-->

Friday, 30 October 2020

author photo

Resepi Puding Karamel Tanpa Telur dan Tanpa Kukus Ikut Sukatan Cawan | Salam semua, resepi puding karamel biasanya yang kita dengar mesti letak telur kan. Kalau yang tak suka bau telur memang tak termakan dah puding karamel ada telur ni. Tapi jangan risau dah, sebab dah ada pilihan untuk resepi puding karamel tanpa telur. Untuk orang yang tak suka bau telur dalam puding karamel, memang sesuai resepi ini untuk korang ya. 


Resepi puding karamel tanpa telur

Kalau sis, kalau bagi pilihan, ada telur pun boleh terima tekak. Tak ada telur pun boleh jugak makan. 

Ini kali pertama sis buat puding karamel tanpa telur. Tertarik jugak nak buat sebab nak tahu rasa macam mana tak letak telur. Rupa sebiji macam puding karamel ada telur tu. Kalau sekali tengok pun rasa macam kena tipu. Ada bahan rahsia kalau nak buat puding telur tanpa telur ni. Nanti baca resepi kat bawah ya.

Kalau tanya dari segi rasa macam mana, kalau bagi sis, sedap ada telur lagi. Apapun sis suka mencuba. Lagipun ada pilihan kan. Kalau nak telur letak telur, kalau tak nak boleh guna resepi ini ya. 

resepi puding karamel tanpa telur

Resepi puding karamel tanpa telur ini mudah jer sebab tak payah kukus. Kalau guna resepi yang guna telur tu kena kukus. Renyah sikit kerja kan nak bawa keluar periuk kukusa. Dan satu lagi guna sukatan cawan. Kacau dalam periuk terus tuang dalam loyang.

Loyang sis guna loyang besi, nanti korang tonton lah di channel youtube sis ya. Lagi jelas kalau nak tengok. Puding karamel ni sis simpan semalaman dalam peti terlebih dahulu. Kerisauan jugak sebenarnya masa nak telangkupkan loyang tu. Nasib baik terletak elok dalam pinggan. Hati - hati lah ya masa nak balikkan loyang tu.

Jemput tonton video resepi puding karamel tanpa telur. 



Resepi Puding Karamel Tanpa Telur Dan Tanpa Kukus Ikut Sukatan Cawan


Bahan - Bahan : 

Untuk Gula karamel
Gula - 4 sudu besar 
Air- 2 atau 3 sudu besar 

Untuk Puding
Agar-agar tali/serbuk- 10g 
Air- 4 cawan 
Susu pekat- 1/2 cawan 
Gula- 1/2 cawan 
Susu cair- 1 tin 
Vanilla extract- 1 sudu kecil 
Tepung kastard- 2 sudu besar 

Cara Buat Puding Karamel 
1. Dalam loyang atau kuali, masukkan gula 4 sudu bersama 2 atau 3 sudu air. 
2. Kemudian, biarkan gula hangus dengan menggunakan api sederhana besar, boleh goyang-gayangkan sedikit loyang/kuali supaya gula hangus sekata. 
3. Bila gula dah mula hangus, perlahankan api (takut terlalu hangus nanti pahit). 
4. Biarkan gula karamel sejuk dahulu di suhu biasa. Kalau guna kuali, alihkan gula karamel tadi ke dalam loyang/ bekas yang bersesuaian. 
5. Sementara itu, sediakan periuk lain dan masukkan agar-agar tali/serbuk bersama air. Biarkan agar-agar larut dan mendidih. 
6. Sediakan bancuhan air tepung kastard dengan menggunakan sedikit air yang ditinggalkan tadi. Kacau hingga semua larut.
7. Kemudian, masukkan air bancuhan tepung kastard, susu cair, gula, vanilla extract dan susu pekat. 
8. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan ke dalam loyang gula karamel tadi. 
9. Biarkan puding sejuk di suhu biasa dahulu lebih kurang 1 jam, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 3 jam sebelum dihidang. 

Nota : Sudu besar tu, guna sudu ikut sukatan metrik ya. 

1 komentar:

avatar
Warisan Petani delete 31 October 2020 at 07:53

Nampak cantik kejadiannya.
Tentunya sedap.

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang