Sunday, 25 February 2018

author photo
ASSALAMUALAIKUM..

akar teratai goreng kung pao

Entri yang lepas pasal lengau tu kan, dah janji nak up resepi nak masak apa dengan akar teratai ni. Sebab dah lama tak masak, macam jakun, hihi. masak ala kung pao pulak. Untuk sesiapa yang belum tahu, macam mana rasa akar teratai ini, teksturnya rangup. nak kata rasa tu lebih sedap lagi lah dari ubi kayu.

Kalau ikut resepi kena potong macam tebal sikit, ni pergi sagat nipis :D. Ada 2 pilihan sebenarnya, tapi biasanya celur dulu nak bagi masak akar teratai tu, ada yang goreng terus macam tu ada jugak macam resepi asal untuk goreng kung pao. Nanti korang boleh klik link kat bawah sekali. Banyak  pulak sekali pergi sagat 2 tongkol ni, ingatkan tak banyak.


Rendam air sekejap lepas sagat. Akar teratai ni, kalau goreng macam kerepek pisang tu, sedap tau. Tapi ni masak kung pao yang tak berapa kung pao hihi.tupa hilang habis patah, sebab pergi sagat XD. Ratah lepas makan nasi jerr. Nasib habis. Banyak lagi versi goreng akar teratai ni. Kita masak simple - simple sudah lah. Kalau korang nak celur boleh celurkan sekejap. Kalau tak ikut resepi asal.

AKAR TERATAI GORENG KUNG PAO

BAHAN-BAHAN

2 tongkol akar teratai dikupas kulit dan dipotong bulat setebal 1cm
3 - 4 ulas bawang putih dicincang
1 inci halia dipotong mancis ( tak letak )
segenggam kacang peanut
daun bawang secukupnya ( tak letak )
4 tangkai cili kering dipotong
kicap pekat secukupnya ( guna kicap jalen )
kicap masin ( optional )
1 sudu besar cuka ( tak letak )
gula dan garam secukupnya
1 sudu teh minyak bijan


CARA-CARA
1. Akar teratai dikupas kulit dan dipotong ketepikan sekejap
2. Dalam kuali panaskan minyak sekejap, goreng dulu kacang peanut sampai crispy. Angkat ketepikan
3. Kemudian goreng akar teratai dalam 2 - 3 minit sehingga nampak keperangan kat tepi. Angkat dan ketepikan
4. Panaskan minyak balik, tumiskan bawang putih cincang, cili kering dan halia sehingga naik bau
5. Masukkan akar teratai yang telah digoreng sekejap ke dalam kuali dan kacau rata
6. Masukkan kicap pekat secukupnya dan juga minyak bijan. Gaul rata
7. Masukkan kacang yang telah digoreng dan daun bawang. kacau sekejap .. siap

Kalau nak tengok resepi asal korang boleh klik SINI .  Yang ini versi penuh, Wani buat ni versi cepat hihi.Lagipun yang asal akar teratai tu tak celur, yang wani punya  celur sekejap.

This post have 4 komentar

avatar
Nurzarini Ismail delete 25 February 2018 at 15:21

Ui..kalau goreng tu mesti crunchy. Tapi tak pernah rasanya jumpa jual kat kedai

Reply
avatar
arzmoha delete 26 February 2018 at 11:40

fuh menarik ni baru tau mengenai akar teratai ni hehehe

Reply
avatar
Cik Ash delete 26 February 2018 at 19:23

tak pernah makan lagi akar teratai.. nampak macam sedap jah tu

Reply
avatar
Hans Hanis delete 27 February 2018 at 03:20

teringin pula nak makan
nampak macam sedap

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang