Saturday, 9 November 2019

author photo
Nikmati Percutian Idaman Di Lexis Hibiscus Port Dickson | Salam semua, Malaysia terkenal dengan tempat - tempat percutian yang menarik. Yang mana satu tempat percutian idaman kalian semua. Siapa ada impian nak bercuti ke Lexis Hibiscus Port Dickson ? Ada tak ?. Kalau kalian semua pun ada impian nak bercuti ke sini, samalah macam sis pun masih dalam wishlist nak bercuti di Lexis, Port Dickson.
Nikmati Percutian Idaman Di Lexis Hibiscus Port Dickson



Resort ini semakin lama semakin dikenali ramai. Mana taknya, buka saja media sosial seperti facebook, memang dah ramai sangat yang menceritakan pengalaman mereka di sini.

Malah diri sendiri yang baca pun macam tak sabar nak pergi bercuti di Lexis  Hibiscus yang selalu disebut - sebut.

Apa yang istimewa sangat Lexis Hibiscus Port Dickson ?. Dari pelancong tempatan sampai ke pelancong dari luar negara pun tidak melepaskan peluang untuk bercuti di sini. Yang pasti, pemandangannya sangat cantik. Kalau lihat dari pandangan atas, resort ini rekaan bentuknya adalah seperti bunga raya yang melambangkan bunga kebangsaan Malaysia.

Nikmati Percutian Idaman Di Lexis Hibiscus Port Dickson

Lexis Hibiscus terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan. Resort ini yang dikelilingi dengan lautan biru yang luas terbentang menjadikan lokasi ini sangat luar biasa. Resort yang bertaraf lima bintang ini menjanjikan kepuasan kepada ke semua pengunjung yang menginap di resort ini. Keunikan resort ini termasuklah mempunyai pancuran air setinggi 400 kaki di mana ia adalah pancuran air yang tertinggi di Malaysia.

Dinobatkan Oleh Guiness World Records 

Untuk pengetahuan kalian semua, resort ini  telah dinobatkan oleh guiness world records bagi dua kategori. Macam tak percaya tapi inilah realiti. Untuk rekod pertama adalah bagi kategori resort kolam renang terbanyak iaitu sebanyak 643. Satu lagi kategori resort dengan villa di atas air terbanyak 522. Bila dengar kolam renang terbanyak tu, macam sis tak percaya tapi kena percaya juga.

Lexis Hibiscus telah menjadi resort yang pertama yang dilengkapi dengan kolam renang bagi setiap bilik dan juga bilik mandi wap. Ini untuk memudahkan sekiranya ada aktiviti - aktiviti bersama keluarga dan bersantai sambil menikmati pemandangan dari luar bilik tanpa gangguan. Ini lagi sis suka sebab ada privasi. Maklumlah kan, bawa anak - anak nak main kolam. Aurat pun terjaga.

Resort Yang Berkonsepkan Rumah Air 


Nikmati Percutian Idaman Di Lexis Hibiscus Port Dickson

Sekiranya kalian tercari - cari tempat percutian yang menarik yang menghadap laut  dan menginginkan "private pool" ditambah lagi dengan panorama yang menarik seperti di luar negara, Lexis Hibiscus Port Dickson adalah pilihan terbaik untuk bercuti bersama keluarga.

Tidak hairanlah,resort ini telah menerima anugerah berprestij dan meletakkan Malaysia setanding dengan pihak lain di dunia. Rujuk gambar di atas, pemandangan Lexis Hibiscus pada waktu malam yang sangat memukau pandangan mata dengan cahaya lampu yang berwarna- warni.

7 JENIS PILIHAN KAMAR POOL VILLA

Resort ini menawarkan 7 jenis pilihan pool villa kepada pengunjung.Pengunjung boleh memilih bersesuaian dengan bajet. Untuk lima jenis pool villa ini, ia telah dibina mengikut susunan bunga raya di atas air. Bagi pengunjung yang memilih pool villa ini, keunikan setiap bilik mempunyai panel lantai gelas di mana pengunjung dapat melihat air laut dari dalam bilik. Sudah pasti pengalaman ini memang mengujakan Di antaranya termasuklah :

1. Imperial suite
2. Presidential suite
3. Executive pool villa
4. Premium pool villa
5. Panorama pool villa
6. Sky pook villa 
7. Royal suite 

Untuk panorama pool villa, pengunjung boleh pilih samada nak pemandangan menghadap laut atau pemandangan menghadap pancutan air. Bilik yang menghadap pancutan air yang tertinggi di Malaysia. Wah ! mesti cantik pemandangannya. Kalau sis, mesti nak pilih menghadap pancutan air.  Pancutan air tertinggi di Malaysia siapa tak nak.

Nikmati Percutian Idaman Di Lexis Hibiscus Port Dickson

Manakala bagi bilik Sky pool villa dan juga Royal Suite terletak di bangunan utama.Buat pengunjung yang memilih Sky pool villa dan juga Royal Suite sangat beruntung, ini kerana pemandangan dari atas sangat menarik dan dapat melihat susunan resort yang terapung di atas air yang berbentuk  bunga raya itu.

Setiap bilik di Lexis Hibiscus dilengkapi dengan perabot moden dan juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Ini termasuklah dua katil yang bersaiz king, kolam renang dan juga bilik sauna. Keselesaan pengunjung diutamakan. Menarik kan. Ruang yang luas membolehkan pengunjung bebas untuk melakukan aktiviti kekeluargaan dengan penuh privasi.

Tak boleh nak bayang betapa bestnya tempat ini untuk percutian keluarga.

Aktiviti Yang Santai Di Lexis Hibiscus

Di Lexis Hibiscus, pengunjung boleh melakukan aktiviti santai bersama keluarga. Luangkan masa bersama dengan melakukan aktiviti - aktivit yang bermanfaat bagi mengeratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga. Pelbagai aktiviti santai bersama yang boleh dilakukan.

Di antaranya aktiviti "outdoor" seperti aktiviti berbasikal mengelilingi kawasan resort, memberi makan ikan, melihat kawasan sekitar resort dengan menaiki "ninebot segway". Untuk aktiviti bersama anak -anak mungkin teruja dengan meniup buih - buih gergasi. Sambil jalan - jalan melihat kawasan sekeliling. 

Sekiranya, pengunjung ingin melihat panorama laut yang luas, pengunjung juga boleh menaiki kapal persiaran yang disediakan. Pemandangan lautan biru di Selat Melaka mungkin memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Jom Bercuti Bersama Traveloka

Jangan lepaskan peluang ntuk menikmati percutian menarik dari resort yang mewah dan eksklusif  ini, anda boleh ke laman web traveloka dan book lexis hibiscus port dickson online. Malaysia pun setanding dengan negara lain ada resort macam ni. Semoga percutian idaman ini memberikan kepuasan kepada anda dan keluarga.

Baca sini : Pengalaman Ke Muzium Time Tunnel Di Cameron Highland

Baca sini : Nikmati Percutian Ke Seengapore Dengan Traveloka Promotion

Baca sini : Sarapan Pagi Nasi Lemak Sambal Strawberry Di Abang Strawberry Cafe Cameron Highland








This post have 3 komentar

avatar
Cik Ash delete 23 March 2018 at 20:45

Wahhhh cantiknya tempat dia.. Kena masuk whislist gak nak g tu xtaw bila

Reply
avatar
Mrs Fuzy Hamid delete 24 March 2018 at 01:02

memang cantik hotel ni..tapi masih tak dapat peluang lagi walau boleh dapat harga special pun masih mahal jugak...huhu

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang