Thursday, 24 May 2018

author photo
ASSALAMUALAIKUM..

sotong rebus serai yang mudah

Salam 8  ramadan semua, pejam celik dah 8 ramadan dah. Nak rancang menu untuk menu bulan puasa ni bukan senang, kadang- kadang dilemma sampai naik stress pun boleh kan. Rasa macam banyak masuk dapur pulak bulan puasa ni. Korang terasa sama tak.hii

Lama sungguh tak masak sotong rebus serai yang sangat mudah ini. Mudah sangat nak masak sebab bahan pun tak banyak. Lepas tu pulak, kaedah nya hanya rebus sahaja, kiranya orang kata campak- campak pun dah siap masak. hii. Untuk sotong tu tak kisah kalau beli yang besar, potong macam dalam gambar tu.

Resepi kat  bawah siap video sekali. Sangatlah mudah untuk kalau orang yang malas jangan ada alasan tak nak masak ok !. Buat sebelum puasa lagi. Wani makan dengan sotong rebus ni jer, hii letak kuah banyak - banyak nak hirup. So, no istilah minyak - minyak ya. Puasa - puasa ni kan nak masak menu yang mudah. Cubalah ya tak cuba tak tahu.

                         

SOTONG REBUS SERAI ( MASAKAN KELANTAN ) 

BAHAN - BAHAN 

Sotong secukupnya dipotong sederhana kalau besar
2 batang serai diketuk
garam secukup rasa
gula melaka secukupnya
air secukupnya

CARA- CARA 

1. Masukkan sotong ke dalam periuk

2. Letak serai yang telah diketuk, Kemudian masukkan garam, gula melaka dan air secukupnya

3. Letak atas dapur, tutup periuk dan rebus sehingga mendidih. Jangan rebus lama sangat

4. Boleh terus hidangkan.

Nota: Klik video untuk melihat cara penuh.


This post have 4 komentar

avatar
Abam Kie delete 25 May 2018 at 07:41

sejak kecil selalu makan sotong rebus mcm ni. easy to prepare.

Reply
avatar
Mama Hakim delete 25 May 2018 at 17:51

Salam Jumaat & selamat berpuasa Mama ucapkan pada sis wani. Tak pernah cuba lagi. Kalau ramai suka mesti sedap.

Reply
avatar
Mar Mansor delete 26 May 2018 at 15:07

letak gula melaka? manis la ye.

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang