Saturday, 28 July 2018

author photo
ASSALAMUALAIKUM

tips untuk buah cempedak dan nangka kekal segar dan  tahan lama


TIPS UNTUK BUAH CEMPEDAK DAN NANGKA KEKAL SEGAR DAN TAHAN LAMA || Di search keywords ini boleh jadi tempat idea kita nak taip entri, sebab persoalan banyak datang situ, Wani faham buat pembaca yang bertanya soalan di search keywords, boleh ke bertanya soalan, hii,kadang- kadang mereka nak tahu info benda yang sangat simple jer, tapi boleh kita asyik terfikir - fikir, sebab nak jawab persoalan yang ditanya. Nanti lah YB Wani tolong jawab :D. Banyak sangat macam dah boleh buat manifesto pulak :D..

Sekali - sekala, tengok juga apa yang pembaca cari kat blog ini, Kalau nak kira memang banyak, biasanya search keywords yang dicari di blog ini berkisarkan persoalan tentang hal masak - masak, petua dapur, dalam lingkungan isu itu sahaja :). Nasib tak ada berkaitan luahan perasaan :D.

Tertarik pula dengan keywords yang dicari bagaimana nak simpan buah cempedak tahan lama. Tahu lah musim cempedak sekarang kan. Ok lah ya nak jawab ikut pengalaman, buah cempedak dan buah nangka kira satu spesis yang sama. 


Walaupun bukan penggemar nangka, tapi di rumah ni ada satu - satunya pokok nangka, yang satu - satu inilah  bonda Wani sayang sangat. Buah nangka kalau sebiji memang tak habis, jadi memang sedekah dekat jiran - jiran. Tinggal untuk di makan pun tak banyak, Buah nangka kalau simpan dalam peti pun tak tahan lama juga. Nak simpan dalam peti beku, jangan ya, nanti keluar nangka macam kita simpan pisang dalam peti beku, tekstur dalam nangka dah jadi macam lembik dan keluar air, Rasa segar pun dah hilang.

Gambar bawah, masih simpan lagi gambar ini, kalau orang suka makan nangka memang teruja lah tengok gambar ini.


TIPS UNTUK SIMPAN BUAH NANGKA DAN CEMPEDAK

1. Ini tips mudah, walaupun nampak mudah, simpan lama sangat pun tak boleh juga, kalau ada pokok sendiri ke ataupun ada beli di kedai ke, tolong jangan basuh buah nangka, basuh ketika ambil nak makan sahaja. Kadang - kadang kita nampak kotoran tapi gatal tangan nak basuh kan. Jangan basuh ya.

2. Masukkan dan simpan terus ke dalam bekas letak dalam peti. Nak makan beberapa ketul baru basuh, yang selebihnya simpan. Kalau basuh buah nangka dan kemudian kita sejatkan tak nak ada air pun, tak jadi juga walaupun simpan dalam peti, buah nangka akan cepat masam dan berair.

3. Sama juga dengan buah cempedak, itu lah tips nya ikut pengalaman yang ada.Tahan dalam seminggu lebih sikit.


Siapa peminat nangka kat sini. :).. Kalau ada tips lain boleh lah kongsi :)

BACA ARTIKEL LAIN DI >>> TIPS UNTUK MENGHILANGKAN GETAH NANGKA

This post have 3 komentar

avatar
Sheila Adziz delete 28 July 2018 at 17:39

akak pun br nak cari tips, ada cempedah kat umh ni

Reply
avatar
Unknown delete 28 July 2018 at 18:22

tip terbaik, tak tahan makan nangka, perut kembong

Reply
avatar
Warisan Petani delete 5 March 2019 at 20:06

Semasa menyiang isi nangka, jangan pegang dengan tangan sebaliknya gunakan sarung tangan plastik. Tapak tangan kita mengandungi asid yang menyebabkan isi nangka cepat rosak sekiranya disimpan di dalam freeze sekalipun.

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang