06 March 2018

author photo
ASSALAMUALAIKUM..

bunion

Sebelum itu, tengok kaki kalian terlebih dahulu, cuba berdiri tegak dan kemudian pandang lihat kaki kalian semua. Ada tak macam satu bonjolan di tepi berhampiran ibu jari kaki ? Kalau tak ada, syukurlah kaki kalian masih selamat, kalau nampak tanda - tanda macam naik bonjolan , tandanya kaki kalian mengalami sakit 'BUNION".

Kalau ikutkan, Wani sendiri tak tahu apa sakit Bunion, ini kali pertama dengar, =D. Nampak sangat tak ambil sangat hal - hal berkaitan kaki. Ok kali ini kita berkenalan dengan Bunion. Kaki merupakan anggota yang sangat penting untuk kita melakukan aktiviti pergerakan. Namun, ramai orang tidak memberikan perhatian yang serius terhadap kesihatan kaki. Betul tak ?..

Kebiasaannya, kalau kita dengar pun masalah kesakitan bahagian kaki melibatkan pesakit yang menghidap penyakit diabetis.


APA ITU BUNION ?

Bunion terjadi di mana tulang kaki yang terbonjol di bahagian sendi bawah ibu jari kaki. Ini di sebabkan oleh pemakaian kasut yang terlalu sempit, ia juga pernah berlaku di mana kecederaan kaki atau struktur tulang yang diwarisi sehingga ibu jari kaki terdorong ke arah jari - jari kaki yang lain. Apabila keadaan berterusan tanpa terkawal, ini akan menyebabkan ibu jari membesar dan terasa sakit, sehingga mengakibatkan kesulitan ketika bersenam dan berjalan.

Dengan erti kata lain, Bunion sebenarnya perubahan dalam kerangka tulang dan sendi ibu jari kaki. Apabila terjadinya bunion, ibu jari kaki menyimpang terhadap jari kaki lain yang lebih rendah dan tulang di mana ibu jari kaki bergerak ke arah tubuh. Kalau macam tak faham lagi, rujuk gambar di atas. Nampak tak tulang yang terbonjol keluar, ia bukan ada ketumbuhan tapi tulang yang menyebabkan nampak bonjolan macam itu. Kalau yang dah lebih teruk, memang nampak sangat bonjolan.

Bunion boleh berlaku kepada sesiapa sahaja samaada lelaki ataupun wanita, tetapi ramai di kalangan wanita yang tidak menyedari mereka menghadapi keadaan tulang kaki di tepi bahagian ibu jari kaki. Disebabkan apa,  penyebab utama adalah pemakaian kasut yang tidak sempurna. Jadi, wanita , tolong ambil perhatian penjagaan kaki anda ya dan jangan ambil remeh dengan bunion, Ia boleh menjadi masalah yang serius sekiranya, langkah awal tidak diambil.


PUNCA - PUNCA TERJADINYA BUNION 

Sebenarnya, punca terjadinya bunion banyak berlaku disebabkan faktor - faktor berikut :

1. kecederaan

2. pemakaian kasut yang tidak sesuai, terutamanya yang mempunyai tumit tinggi dan sempit.

3. keturunan.

Kajian juga menunjukkan bunion biasanya berlaku kepada orang - orang yang memakai kasut kalau nak dibandingkan dengan mereka yang berkaki ayam. Bunion kebanyakannya dialami oleh wanita jika nak dibandingkan dengan lelaki. Ini mungkin disebabkan rekaan kasut yang tidak sesuai seperti terlalu sempit dan juga bertumit tinggi. Maka, wanita lebih cenderung kepada penyakit ini.

Kenal tak Oprah Winfrey ?  Selebriti terkenal dengan rancangan " The Oprah Winfrey Show". Beliau pun menderita dengan sakit bunion kerana gemar memakai kasut tinggi sejak muda. Kasut tumit tinggi sebenarnya bukan tak boleh pakai, boleh tu boleh, Dari segi pandangan Wani sendiri, nak pakai pun pilih hari yang sesuai, samada nak pergi ke majlis formal. Bukan nya selalu pakai, Kalau dari sisi fesyen memang ia akan nampak wanita lebih berkeyakinan dan anggun. Terutamanya kalau yang bekerja bahagian korporat. Kalau nak pergi pasar basah nak pakai kasut tumit tinggi, tak payah lah =D.

Malangnya, kalau pemakaian kasut tumit tinggi  yang tidak terkawal,ia boleh mendatangkan penyakit bunion.


MASALAH YANG DIHIDAPI OLEH PESAKIT BUNION 

Walaupun bunion adalah hanya bonjolan tulang yang terkeluar, tetapi pesakit bunion akan mengalami masalah - masalah seperti berikut :

1. Sakit atau kaku pada sendi ibu jari kaki

2. Bengkak pada sendi ibu jari kaki

3. Kesukaran untuk berjalan

4. Kesukaran untuk mencari kasut sesuai

Banyak lagi nak bercerita lanjut tentang sakit bunion. Nanti kita bersambung ya, boleh ke bersambung. hihi.

Apapun, Wanita khususnya kena ambil peka dengan rekaan kasut yang dipakai supaya tidak mendatangkan mudarat kepada kaki sendiri.



This post have 9 komentar

avatar
Cik Ash delete March 6, 2018 at 12:44 PM

Lepas baca entri wani terus tengok kaki hahahahah.. Takut ada gak mujur la tapi alhamdulilah xde.. Zaman anak dara dulu suka pakai kasut tumit tinggi.. Loni dah tak.boleh dah nak pakai yang rendah jer

Reply
avatar
Kin Naz delete March 6, 2018 at 5:49 PM

Lepas baca terus check kaki. Alhamdulillah takde buat masa ni. Kinah ni bukannya suka pakai heel rasa macam tak stabil pulak.

Reply
avatar
Nor Ain Rusli delete March 7, 2018 at 4:36 AM

Seram plak baca. Nasib baik bukan peminat kasut tumit tinggi dan vages.
lebih suka pakai selipar jamban dan snaker. Boleh main lompat2 dengan tenang :)

Reply
avatar
Mazni Azmi delete March 7, 2018 at 8:41 AM

Bahaya betul ya kalau salah piluh kasut merana hidup

Reply
avatar
I am LZ delete March 8, 2018 at 10:20 AM

Betullah beauty is pain..
LZ suka pakai kasut tumit tinggi, ada juga sempit sebab muncung kasut runcing, alhamdulillah takde lagi masalah bunion.. Tapi risau jugak lepas baca article ni.. Kena jaga kaki elok2..

Thanks for sharing Cik Ash..

Reply
avatar
I am LZ delete March 8, 2018 at 10:41 AM

Oppss sorry Wani, tersilap taip nama Cik Ash sebab masa taip baca komen Cik Ash atas tu, huhuhu ampun...

Reply
avatar
Ana Suhana delete March 8, 2018 at 12:30 PM

Ana memang xreti pakai high heel. Sebabnya rasa xselesa. Pakai kasut flat pun boleh terseliuh masa berjalan. Buat malu je. Hehe

Reply
avatar
Ibu Syurga delete March 8, 2018 at 3:57 PM

Pakai kasut tumit tinggi akan ganggu postur badan kita, tak sangka ada kesan bunion ni pula

Reply
avatar
Safeni Feni delete March 9, 2018 at 6:49 PM

Masa muda remaja dulu suka sangat pakai kasut tumit tinggi. Bila dah bersalin ni mula sakit itu ini. Jadi sekarang lebih suka pakai kasut flat je.

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Follow Me On Instagram