-->

Monday, 2 July 2018

author photo
ASSALAMUALAIKUM...


Untuk Hari Raya yang lepas, Wani dapat sponsor untuk sepasang baju melayu dari JAKEL. Terima kasih JAKEL. Buka bungkusan terus terpandang warna hijau. Hijau "emerald green" :D. Bukan hanya dapat sepasang baju melayu, siap ada sampin tenun ya. Dan baju melayu pun siap ada butang baju melayu. Baju Melayu yang dapat ini, adalah baju melayu Aaron Aziz. Seperti tahun lepas, Jakel akan mengadakan jualan besar - besaran untuk baju raya samaada untuk lelaki ataupun wanita.

Sebenarnya dapat baju melayu  salah saiz,sebab terbagi tahu saiz M. Nak tukar tu dah last minit dah.  Ingat nak bagi kat abah pakai, tapi abah pakai saiz XL, bagi tahu bonda, tak apalah bagi kat Pak Long. Mula - mula kerisauan juga sebab takut Pak Long tak muat saiz.hii..

Hari Jumaat lepas, selepas balik dari melawat kubur, singgah rumah Pak Long sekejap. Selepas makan- makan, baru teringat baju dalam plastik, nasib baik teringat, bagi tahu Pak Long nak hadiahkan baju, Pak Long cuba pakai, syukur, elok dengan badan dia, risau sungguh takut ketat ke apa ke. hii

Mak Long terus cakap, kain macam tak panas kalau buat jubah pun sesuai, terus cakap macam tu.  Kalau pandangan mata pertama orang lain dah cakap kain pun bermutu, memang kain JAKEL, kain yang berkualiti, supaya si pemakai pun berpuas hati dengan baju yang dijahit.

Tak sempat nak ambil gambar, sebab terkejar nak pergi rumah mak saudara pulak. Suka bila nampak senyuman di wajah Pak Long. Walaupun hari raya pertama dah lepas, tapi masih lagi di bulan Syawal. Terima kasih JAKEL menceriakan suasana hari raya untuk insan lain juga.


This post have 6 komentar

avatar
Gja delete 2 July 2018 at 15:05

salam singgah sini.

Reply
avatar
Mama Hakim delete 3 July 2018 at 07:44

Selamat pagi sis wani. Pakai baju melayu lengkap sepersalinan

Reply
avatar
mek yunie delete 3 July 2018 at 16:37

waaa. alhamdulillah. JAKEL mampu mengukir senyuman yg bermakna pada orang yang tersayang.

Reply
avatar
Siti Nurhayati Dollah delete 4 July 2018 at 08:13

suami suka baju melayu jakel, potongan Aaron Aziz. Selesa katanya. Berbaloi beli

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang