleh Ah Tee, suami Mek Hwa yang telah tahu May adalah anak Goh, kekasih lama Mek Hwa. 





2 Comments

  1. semalam ray tgk dengan mak. best pulak. cerita simple je tp penuh makna

    ReplyDelete
  2. tk sempat nk tgk.
    dan mek bngga bahasakan diri mek - mek hahahahha

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post