-->

Tuesday, 28 August 2018

author photo
Resepi Kerabu Pucuk Paku Mudah Dan Sedap Kelantan Style Banyak entri resepi minggu ini maklumlah kan update apa yang ada. Ini pun bukan senang dari phone nak pindah ke lappy, buat video lagi lepas tu nak pindah ke lappy. Upload pula di youtube, sekarang ini macam dah aktif sangat kat youtube walaupun akaun dah ada sejak 3 tahun lepas. Kalau readers hanya tahu nak baca, kita yang blogger ini, sampai dalam lappy pun nasib ingat folder simpan kat mana. Itu yang besau kecik jerr mata bila setiap kali belek folder dekat lappy. Maklumlah gambar banyak kan.

resepi kerabu pucuk paku

Kat dapur syukurlah ada assistant kalau tak memang tak berjalan nak siap shoot video. Assistant tu bonda kita juga. Thank you bonda, because we need each other, mom needs me and I need her in the kitchen. Korang pun sekali sekala tu, kat dapur pun boleh bonda bonding juga kat dapur ya. Had a chit chat walaupun  kita chit chat tu just a small matter.

Tapi jauh di sudut hati ikatan antara daughter and mother tu akan bertambah sayang. Ini bukan untuk apply untuk anak perempuan juga anak lelaki pun kena biasalah juga masuk dapur. Kadang - kadang apa yang bonda selalu bercerita pasal memori dia dulu - dulu, gelagat anak - anak masa kecil.

Panjang sangat bercerita, kali ini nak share kerabu pucuk paku yang mudah dan sedap Kelantan style. Yang uniknya kerabu Kelantan style ini, ia ada kerisik dan kalau nak sedap wajib tuang budu sikit dalam kerabu ini.

resepi kerabu pucuk paku
                        Bahan seperti kerisik, bahan tumbuk, garam dan gula 

Setiap kali puasa memang kerabu macam ini tak puas makan sebab naik selera makan juga. Kerabu macam ini bukan terhad untuk pucuk paku sahaja, pucuk mengkudu, pucuk ubi, buah beko orang Kelantan panggil pun boleh buat kerabu macam ini. kadang- kadang kerabu mangga muda pun buat macam ini.

resepi kerabu pucuk paku
  Ke semua bahan dah digaul rata 

Biasa Wani guna santan fresh yang diperah, santan tak pekat sangat tak cair sangat. Kalau nak guna santan pekat pun tak apa campur air sikit, kalau tak nak rasa berlemak sangat. Dalam ini pun santan tak sukat ya, korang boleh agak nak tuang setakat mana sebab ada tekak orang dia tak berapa suka nampak macam berkuah sangat kerabu.

Sedap ya. boleh lah cuba, resepi di bawah 

resepi kerabu pucuk paku

Resepi Kerabu Pucuk Paku Mudah Dan Sedap Kelantan Style 


Bahan - Bahan


2 ikat pucuk paku dicelur
2 ekor ikan bakar ambil isinya sahaja
Santan secukupnya ( Kalau guna santan pekat boleh tambah air sikit )
4 ulas bawang merah
sejemput biji lada hitam
2 sudu besar kerisik
Garam dan gula secukup rasa
Budu secukupnya

Cara - Cara

1. Pucuk paku ambil batang dan daun yang lembut, rendam sekejap untuk buang segala kotoran
2. Celur sekejap pucuk paku sampai lembut dan jangan lama sangat
3. Sejatkan atas penapis
4. Tumbuk bawang merah dan lada hitam, kemudian masukkan isi ikan dan tumbuk lagi biar lumat
5. Alihkan masuk dalam bekas, kemudian masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa dan gaul rata
6. Pucuk paku yang dah dicelur letak dalam bekas, kalau ada lebihan air tu hentak sikit penyejat bagi air lebihan keluar. Masukkan bahan campuran yang dah ditumbuk tadi
7. Gaul rata bersama pucuk paku, kemudian masukkan santan secukupnya, bagi nampak berkuah sikit tapi jangan banyak sangat
8. Masukkan 1 - 2 sudu besar budu dan gaul rata. Pastikan rasa dulu kerabu sebelum tambah budu jangan terlebih masin. Sedia untuk dihidangkan

Nota 
Nak lagi sedap tambah potongan cili api dan perah jus limau nipis.

Jemput tonton video kerabu pucuk paku yang mudah dan sedap Kelantan Style 

                        


This post have 2 komentar

avatar
Sis Lin delete 28 August 2018 at 16:02

Uishhhh sedapnyaaaa...
Nanti minta halal ye resepi, Sis nak cuba gak nanti ,..

Reply
avatar
Sha Mohamed delete 30 August 2018 at 12:16

Kesukaan Sha ini.. Cuma tak pernah buat je lagi.. save dululah resepi wani nie.. Kotlah rajin, boleh cuba..

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang