Tuesday, 22 May 2018

author photo
ASSALAMUALAIKUM...

Di Blog Wani Sukarno, bukan nak bercerita hal personal sahaja, kita kongsi juga cerita lain. Sejak kerajaan baru terbentuk, macam dah dunia baru, asyik nak tahu berita terkini tentang kerajaan baru kita. Semalam secara rasminya 13 menteri telah mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan YDPA.

Semoga kerajaan baharu yang terbentuk ini dapat memberi perubahan terhadap negara.

KUALA LUMPUR : Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mendahului barisan 13 menteri mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di ibu negara.Kesemua jemaah menteri baru yang mengangkat sumpah di Istana Negara itu dilantik pada Jumaat.Turut hadir menyaksikan istiadat ialah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.Upacara yang berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara itu bermula jam 5.45 petang sejurus keberangkatan masuk Seri Paduka Baginda berdua.


Upacara bermula dengan penerimaan surat cara pelantikan oleh Dr Wan Azizah selaku Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga.Acara penyerahan surat cara pelantikan serta melafaz sumpah jawatan dan taat setia bagi menteri dijalankan secara berkumpulan seramai tiga orang

Sumber dari ASTRO AWANI




This post have 6 komentar

avatar
MisDiarios delete 22 May 2018 at 14:27

barisan majlis penasihat org hebat2 belaka

Reply
avatar
Cik Puan Ena delete 22 May 2018 at 15:30

Sejak perubahan kerajaan baru ni, semua perkara nak kena amek tahu. Selalu tengok berita sampai anak tak dapat tengok kartun.haha

Reply
avatar
Nadhie Wueen delete 23 May 2018 at 08:10

moga-moga semua okay dan harap kerajaan baru dapat membuktikan mereka jauh lebih baik dari kerjaan lama.

Reply
avatar
Ibu Syurga delete 23 May 2018 at 08:14

Assalamualaikum & selamat pagi dari Maznee. Singgah blog walking blog wani. Selamat berpuasa

Reply
avatar
Faiz Zakaria delete 23 May 2018 at 13:32

smoga malaysia terus maju..

Reply
avatar
Zurainny Ismail delete 23 May 2018 at 19:57

Mula2 tu mmg x dpt stop tengok news terkini. Lps Tun dah angkat sumpah, rasa lega sikit. Skrg, dah normal semula. Akak yakin barisan pemimpin kita ni akan galas tanggungjwb dgn sebaik mgkn.

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang