-->

Monday, 25 June 2018

author photo
ASSALAMUALAIKUM..


Salam semua dah berapa syawal dah hari ini, ingat - ingat lupa dah kan.. :D

Banyaknya gambar dalam galeri phone, tengah tunggu turn nak up kat blog. Menu masakan banyak snap dalam kuali terus hii. Semasa bulan puasa lepas, pening juga lah nak fikir masak apa, asyik menu ayam, kadang - kadang naik bosan, hii tapi telanlah juga dah terpaksa masak kan. Cari -cari resepi berkenan dengan resepi ini sebab sangat simple, lagipun masa tu ada stok bunga kantan apa lagi, terus on nak masak, takut lama- lama simpan bunga kantan tu nanti kecut.

Resepi ini dah improvised sikit. Wani tak ikut semua sebab dia tak letak kicap, nak tengok resepi asal boleh tengok blog sana. Abah cakap sedap pulak. Dia suka kalau menu ayam ringkas macam ni, lebih lagi goreng garing. Nanti korang adjust lah ya, tak lah sampai 1 ekor guna ayam. :). Semua nya dah agak ikut kuantiti orang nak makan.

                       

Ayam goreng bunga kantan yang mudah dan sedap 
Sumber : Blog Zulfadreamland

Bahan-bahan:
 1 ekor ayam kampung dipotong 10 ketul, buang kulit ayam dan gaul garam kunyit ( guna dalam 1/2 kg )
 3 kuntum bunga kantan dihiris nipis ( 1 kuntum saja ) 
 4 ulas bawang merah dimayang
 3 batang serai dihiris nipis
 12 tangkai cili kering dihiris, biji dibuang ( guna dalam 5 tangkai ) 
 1 1/2 sudu besar sos tiram
 Minyak

Cara:
1. Panaskan minyak secukupnya
2. Masukkan semua ayam dan goreng sehingga hampir kekuningan. Angkat dan toskan.
3. Kurangkan sedikit minyak. Masukkan serai, bawang merah  dan cili kering dan goreng sehingga  sedikit garing.
 4. Kemudian baru masukkan bunga kantan. Masukkan sos tiram dan kicap manis.
5. Akhir sekali masukkan ayam. Kacau semua sehingga sebati
6. Dah siap boleh hidangkan

Nota : tambah kicap manis dan juga tumis sekali bawang merah dihiris

This post have 13 komentar

avatar
kisah si dairy delete 25 June 2018 at 11:22

tak penah lagi resepi ayam dengan bunga kantan ni..Nanti nak try..mesti sedap kan

Reply
avatar
Sha Mohamed delete 25 June 2018 at 12:44

Macam sedap je menu.. Boleh try ini..

Reply
avatar
nia delete 25 June 2018 at 15:49

Nanti boleh la try resepi ni

Reply
avatar
Mama Hakim delete 25 June 2018 at 17:47

Bunga kantan buat ayam goreng? Mesti wangi bau dia. Wani ada fb kan? Hari tu ada tanya dalam mesej blogger.

Mama tak main fb pun, sebab wani tanya baru create akaun fb. Nama akaun

Sakinah Amin. Boleh tahu Id FB Wani? Nanti Mama add. Tq ya

Reply
avatar
Cik Ash delete 25 June 2018 at 19:38

wahh resepi baru boleh try ni

Reply
avatar
Sayidah Napisah delete 25 June 2018 at 21:35

wahh. mesti harum je kan baunya :D

Reply
avatar
Ibu Syurga delete 25 June 2018 at 22:52

Selamat malam sis wani, mesti bau ala ala tomyam

Reply
avatar
HeNRieTTa JoSe delete 26 June 2018 at 08:45

pernah cuba lg....dah lama juga gunakan bunga kantan dalam masakan

Reply
avatar
ejulz delete 26 June 2018 at 11:34

waaaaa.. sedap :)

follower ke 661 sini.. harap sudi follow blog ejulz jugak :)

Reply
avatar
Dunia Zumal delete 26 June 2018 at 12:54

Nak try buat la, terliur tengok...

Reply
avatar
Encik Mus delete 29 June 2018 at 07:56

agak rare resipi ni bagi saya.. tapi mcm sedap nak cuba juga nanti

Reply
avatar
Siti Yang Menaip delete 1 July 2018 at 11:46

menarik dan mudah. thank you share =D

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang