-->

Saturday, 18 August 2018

author photo
ASSALAMUALAIKUM.. 

cara masak pulut noxxa 8 minit

CARA MASAK PULUT NOXXA 8 MINIT || Masak pulut ada orang kata senang dan orang kata susah, kalau yang tak biasa masak asyik terlembik. Tu baru atas dapur, bab nak masak pulut noxxa rata - rata ramai yang failed. Permulaan nak masak dalam periuk noxxa ini pun dah banyak kali failed dah kita hadap :D, tapi tak apa, belajar daripada pengalaman orang cakap kan.

Masak pulut dalam noxxa, bila time nak buat tapai pulut baru lah berani nak masak sebab boleh masak dalam kuantiti banyak, pernah masak dalam kuantiti sikit macam failed, memang terbalik sungguh hii.. Time masak guna sekilo lebih ok pulak. :D.



Untuk buat tapai pulut, biasa guna beras usang, kadang - kadang guna beras pulut susu. Beras pulut usang, ia lebih ke warna kekuningan sikit, harga lebih murah sikit dari beras pulut susu. Kalau yang biasa masak pulut kuning tempat kenduri, mereka guna beras pulut usang lah, sebab beras dia kembang cantik, payah sikit nak pecah nak banding dengan beras pulut susu. Kemain tahu fakta :D. ni bonda lah yang bercerita ya.

Ok lah yang ini, Wani guna beras pulut susu, lebih suka beras pulut susu sebab putih cantik hii.. untuk tapai pulut ini guna dalam 1.5 KG. Selepas basuh, pastikan sejatkan dalam penapis buang air lebihan keluar.


Yang ni dah siap masak, sebenarnya ramai yang failed time nak masuk air, mesti tanya air takat mana ya, Wani tak ada apa - apa petua dan tak sukat pun air berapa cawan, hanya letak air lebih sikit paras beras. Semasa tengah masak pulut, tunggu sampai masak ya, tak payah nak tinggal pergi buat kerja lain kat luar, duduk jerr kat ruang dapur tu sambil basuh pinggan sekejap jerr 8 minit tu, bukan lama sangat pun. Bukan apa takut tak ingat.

Nanti korang boleh tonton video di bawah, Alhamdulillah setakat ini,view video ini yang paling tinggi dah 1.7K views dah dalam temph 1 bulan lebih. Harap dapat membantu lah ya.

                       
CARA MASAK PULUT NOXXA 8 MINIT 

Bahan - Bahan 
1.5 Kg beras pulut

Cara - Cara 
1. Basuh beras pulut kemudian sejatkan dalam penapis
2. Masukkan ke dalam periuk noxxa dan masukkan air atas paras beras sikit.
3. Tutup dan putar tombol ke pressure, kemudian tekan HP 8 minit dan tekan button On
4. Lepas bunyi beep, putar tombol ke steam dan biarkan wap keluar
5. Buka tudung, beras pulut elok masak cantik. Kalau nak tengok kejadian pulutnya yang cantik jemput tonton video ya.

Jemput - jemput untuk subscribe di my youtube channel ya. :) .. terima kasih



This post have 2 komentar

avatar
I am LZ delete 18 August 2018 at 16:52

Seronok pandai masak macam Wani..
LZ suka pulut tapi masih bertatih untuk belajar masak pulut. Multi purpose periuk Noxxa ni, bagus.

Reply
avatar
ejulz delete 20 August 2018 at 11:37

wahhhh. terbaek periuk Noxxa ni :)

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang