Saturday, 2 November 2019

author photo
Doa Neelofa Viral - Ini Doa Murah Rezeki Yang Diamalkan Oleh Neelofa | Salam semua, baru - baru ini, sis ada tertonton perkongsian video Neelofa yang berkongsi doa murah rezeki yang selalu beliau amalkan. Neelofa berkongsi doa murah rezeki dalam satu rancangan Naura Shares. Doa murah rezeki yang dikongsi oleh  Neelofa telah menjadi tular di media sosial. Ya lah siapa tak kenal dengan Neelofa tu, seorang pengacara, pelakon dan juga usahawan wanita yang berjaya dalam empayar perniagaannya.

Doa Neelofa Viral - Ini Doa Murah Rezeki Yang Diamalkan Oleh Neelofa

Patut lah baru tahu rahsia doa yang selalu diamalkan oleh Neelofa. Neelofa tak kedekut nak berkongsi dengan orang lain supaya sama - sama dapat manfaat.

Tidak hairan lah rezeki Neelofa tak putus - putus. Dalam video tersebut, Neelofa ada cakap, sejak beliau amalkan doa tersebut, memang sentiasa ada rezeki yang tidak disangka - sangka.

Syahdu pulak sis bila Neelofa cakap boleh salin apa yang beliau akan kongsi. Bila Neelofa sebut satu persatu keluar dari mulut, doa macam panjang tapi beliau boleh ingat. Terkejut sis. Dan beliau bagi tahu tak semestinya nanti lepas solat kita nak berdoa. Bukan waktu solat pun tak apa, asalkan ada adab berdoa untuk memohon dan merayu kepada Allah.

Baca sini : 10 Waktu Mustajab Untuk Berdoa Kepada Allah

Satu lagi yang part untuk membantu berdakwah tu, Allah rasa macam malu pulak sis, kadang - kadang terfikir sejauh mana dah dakwah kita ni untuk sebarkan Islam, Kalau kita sendiri yang tak pandai nak berdakwah, boleh bantu para Daie kita untuk berdakwah.

Bila sis baca balik doa tersebut, memang tersentuh hati sis, lagi pulak kita nak tadah tangan dan berdoa dengan hati yang tunduk kepadaNya. Sis tak tahu pun doa Neelofa ni viral, tapi sis perasan ramai yang upload untuk part Neelofa kongsikan doa tu. Dan lagi satu ramai yang retweet dekat twitter.

Kalau nak murah rezeki yang tak putus - putus seperti Neelofa, jom sama - sama amalkan doa ini. Kena ucapkan terima kasih dekat Neelofa sebab sudi berkongsi doa murah rezeki dengan ke semua peminat. Yang mana baik kita kongsikan ya.

Baca sini : Cara Mudah Solat Taubat Dengan Betul
Doa Murah Rezeki Yang Diamalkan Oleh Neelofa 
Ya Allah, 
Yang Maha Pemurah,
Yang Maha Merancang,
Berikan aku rezeki seluas langitmu,
Rezeki yang berkat,
Rezeki yang tak pernah putus seperti air zamzam,
Rezeki yang bertebaran di seluruh pelusuk dunia seperti mana air zamzam mu yang bertebaran di seluruh dunia,
Rezeki yang tak pernah putus,
Rezeki yang membawa kebaikan,
Rezeki yang membawaku ke syurgamu,
Rezeki yang tak disangka - sangka,
Rezeki yang menjangkau akal fikiran,
Rezeki yang boleh membantu untuk aku berdakwah di negara islam dan membantu membawa pendakwah - pendakwah ke seluruh dunia untuk berdakwah,
Rezeki yang boleh membawa aku,ibubapa, keluarga, sahabat , guru - guru, dan kenalan aku ke syurgamu

Ya Allah 
Baca sini :  Baca Doa Ini Sebelum Memberi Salam Supaya Terlepas Dari Seksa Kubur

  

This post have 5 komentar

avatar
ummi journey delete 3 November 2019 at 19:15

Tq share wanie ;).. sememangnya doa itu senjata orang islam.

Reply
avatar
Umi Nazrah delete 4 November 2019 at 13:04

alhamdulillah terima kasih share. boleh la print dan amalkan baca :D

Reply
avatar
Suhana Abidin delete 8 November 2019 at 12:34

Alhamdulillah , lepas viral doa nie saya selalu baca dan hafal doa nie tiap hari .

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang