17 Mac 2018

author photo
ASSALAMUALAIKUM...

Bunion hadkan aktiviti kaki

Ramai juga yang tak tahu kewujudan penyakit "Bunion" ini, kalau yang melibatkan kaki, orang kurang ambil perhatian sedangkan kaki adalah anggota yang penting untuk kita melakukan aktiviti pergerakan. Baca komen - komen pun dah boleh agak hihi..

Kali ini, Wani nak sambung sikit berkenaan dengan sakit bunion. Sekiranya terdapat benjolan atau kesakitan pada bahagian kaki yang tidak surut, seeloknya berjumpalah doktor untuk memastikan sama ada kaki mengalami sakit bunion ataupun tidak.

RAWATAN UNTUK PESAKIT BUNION

Pada peringkat permulaan, ada 2 kaedah  rawatan samaada rawatan konservatif bukan pembedahan dan juga rawatan melalui pembedahan.


Rawatan Konservatif

1. orthotik contohnya toe separator, splinting, calf stretching. Rujuk gambar di atas adalah merupakan kaedah rawatan dengan memakai "Splinting"

2. Memakai kasut yang sesuai seperti lebar di bahagian depan.

3. Ubat tahan sakit juga boleh digunakan sebelum pembedahan seperti anti radang yang boleh dimakan atau ubat sapu. Sekiranya untuk jangka masa lama ubat tahan sakit tidak disarankan kerana mempunyai risiko kesan sampingan.

Rawatan Pembedahan 




Rawatan untuk pembedahan dipilih sekiranya rawatan secara konservatif tidak berhasil. Masih mengalami kesakitan yang berterusan, pesakit dinasihatkan untuk melakukan pembedahan bagi menghilangkan kesakitan.

Terdapat banyak kaedah pembedahan yang tersedia untuk mengubati bunion. Dengan kaedah pembedahan ini, biasanya dilakukan untuk membuang benjolan pada sisi sendi ibu jari kaki, memperbaiki perubahan struktur tulang kaki dan juga untuk menghilangkan rasa sakit.

7 SEBAB KENAPA RAWATAN AWAL PERLU DILAKUKAN

1. Untuk mengurangkan rasa sakit bunion

2. Untuk mengurangkan faktor - faktor penyebab

3. Mencegah degenerasi lebih lanjut

4. Mengurangkan simptom

6. Membantu agar sendi ibu jari kaki berfungsi normal

7. Memperbaiki aliran tekanan melalui kaki

8. Membantu biomekanis kaki lebih efision untuk berjalan


AKTIVITI SELEPAS PEMBEDAHAN 



Selepas pembedahan, pesakit boleh kembali berjalan seperti biasa, ini akan mengambil masa selama empat hingga enam minggu selepas pembedahan. Pesakit boleh berjalan selepas pembedahan tetapi perlu memakai kasut khas yang disediakan dan mungkin menggunakan tongkat.

Pesakit boleh melakukan aktiviti harian seperti berjalan, bersenam dan berlari selepas pulih daripada pembedahan. Pesakit masih boleh bekerja mengikut jenis pekerjaan yang dilakukan. Sebagai contoh bagi yang bekerja pejabat, biasanya pesakit boleh kembali selepas empat minggu.

Sekiranya pekerjaan tersebut memerlukan pesakit berdiri dan berjalan dengan banyak, pesakit perlu menunggu sekurang - kurangnya 3 bulan untuk kembali bekerja. Jika kaki kiri yang dibedah, pesakit boleh memandu selepas 2 minggu jika menggunakan kereta automatik. Jika kaki kanan yang dibedah, pesakit dinasihatkan untuk elakkan memandu untuk tempoh empat hingga enam minggu.

RISIKO 

Bagaimana pula dengan risiko ya, takut sekiranya penyakit bunion berulang kembali walaupun dah dirawat. Risiko untuk penyakit ini berulang adalah rendah. Jika pesakit mengalami penyakit ini ketika berusia belasan tahun, risiko untuk penyakit ini berulang adalah lebih tinggi walaupun dirawat dengan pembedahan.

BERUBAH KEPADA GAYA HIDUP YANG SIHAT 




Untuk mengelakkan bunion kembali lagi, pesakit perlu berubah kepada gaya hidup sihat. Perubahan ini termasuk pada pemilihan kasut dan mengelak memakai kasut yang sempit dan tumit tinggi di mana ia boleh memburukkan lagi keadaan bunion. Kadang- kadang kita bila dah biasakan dengan kasut yang sempit dan tumit tinggi, lama- lama kaki kita pun dah jadi macam terbiasa, sedangkan hakikatnya, kita sedang sembunyikan kesakitan kita.

Kalau boleh elakkan memakai kasut yang runcing. kita sendiri tak nak sakit kan, kena pilih kasut yang sesuai dengan kaki. Aspek yang perlu dititikberatkan untuk pemilihan jenis kasut.

Kalau tengok di Lazada banyak jual Bunion protector. Boleh cuci mata tengok di laman web Lazada.





Baca sini >>>>> APA ITU BUNION ?

This post have 6 komentar

avatar
Juls Julie80 delete 18 Mac 2018 2:39 PG

baru tau pasal sakit ni... alhamdulillah xde cuma tumit jer kadang2 rasa x selesa..faktor berat barangkali..huhu

Reply
avatar
adianiez AIDA delete 20 Mac 2018 8:08 PG

ada terbaca pasal ni kat fb.
siap compare kaki dgn mr.asben tau :)
nasib baik takde masalah ni.

Reply
avatar
Mazni Azmi delete 22 Mac 2018 5:58 PTG

Assalamualaikum Wrmbth, Salam blog walking dari Maznee sis Wani

Nama dah macam bunian.

Reply
avatar
nadhie wueen delete 23 Mac 2018 10:10 PG

aah. sama lah tak tahu gak sis. bagus pendedahaan yang kak wani bg ni :) hee

Reply
avatar
Mrs Fuzy Hamid delete 23 Mac 2018 12:18 PTG

good sharing dan rasanya ramai yang tak berapa tahu pasal bunion walau terjadi kat kaki sendiri kan..;D

Reply
avatar
Shahida Dzulkafli delete 4 April 2018 10:38 PG

Baru sha tahu.. Nice sharing Wani..

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Follow Me On Instagram