-->

Thursday, 19 July 2018

author photo
ASSALAMUALAIKUM..

resepi tumis goreng batang saderi yang mudah dan sedap

Salam semua

RESEPI TUMIS GORENG BATANG SADERI YANG MUDAH DAN SEDAP || Nak tanya lah kot ada tak peminat batang saderi kat sini. Ada setengah yang tak gemar kan ? Dulu tak suka juga batang saderi, sekarang dah terlampau suka dah hii, siap blend buat air lagi tapi campur dengan karot. Kalau ikut kira banyak sangat nak share resepi dengan kalian semua. Tapi buat masa sekarang, nak kongsi resepi paling ringkas dan mudah. Resepi ini lebih kurang ala chinese style sebab letak minyak bijan.

Batang saderi sebenarnya banyak kebaikan jika kita amalkan. Nama lagi kategori sayur kan. Kalau tengok resepi orang putih, mereka makan macam buat salad jerr ni. Memang lagi bagus lah kan Sejak mula berminat makan batang saderi ini, kalau terbeli tu, memang kena usahakan juga la nak makan. Yang paling simple, tumis goreng macam ini jer,,buat makan saja lepas makan nasi. Nampak simple, tapi menyelerakan la, tapi tak tahu lah takut korang nampak macam tak lalu.hii

Tekstur batang saderi ini rangup, kalau tak goreng lama memang  krup krap. Nak goreng lama sangat nanti hilang nutrisinya pulak kan, Wani lebih suka rangup.

Sesiapa yang nak cuba resepi ini, cubalah ya, penyediaan bahan tak banyak tapi sedap.



RESEPI TUMIS GORENG BATANG SADERI YANG MUDAH

BAHAN-BAHAN
5 - 6 batang saderi dipotong bulat
4 - 5 ulas bawang putih dicincang halus
Segenggam kacang dipanggang terlebih dahulu
Serbuk pati ayam secukup rasa
1 1/2  sudu teh tepung jagung dengan 1/2 cawan air
Serbuk lada putih secukupnya
minyak bijan secukupnya

CARA - CARA
1. Batang saderi dipotong bulat, ketepikan sekejap
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, dan tumiskan bawang putih sehingga wangi
3. Kemudian, masukkan batang saderi, kacau goreng sekejap dan terus masukkan air tepung jagung
4. Bila kacau rasa nak berkuah lebih sikit, boleh tambah air ya. Sambil kacau rata, masukkan serbuk pati ayam, serbuk lada putih.
5. Jangan kacau lama sangat sebab nak bagi rangup, nampak kuah dah pekat sebati, boleh tutup api
6. Tuang minyak bijan sikit dan tabur kacang panggang, Gaul rata sekejap.
7. Boleh dihidangkan


1 komentar:

avatar
Farhana Jafri delete 19 July 2018 at 14:20

tak berapa suka batang saderi ni tapi kalau blend masuk dalam sup suka la :P

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang