Friday, 24 August 2018

author photo
ASSALAMUALAIKUM...

resepi daging budu noxxa yang sedap

Salam Jumaat semua

RESEPI DAGING BUDU NOXXA YANG SEDAP || Masih ramai tak kenal lagi dengan resepi ini, dan Wani rasa kalau orang dengar pun macam kejakunan, hii..Orang Kelantan sendiri pun tak pernah dengar hii..Mungkin dah sebab ini resepi turun - temurun dari sebelah arwah nenek. Lagipun Kelantan memang terkenal dengan budu, Kalau orang Kelantan sendiri tak makan budu tak tahu nak cakap apa dah, hii.

Entri pasal daging budu sebelum ini ada dah pos kat sini. Abah penggemar daging budu, maklumlah kan dah dulu arwah mak dia yang selalu buat. Alhamdulillah diperturunkan resepi ini untuk generasi ketiga. Disebabkan keluarga kami memang suka ulam - ulaman, jadi, kalau ada daging budu memang dah masuk dah nak cicah dengan ulam.

Resepi daging budu tak ada lah susah sangat, resepi mudah sahaja. cuma resepi ini simpan lama lagi sedap selepas 3 hari. Kalau sebelum ini, buat dalam periuk biasa susah sikit, sebab nak kena panaskan hari - hari, kuah cepat nak kering. Disebabkan dah ada noxxa tak perlu risau, cuma kita perlu reheat sahaja. Kalau yang pressure cooker yang lain pun rasa sama la jugak kan.


Resepi ini memang guna lada banyak ya, kalau nak kurangkan pun takut tak bau lada sebab kunci utama rasa daging budu ini bau lada tu. Orang kata nampak banyak , tapi tak pedas sebab letak sebiji - biji dalam tu, Yang jadikan pedas tu, kalau makan sambil kita lenyek lada itu yang pedas.

Daging HP terpulang berapa minit, biasa ada yang buat 25 minit, biasa Wani HP lama sikit kadang- kadang dapat daging yang lambat nak lembut. Kalau ada sesiapa yang nak cuba, selamat mencuba. Resepi yang sangat mudah :)

RESEPI  DAGING BUDU NOXXA YANG SEDAP 

BAHAN-BAHAN

1kg daging dihiris sederhana tebal
5 - 6 tangkai lada kering *
2 ulas bawang merah jenis besar *
4 hiris lengkuas *
20 tangkai lada burung hijau dan merah ( kalau nak kurangkan boleh dalam 15 tangkai ) 
1/2 keret gula melaka
3 keping asam keping
2 botol budu cap ketereh  ( disyorkan guna jenama budu ini yang budu lain takut masin ) 

Ke semua bahan bertanda * diblend halus

CARA- CARA

1. Mula - mula sekali, letak ke semua bahan yang telah diblender, lada burung, daging, asam keping, dan gula melaka .Sebenarnya tak payah tambah air pun tak apa dah.Sebab daging tu keluarkan air, Tapi cuci lah bekas blender dengan air sikit, bazir pulak kan, sikit jerr jangan banyak

2. Kemudian kacau rata sekejap

3. Tekan high pressure selama 33 minit dan tekan button on

4. Pastikan tombol ke pressure

5. Apabila dah bunyi beep, tekan button off dan putar tombol ke pressure untuk lepaskan wap baru boleh buka tudung. Ok dah siap, nampak macam banyak air sebab air daging ni turun. Jadi kita kena didihkan sekejap ya.

6. Tekan stir fry dan tekan button on tunggu sehingga mendidih. Biarkan didih sekejap sebab nak kurangkan air kuah sikit, baru masukkan budu. Sebenarnya kuah kena pekat sikit baru sedap.

7. Ok dah siap didih. Tekan button off. Lagi banyak hari lagi sedap sebab rasa dah masuk dalam daging. Bertambah nasi kalau makan.

Jemput tonton video di bawah cara nak masak daging budu guna Noxxa 

                      

This post have 5 komentar

avatar
Miza Talib delete 24 August 2018 at 11:17

Sedapnya rasa macam nak try. Tapi dekat rumah miza sorang jew penggemar budu. Nak kena anggut geng bila masak daging budu nanti

Reply
avatar
Baby Breath delete 24 August 2018 at 11:33

ni first time saya nampak, tak pernah rasa lagisebab taktahu nak rasa kat mana hahaha

Reply
avatar
I am LZ delete 25 August 2018 at 11:14

Wahh menariklah resepi Wani sebab baru first time LZ tahu Daging Budu.. LZ penggemar budu mungkin boleh cuba buat sebab nak rasa sendiri.. By the way thank you for sharing, Chef Wani..

Reply
avatar
Unknown delete 25 August 2018 at 12:24

First time tgk resepi macam ni

https://www.celikvitamin.com/blog/rawatan-efektif-untuk-penyakit-hati-berlemak-atau-fatty-liver/

Reply
avatar
Rodiah Amir delete 25 August 2018 at 13:28

pertama kali dengar nama resepi tu kak wani.. nampak sedap tuh makan dengan nasi panas

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang