Thursday, 12 July 2018

author photo
ASSALAMUALAIKUM...

10 TIPS UNTUK PILIH DURIAN YANG BETUL BERKUALITI DAN SEDAP
 Kredit gambar dari google 

10 TIPS UNTUK PILIH DURIAN YANG BETUL BERKUALITI DAN SEDAP || Salam Jumaat semua dan salam syawal terakhir untuk tahun 1439H.

Musim durian dah sekarang ni. Timeline facebook asyik lalu buah durian jerr sampai kempunan dibuatnya asyik lalu lalang kat wall jerr :D. Diri sendiri pun tak tahu sangat tips nak pilih durian ni macam mana. Sebab tahu makan jerr :D. Hari tu ternampak la ada orang sharing macam mana nak pilih durian yang betul - betul berkualiti. Ramai betul orang share, maklumlah kan musim durian ni, siapa yang nak kena tipu kan. Beli mahal - mahal tapi bagi harapan palsu apabila tengok isi dalam. 

Terima kasih buat yang sudi share, Dah kreditkan siapa kat bawah sekali ya. Nanti nak guna tips yang beliau bagi. Bila Wani tanya bonda, dia cakap, durian kan banyak jenis, boleh terima bulat - bulat ke tips tu. Macam mana tu eh. Macam nak mengiyakan juga pun ada. hii  Nanti pakar- pakar durian muncul ya. :D.. kot ada tips lain. 

1. Bentuk bulat.
Durian berbentuk bulat mempunyai isi yang banyak berbanding bentuk lonjong.

2. Berat durian.
Makin ringan, makin banyak isi durian. Kalau ada dua durian yang sama saiz, ambil yang paling ringan.

3. Tangkai.
Tangkai pendek dan tebal menandakan isi yang tebal dan banyak. Perhatikan juga tangkai kering atau terpotong. Tak ada tangkai, tak payah beli. Saya selalu tekan dengan kuku untuk cek tangkai lama ke baru.

4. Bunyi.
Ketuk durian dan pilih yang berbunyi padat semasa diketuk.

5. Duri.
Pilih durian yang berduri pendek dan jarang untuk isi yang padat.

6. Bau.
Hidu durian dan cari yang berbau manis.



7. Juring.
Durian berjuring lima paling ideal untuk dapatkan isi yang banyak dan besar. Makin banyak juring, makin kecil isi.

8. Kulit.
Pilih durian yang belum dikopek atau tidak merekah kulitnya. Perhatikan keadaan kulit. Kalau ada tompok hitam itu tanda isi dalamnya buruk.

9. Warna.
Dah siap pilih tu, korang minta penjual tu belah untuk rasa dan tengok isi. Kalau tak ok, minta tukar. Kulit berwarna kuning tak bermakna isinya kuning juga. Jangan tertipu.

10. Musim.
Beli durian ketika musim panas/kering. Jangan semasa hujan/lembap. Takut terbeli durian yang 'dipulas ribut'.

 Kredit dari Azlan Noor

This post have 3 komentar

avatar
Mama Hakim delete 13 July 2018 at 15:50

Salam Jumaat, Mama singgah blog walking. Terbaik wani. Mama suka. Ilmu alam ni

Reply
avatar
Abam Kie delete 14 July 2018 at 10:33

thanks for the tips...tp abam kie x makan durian. tolong beli utk isteri n anak2 je..

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang