-->

Thursday, 8 March 2018

author photo
Resepi Pengat Ubi Keladi Paling Simple Dan Sedap Sangat | Pengat ubi keladi salah satu menu pencuci mulut yang mudah sangat nak buat. Pengat ubi keladi memang menjadi kegemaran sis. Sis memang suka sangat makan pengat ubi keladi. Pantang tak boleh tengok ubi keladi, terus teringat pengat yang penyediaannya yang sangat simple nak buat. Selain daripada buat sira ubi keladi, ini menu yang paling senang nak buat. 

Kuah yang nampak pekat sikit bersalut pulak dengan ubi keladi. Menu simple tapi kalau bulan puasa ni, memang pemanis mulut macam ni yang dicari - cari. Resepi guna keladi ikutkan banyak, tapi sis pilih yang mudah dan senang nak buat. 

Resepi Pengat Ubi Keladi Paling Simple Dan Sedap Sangat

Bulan puasa dah tak lama dah, InsyaAllah mungkin 17 bulan 5 nanti, kita akan menyambut bulan puasa. Bila sebut bulan puasa, mesti nak kaitkan dengan menu nak makan apa. Memang hari - hari soalan yang sama huhu. kan. Letih fikir bab nak makan  nak berbuka puasa. Bukan saja bab lauk - pauk, menu kuih - muih pun kena ambil kira juga. Kalau boleh nak cara masak yang mudah jerr kan. Ambil masa lama kat dapur ni pun tak nak juga.  Kalau korang nak cari menu apa - apa, meh jenguk - jenguk kat blog ini ya. 

Lama sangat gambar dah dalam draft. Pengat, ada yang suka makan pengat, Pengat macam- macam ada pengat pisang, pengat nangka,  pengat durian, tapi kalau guna ubi keladi boleh panggil pengat tak. hihi. Pengat yang biasa boleh masuk tekak ni hanya pengat durian dan pengat ubi keladi jerr.. hii. Pengat lain kurang sikit.

Resepi ini banyak gambar, baru macam nampak lengkap, kalau buang salah satu macam tergantung pulak. Ok jom kkita tengok gambar- gambar di bawah beserta resepi pengat ubi keladi 

Resepi Pengat Ubi Keladi Paling Simple Dan Sedap Sangat

Pertama sekali kena ada ubi keladi. Ubi keladi kampung bukan ubi keladi siam yang mahal tu. Boleh dapatkan di pasar

Resepi Pengat Ubi Keladi Paling Simple Dan Sedap Sangat

Ubi keladi jangan basuh dulu, kupas kulit dan kemudian potong rujuk gambar diatas, kalau boleh hiris jangan tebal sangat, sebab nanti nak rebus nak bagi masak sekata. Yang dalam gambar ni tebal tau, Silap potong, kena potong nipis sikit lagi hihi..

Ubi keladi yang telah dipotong sederhana dibiarkan macam tu ya, jangan basuh nanti akan keluar lendir. Tips yang perlu diikut. Ingat tu jangan basuh lagi. 
Resepi Pengat Ubi Keladi Paling Simple Dan Sedap Sangat

Sediakan air untuk direbus sampai mendidih terlebih dahulu

Resepi Pengat Ubi Keladi Paling Simple Dan Sedap Sangat

Dah nampak air panas mendidih, bersedia nak basuhkan ubi keladi, tips macam ni penting ya sebab kalau basuh awal nanti keluar lendir tu yang kena basuh last minit terus masukkan ke dalam periuk mendidih.

Resepi Pengat Ubi Keladi Paling Simple Dan Sedap Sangat

Lepas basuh, terus masukkan ke dalam air mendidih. Rebus sampai lembut dan empuk, Cucuk dengan garpu.

Resepi Pengat Ubi Keladi Paling Simple Dan Sedap Sangat

Bila dah empuk, boleh sejatkan ke dalam penapis. 

Resepi Pengat Ubi Keladi Paling Simple Dan Sedap Sangat

Untuk kuah, santan guna dalam 4 cawan santan, 

Resepi Pengat Ubi Keladi Paling Simple Dan Sedap Sangat

Masukkan 2 sudu besar tepung beras dan kacau rata sampai sebati sebelum kita letak atas dapur. Masukkan juga garam secukup rasa dan juga gula melaka, Boleh agak gula melaka

Kemudian letak atas dapur dan kacau sehingga santan mendidih dan kuah pun dah nampak pekat.

Resepi Pengat Ubi Keladi Paling Simple Dan Sedap Sangat

Gambar dah terus masukkan ubi keladi dah =D. Tapi ini bila santan dah masak ya. Dah mendidih lama sikit, baru boleh masukkan ubi keladi.

Resepi Pengat Ubi Keladi Paling Simple Dan Sedap Sangat

Kacau -kacau sekejap biar mesra dengan kuah. Boleh tutup api dan sedia untuk dihidangkan. 

Resepi Pengat Ubi Keladi Paling Simple Dan Sedap Sangat 

BAHAN-BAHAN


2 tongkol ubi keladi
1/2 gula melaka ( kalau rasa tak manis boleh tambah )
4 cawan santan
2 sudu besar tepung beras
Garam secukup rasa

CARA-CARA

1. Ubi keladi jangan basuh dulu, kupas kulit dan kemudian potong rujuk gambar diatas, kalau boleh hiris jangan tebal sangat, sebab nanti nak rebus nak bagi masak sekata. Yang dalam gambar ni tebal tau, Silap potong, kena potong nipis sikit lagi.

Ubi keladi yang telah dipotong sederhana dibiarkan macam tu ya, jangan basuh nanti akan keluar lendir. Tips yang perlu diikut. Ingat tu jangan basuh lagi.

2. Sediakan air untuk direbus sampai mendidih terlebih dahulu.

3. Dah nampak air panas mendidih, bersedia nak basuhkan ubi keladi, tips macam ni penting ya sebab kalau basuh awal nanti keluar lendir tu yang kena basuh last minit terus masukkan ke dalam periuk mendidih.

4. Lepas basuh, terus masukkan ke dalam air mendidih. Rebus sampai lembut dan empuk, Cucuk dengan garpu.

5. Bila dah empuk, boleh sejatkan ke dalam penapis.

6. Untuk kuah, santan guna dalam 4 cawan santan,

7. Masukkan 2 sudu besar tepung beras dan kacau rata sampai sebati sebelum kita letak atas dapur. Masukkan juga garam secukup rasa dan juga gula melaka, Boleh agak gula melaka
Kemudian letak atas dapur dan kacau sehingga santan mendidih dan kuah pun dah nampak pekat.

8. Dah mendidih lama sikit, baru boleh masukkan ubi keladi. Kacau -kacau sekejap biar mesra dengan kuah. Boleh tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba resepi mudah pengat ubi keladi.








This post have 2 komentar

avatar
✿Cik Cappuccino Latte ✿ delete 8 March 2018 at 18:41

Menarik ni , ccl belum pernah makan pengat ubi keledek .

Reply
avatar
Mar Mansor delete 11 March 2018 at 14:28

mak selalu buat dulu.bubuh tepung gentel.
Janji Kita

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang