Sunday, 26 August 2018

author photo
ASSALAMUALAIKUM..

resepi puding trifle mudah dan sedap

RESEPI PUDING TRIFLE MUDAH DAN SEDAP || Suatu ketika dulu, selalu buat puding trifle ni sebab sangat mudah dan sedap, lama - lama dah macam dipinggirkan tak buat langsung dah hii.. Sudah bertahun - tahun, baru terpanggil nak buat lagi. Mesti korang terkejut. :D

Kali ini buat lagi, sebab dah mengidam sangat dah nak makan puding trifle ni. Gigih pergi cari kek swiss roll, ingat nak pergi cari dekat mall yang biasa beli barang dapur tak ada pulak, nasib baik jalan clear senang pergi cari kedai bakeri tepi jalan  on the way balik rumah. Terselamat sudah, misi nak buat puding trifle ni. :D. Kalau  beli semua bahan tapi kek nya tak ada tak boleh buat kerja juga.


Kek swiss roll beli yang flavor nya green tea, Kedai Perling ni zaman masa Wani tuisyen lagi zaman sekolah dulu, kedai ini beroperasi, sampai sekarang, memang kat situ lagi kedai dia, Masuk hari tu geram tengok mini tart yang comel - comel, cupcake pun comel - comel sekali ngap dalam mulut jer.. Bab pastry memang kiut miut semua sebab dainty itu yang suka sangat tengok.

Untuk puding trifle ini sebab tak nak buat bekas besar - besar untuk senang nak makan, letak kepingan kek dalam gelas dessert.


Ini buat pun dah ada yang komen manis, siapa lagi kalau bonda dan abah yang komen hii. Memang tak dinafikan memang manis ya sebab bahan - bahan pun guna fruit cocktail, jelly nona tu pun manis nak buat layer on top tu. Itu yang jarang sangat nak baking bagai dan buat dessert macam ni hii. Kek tu pun manis sebab kek swiss roll ada krim kat dalam tu, sebab semua bahan dah ready made, kita yang kena merajinkan diri nak kena masukkan dalam bekas bagai. Bab masak untuk kastard tu kena rajin sikit, tapi mudah jerr tu. Tapi jarang - jarang sekali apa salahnya nak makan puding trifle.


Bab kastard memang suka tekstur nya yang tak keras sangat just nice, macam pekat - pekat gitu ya. Next time, daku kena buat kek sendiri dan tak payah letak jelly nona pulak... sudah bermain dalam kepala ni haa. Apapun resepi ini a keeper terutama bab kastard tu sedap sangat.


Dessert ini paling ringkas dan mudah nak disediakan sekiranya ada tetamu nak datang rumah, Nak nampak comel lapisan layer letak dalam bekas kaca. Sedap dimakan sejuk - sejuk.

RESEPI PUDING TRIFLE MUDAH DAN SEDAP 
Sumber : Si Hitam Manis Blog

BAHAN-BAHAN


kek swiss roll
4 sudu  besar tepung kastard ( sukat guna sudu sukatan metrik ya ) 
1 tin susu cair
1 tin air
kristal jelly nona
1 tin fruit koktel
7 sudu besar gula

CARA-CARA

1. Potong kek swiss roll  dan susun di dalam bekas. Susun rapat - rapat dan pastikan tiada ruang-ruang kosong supaya puding kita akan menjadi cantik.letakkan sedikit sahaja air buahan dalam tin ke atas kek supaya kek sedikit lembab.
2. Masukkan 4 sudu tepung kastard dan 1 tin susu cair dan 1 tin air kedalam periuk. Masukkan gula dan kacau rata
3. Panaskan di atas dapur sambil menggunakan whisk.kacau sehingga adunan menjadi sedikit likat atau bila dah nampak buih - buih kecil yang comel. Tutup api .
4. Kemudian, curahkan adunan ke atas kek. Kemudian, taburkan fruit koktel keatasnya..
5. Tuangkan jelly nona (ikut step  yang dah di tulis di belakang kotak) yang telah dimasak ke atas kek
6. Sejukkan di dalam peti sebelum makan

Jemput tonton video di my youtube channel. Resepi mudah sahaja selamat mencuba :)

                      

This post have 3 komentar

avatar
HeNRieTTa JoSe delete 27 August 2018 at 12:11

nampak sedap....xpernah cuba lagi ni....

Reply
avatar
Illya LeYa delete 28 August 2018 at 07:39

Wahhh...sedapnye..

Hai...Saya LeYa... Follow blog Wani yang ke 675... Jangan lupa singgah blog leya juga ye di Illya LeYa

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang