Saturday, 30 June 2018

author photo
ASSALAMUALAIKUM..

kredit gambar dari page facebook Sinar Harian

Salam semua, salam 16 Syawal

Semalam buka facebook, penuh kat timeline pasal ikan sardin dalam tin yang ada cacing ni. Sebelum ni dah ada satu kes kan, tapi jenama tu memang tak pernah makan. Tapi sejak tahu pasal kes lepas dah stop dah beli sardin dalam tin, yang kat rumah ni pun ada 2 tin cap SAGA tak silap, sampai sekarang tak terusik, beli dah la sebelum bulan puasa. huu.. Bila dah dengar kes lepas tu, terasa kembang tekak nak sentuh sardin dalam tin. Agaknya kena buang dah yang dah sedia ada kat pantry tu. Aihh lagi kembang tekak apabila KKM sahkan ada lagi 6 produk ikan sardin dalam tin yang ada cacing mati.

Dan salah satu jenama tin tersebut, ada yang wani pernah makan .. adoi..

Perasan kan, sejak kebelakangan ini, jenama ikan sardin dalam tin banyak sangat import dari CHINA. Jenama tempatan sendiri pun dah lah mahal. Jenama Adabi dan Ayam Brand. Kalau tengok berleluasa macam ni, agaknya sampai jenama tempatan sendiri daku boikot takut ada cacing. hii.. Bila dengar kes macam ini, mulalah  terbayang tempat macam mana lah proses ikan dia tu. macam - macam dalam kepala.  Lagi kembang tekak pulak :D..

Ikan sardin dalam tin memang menjadi pilihan sebab banyak sangat boleh buat dengan ikan sardin tu, Buat sandwich, karipap dan macam - macam lagi kan.

Makanan dalam tin ni makin lama makin berlambak di pasaran, jadi, atas pilihan kita sendiri ya nak bagi badan binasa ke tidak, terutamanya ada kerang dalam tin la, ayam kari yang ditinkan la.. Tak payah lah korang amalkan. Paling tidak sebelum ni pun Wani ambil ikan sardin dalam tin sahaja,  yang ayam kari dalam tin tu dan seangkatan dengannya tu tak pernah nak ambil.

Lagi baik, masak sendiri lah, rajin - rajin lah masuk dapur nak belajar masak, ilmu jugak tu, jangan sikit- sikit nak makanan dalam tin. Kadang- kadang ada seketika soal kebersihan sesuatu makanan kita dah lupa, sebab fikir jalan senang nak cepat. Peringatan untuk diri sendiri jugak hii..

This post have 5 komentar

avatar
Mama Hakim delete 30 June 2018 at 11:02

Salam sabtu dari Mama, Mujur mama dah lama tak makan sardin

Reply
avatar
Ibu Syurga delete 30 June 2018 at 11:50

Salam tengahari, dan selamat bercuti hujung minggu. Takutnya ada cacing, geli

Reply
avatar
Warisan Petani delete 30 June 2018 at 15:29

Suka makan roti canai sardin
Sekarang dah tak berani order lagi.

Reply
avatar
Ibu Syurga delete 1 July 2018 at 09:04

Selamat bercuti di hujung minggu, Ibu singgah blogwalking pagi ahad di blog sis wani. Memang ikan sardin tin tak elok makan hari hari

Reply
avatar
Sha Mohamed delete 2 July 2018 at 11:41

Mujurlah memang tak beli sardin jenama ini..

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang